Wednesday 15 May 2013

PULAU DI PUJI, PEKAN DICACI!






LUBANG....Saifullah menunjukkan jalan berlubang dan berlopak di tengah Pekan Semporna yang tidak pernah disenggelarakan oleh JKR dan MDS.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SEMPORNA : "Ada kalanya saya malu dengan kawan-kawan yang datang dari Cina, India dan Australia apabila mereka melancong ke Semporna yang bergelar daerah Mutiara, ditambah dengan keindahan pulau-pulau yang memukau setiap insan bernama manusia.

"Kecantikan dan keindahan semula jadi pulau-pulau yang terdapat di daerah ini telah menambat hati para pelancong sehingga mampu menjana sumber pendapatan dan meningkatkan Perkapita negara.

"Tetapi, walaupun pulau-pulau di Semporna telah mendapat pujian dunia, malangnya pula pekan Semporna mendapat kejian kerana kerosakan jalanraya dan longgokan sampah sarap yang mengaibkan."

Demikian keluhan panjang yang dicetuskan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 yang juga merupakan seorang aktivis muda, Mohd Saifullah Minggu setelah membuat tinjauan bersama Jurugambar Sabahkini.Net di beberapa lokasi sekitar Pekan Semporna.




TEMUBUAL....Saifullah gesa ADUN-ADUN ambil tindakan tegas kepada para Pegawai kerajaan yang tidak mahu bekerja dengan telus.

Saifullah menegaskan, beliau agak hairan kenapa Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis  Daerah Semporna (MDS) tidak mengarahkan syarikat konsisi penyelenggaraan iaitu Globinaco dan Kekal Mewah melakukan kerja pembaikan dan pembersihan sekalipun mereka mempunyai peruntukan yang mencukupi.


VIDEO SAMPAH DAN JALAN


Isu sampah dan kerosakan jalan bukanlah isu baru, malah SabahkiniTV pernah mendedahkan isu ini secara terbuka, namun kesemua ADUN dan Ahli Parlimen tidak pro aktif mengatasi masalah sampah dan jalan.

Kata Saifullah, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sekalipun bertaraf menteri kabinet Malaysia, namun terlalu lemah dan tidak berani membuat teguran terhadap Pegawai Daerah (DO); Pegawai Eksekutif Majlis Daerah (MDS); Jurutera JKR sehingga mereka 'besar kepala'.

“Wakil Rakyat tidak seharusnya berlembut dengan para pegawai-pegawai kerajaan yang cuai, tidak jujur dan makan gaji buta sehingga gelaran 'Land of Rubbish' untuk Semporna, belum dapat dihapuskan kerana ramaipegawai 'itik tempang' di Semporna," tegas Saifullah.

Kata Saifullah, sebagai wakil Pemuda UMNO Semporna dan generasi muda, mereka bukan menentang Dasar Pentadbiran atau Anti Kerajaan; sebaliknya menjadi tulang belakang kerajaan ala Ombudsman.

No comments:

Post a Comment