Wednesday 22 May 2013

RAKYAT BELURAN SEDAR HANYA BN PEMACU PEMBANGUNAN







TERIMA KASIH ....James menerima cenderahati kenangan daripada pihak penganjur.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

BELURAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, kerjasama dan gandingan mantap di kalangan jabatan dan kakitangan pentadbiran adalah teras dan kunci utama mencapai kejayaan  ke arah pembangunan mapan di daerah Beluran, khususnya DUN Sugut.

“Ini penting kerana ia akan memastikan segala agenda serta dasar yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)  untuk manfaat rakyat di kawasan Beluran dapat dilaksanakan dengan lancar,” kata James, merangkap Pengerusi Penyelaras BN Beluran, ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Paitan dan  Sambutan Kemenangan Calon-Calon BN Beluran, kelmarin.

Menurut beliau, perpaduan dan persefahaman juga merupakan agenda utama bagi mencapai pembangunan di DUN Sugut dalam pelbagai aspek.

James memberitahu bahawa kemenangan calon-calon BN di Pilihan Raya Umum ke 13 baru-baru ini jelas membuktikan rakyat di kawasan Beluran sedar hanya Kerajaan BN sahaja yang dapat membela nasib mereka.

“Mereka tahu Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman merupakan kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah rakyat dan telah melaksanakan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat yang perlu dibantu,” tambah James.

Terdahulu dari itu, Pegawai Daerah Beluran, Yusuf Osman dalam ucapan beliau berkata rakyat Beluran khususnya di DUN Sugut harus tampil dengan penuh semangat menyahut cabaran transformasi pembangunan yang bakal dilaksanakan melalui Wakil Rakyat DUN Sugut ini.

Hadir bersama ialah isteri ADUN Sugut, Datin Dayangku Noriah Pg Ahmad; Penolong Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat; Timbalan Ketua Bahagian PBS Bahagian Sugut Molundim Maginjoh; mantan Ahli Parlimen Beluran Asmat Nungka; Ketua Wanita UMNO, Ketua Puteri UMNO Bahagian Beluran dan juga Ketua Wanita serta Pemuda PBS Sugut.

Antara pengisian acara ialah pertandingan Unduk Ngadau yang menyumbangkan hadiah sebanyak RM 5,000 tunai untuk Ratu, RM 2,500 tunai untuk Naib Juara manakala tempat Ketiga menerima RM 1,500 tunai.

Bagi pertandingan Sugandoi pula, Johan akan menerima hadiah berupa wang tunai RM 1,000.

10 comments:

  1. PENYOKONG pembangkang di Sabah ini memang 'budu'. Pasal 'blackout' pun mereka nak bising??? Blackout di kawasan P.188 Silam dan N.51 Kunak telah menafikan kemenangan parti pembangkang dalam PRU-13 yang lepas???Hahaha.......

    Disebabkan 'kebuduan'' merika itulah maka merika sanggup akan membuat perhimpunan "blackout' pada 10 Mei 2013, Jumaat ini di Pejabat SPR Kota Kinabalu. Apa tujuan tu ging? SPR kasi 'blackout' lampu??? SPR tipu??? Hahaha....kasian batul kamurang ini jadi alat kebodohan pimpinan Anwar Ibrahim.

    Mari kita lihat dakwaan pembangkang berkaitan dengan 'blackout' yang berlaku di Sabah ini sehingga menyebabkan "parti pembangkang kalah" di Sabah ini....mengikut dakwaan merika.

    ReplyDelete
  2. 8.47 pm : P.188 Silam Blackout

    - Apa bentuk penipuan yang dilakukan oleh SPR/BN semasa blackout di P.188 Silam ketika itu
    ging??? Tambah kertas undi sebanyak 13,387??? Ubah pengiraan??? Mana wakil parti?? Buta
    kah??? Hihihi......

    - Perbezaan undi antara PKR 9671 dan BN 23,058.....selisih angka kemenangan BN terlampau
    kecil??? Kalau lah selisih kemenangan calon BN sekitar 1000 undi ke bawah, bolehlah kamurang
    bising ging....ini 'jauh panggang dari api'.

    ReplyDelete
  3. Pembangunan sejagat jangan diketepikan

    ReplyDelete
  4. Jangan la buat hal yang tidak bagus.

    ReplyDelete
  5. Personally we should recognise their contribution.

    ReplyDelete
  6. dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa
    pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas adalah
    satu pembohongan besar.

    ReplyDelete
  7. ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang
    pilihan raya umum akan datang, rakyat boleh melihat
    sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi
    seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan
    air.

    ReplyDelete
  8. kita melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan
    termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan
    elektrik dan air.

    ReplyDelete
  9. Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di
    mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti
    jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian
    tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah termasuk di kawasan Kiulu

    ReplyDelete
  10. Hanya beberapa tahun berlalu sahaja dan Istana Datuk James Ratib sudah dibina. Berapa duit rakyat yg dia makan?

    ReplyDelete