Tuesday 21 May 2013

RAMPASAN KUASA TIDAK DEMOKRATIK





         
Oleh :  HAZLAN ZAKARIA
           
SEBARANG usaha untuk menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah jelas di luar proses demokratik dan polis akan memberikan tindak balas yagn sesuai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Katanya, semua pihak bersetuju bahawa pembentukan kerajaan mesti berlaku dengan cara yang demokratik dan tidak pernah berlaku di Malaysia pertukaran secara rampasan kuasa.

Menurut Zahid lagi, rampasan kuasa dianggap terkeluar daripada proses demokrasi dan mengetepikan autoriti Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merujuk penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli ekoran ucapannya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur minggu lalu, yang menyebabkannya direman lima hari bawah Akta Hasutan.

48 comments:

  1. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada lagi amaran terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram yang mengganggu kestabilan dan keamanan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau berkata demikian berikutan kejadian perhimpunan haram yang diadakan di seluruh negara yang mengecam keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

      Delete
    2. “Waktu amaran sudah berakhir, tindakan tegas akan diambil,” kata Zahid. Ini disebabkan Pakatan pembangkang tidak henti-henti melakukan perhimpunan haram tanpa permit polis.

      Delete
    3. Dalam laporan portal itu, Dr Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’ dan adalah wajar untuk mengambil tindakan segera. Jika ini dibiarkan kemungkinan ianya boleh melonjak ke satu tahap yang lebih ganas sehingga terdapat pertumpahan berdarah di mana kita tidak mahu.

      Delete
  2. Dalam masa yang sama, Dr Ahmad Zahid berkata, polis telah mengenal pasti individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan banyak lagi tangkapan akan dibuat. Mereka sepatutnya menghindari daripada perhimpunan ini dan pergi kepada saluran perundangan yang betul.

    ReplyDelete
  3. Laporan itu turut menyebut bahawa, beliau berkata, mereka ini termasuk individu-individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di tempat-tempat lain, seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. Yang menghairankan tempat-tempat ini adalah kebanyakan tempat pembangkang dan mereka seharusnya berpuas hati kepada keputusan pilihanraya yang banyak kerusi juga berpihak kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. Beliau menambah, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi sekiranya ia mendatangkan kesan kepada keselamatan dan keselamatan rakyat. Bagi keselamatan rakyat awam lain, kementerian telah berusaha menjaga dan mengawal keadaan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  5. Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  6. Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

    ReplyDelete
  7. Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang. Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

    ReplyDelete
  8. Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO. Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan BN yang juga kalah banyak kerusi pada pilihanraya pada kali ini tidak pula membantah apa-apa sebaliknya memfokus kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. Pembangkang disyorkan membuat yang sama jika inginkan Negara aman.

    ReplyDelete
  10. Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12. Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.

    ReplyDelete
  11. Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.

    ReplyDelete
  12. Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu.

    ReplyDelete
  13. Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  15. Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya.

    ReplyDelete
  16. Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

    ReplyDelete
  17. Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini.

    ReplyDelete
  18. Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.

    ReplyDelete
  19. Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara.

    ReplyDelete
  20. Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

    ReplyDelete
  21. Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.

    ReplyDelete
  22. Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  23. Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang. Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara 'gentleman' serta hati terbuka.

    ReplyDelete
  24. Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.

    ReplyDelete
  25. Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.

    ReplyDelete
  26. Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah 'national reconciliation' atau perpaduan nasional. Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN.

    ReplyDelete
  27. Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.

    ReplyDelete
  28. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
  29. ANWAR cuba mengapikan-apikan rakyat terutama penyokongnya, kononnya dia berhak menjadi Perdana Menteri kerana Pakatan Rakyat mendapat undi popular berbanding Barisnan nasional.

    ReplyDelete
  30. Anwar cuba membohongi dirinya dan juga memesong fikiran penyokongnya dengan hujah undi popular, sedangkan sistem demokrasi negara ini sama dengan United Kingdom atau Australia atau Kanada yang berasaskan sistem berparlimen, di mana penetuan kemenangan pada sebarang pilihanraya berasaskan jumlah kerusi, bukannya undi popular.

    ReplyDelete
  31. Anwar menafikan hak kawasan-kawasan parlimen yang amat luas tetapi kekurangan penduduk dan menyamakan dengan kawasan bandar seperti Bukit Bintang, Petaling Jaya atau Gelang Patah.

    ReplyDelete
  32. Pada PRU-13 yang baru sahaja berlabuh, kebanyakan kawasan bandar memilih Pakatan Rakyat, manakala kawasan luar bandar memilih Barisan Nasional.

    Undi popular Pakatan Rakyat diperolehi memelalui sokongan pengundi bandar yang rata-rata di atas 50 peratus jumlahnya berbanding dengan kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  33. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, undi popular bukan menunjukkan pemenang, melainkan jumlah kerusi.

    Pada PRU-13 yang lalu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat 89. Kebanyakan kerusi BN diperolehi daripada kawasan luar bandar, manakala PR daripada bandar-bandar.

    ReplyDelete
  34. Anwar bertekad akan menggerakan himpunan penyokongnya sehinggalah kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokarsi negara kita tumbang. Anwar mahu mengwujudkan "Arab Spring" di negara ini, sehinggalah dia berjaya merampas kuasa.

    ReplyDelete
  35. Kami rakyat yang cintakan perdamaian, dan menjujung sistem demokrasi berparlimen negara menyeru kepada pasukan keselamatan negara, agar segera menghentikan TINDAK TANDUK ANWAR INI. Kami tidak rela, pilihan kami yang berasaskan sistem demokrasi dirampas dengan cara KOTOR seperti mana dirancang oleh Anwar dan kawan-kawannya.

    ReplyDelete
  36. Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh
    mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan
    kerajaan secara kekerasan.

    ReplyDelete
  37. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu
    kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui
    mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  38. Menurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang
    didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu.“Pas
    berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang
    terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya
    tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang
    dengan mengemukakan petisyen.

    ReplyDelete
  39. sebuah portal berita melaporkan, sebuah NGO yang menggelar diri mereka
    Asal Bukan Umno (ABU) melalui jurucakapnya Haris Ibrahim, merancang
    untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan
    seterusnya merampas Putrajaya.

    ReplyDelete
  40. Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turut
    berpendirian Pas tidak bersetuju dengan cara kekerasan untuk mengambil
    alih kuasa kerana cara tersebut sudah pasti akan merosakkan negara.

    ReplyDelete
  41. Katanya, Pas memilih cara demokrasi sebagai wadah perjuangan untuk
    menegakkan cita-cita membentuk sebuah negara Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  42. Pas tolak cara kekerasan, Pas hanya memilih cara demokrasi, kami tidak akan ikut mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  43. Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menolak sebarang usaha
    menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan kerana cara tersebut akan
    menghumban negara ke kancah ketidakstabilan.

    ReplyDelete
  44. hnya Anwar yang benar2 gila kuasa sanggup gunakan kekerasaan untuk mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
  45. Setakat ini, sebanyak enam perhimpunan besar oleh mereka yang
    menggelarnya sebagai 'Himpunan 505' bermula daripada perhimpunan di
    Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas PRU13.

    ReplyDelete