Friday 10 May 2013

RASUAH, GLC PUNCA KEGAGALAN DEB






Oleh : ZURAIRI AR

KUALA LUMPUR :  Polisi tindakan ala dasar DEB adalah gagal kerana rasuah dan pelaksanaan yang lemah, kata kumpulan perniagaan Melayu terbesar di dalam negara serta menyatakan sokongan kepada mana-mana pentadbiran yang mampu mengamalkan tadbir urus yang baik.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu taklimat selepas pilihan raya hari ini turut mempersoalkan kumpulan sebenar yang mendapat manfaat daripada kemajuan ekonomi Malaysia, ia memandangkan kedua-dua masyarakat Melayu dan Cina mengadu mereka dipinggirkan.

"Kami percaya bahawa pelaksanaan dasar-dasar kerajaan adalah lemah, konsep 1 Malaysia tidak berkesan... Mereka yang dilantik untuk melaksanakan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khususnya adalah lemah," kata Presiden DPMM Datuk Syed Ali Al-Attas berkata dalam satu sidang akhbar bersama dengan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

"Rasuah adalah faktor utama kegagalan ini Dasar Ekonomi Baru (DEB)... Ia gagal kerana rasuah."

Kumpulan tersebut juga menuduh individu yang menerajui GLC tidak mempunyai koordinasi yang baik dan mempunyai lebihan dalam pentadbiran mereka, serta menyifatkan mereka sebagai "keliru dengan konsep", "tidak mempunyai hati perut", dan "mempunyai agenda yang tidak tepat".

Kritikan kumpulan perniagaan Melayu terhadap dasar-dasar kerajaan itu dijangka menambah tekanan kepada Barisan Nasional (BN), walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk melancarkan lebih banyak pembaharuan ekonomi.

Kemenangan tipis BN ke atas Pakatan Rakyat (PR) yang dibantu oleh sokongan masyarakat luar bandar dan janji untuk memberikan lebih banyak saguhati dilihat akan menyukarkan kerajaan untuk memperkenalkan pembaharuan yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Pada bulan Februari lalu, MTEM telah menggesa Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan pengarah Petronas supaya meletak jawatan kerana gagal melindungi kepentingan Bumiputera dan memberi keutamaan kepada syarikat asing.

MTEM - gabungan organisasi ekonomi Melayu yang juga merangkumi dalam Dewan Perniagaan Melayu - menuduh pengerusi Petronas dan lembaga pengarah telah meminggirkan syarikat-syarikat Bumiputera walaupun mempunyai kelayakan semasa memberikan kontrak untuk menjalankan projek-projeknya.

Bagi mendengar semua ketakpuashatian semua komuniti perniagaan daripada semua kaum, DPMM hari ini mencadangkan penubuhan Majlis Penyelarasan Ekonomi Negara (NERC), dimana ia akan melibatkan 10 ahli daripada dewan perniagaan dan MTEM; 10 daripada parti politik dan wakil masyarakat: dan 10 individu daripada golongan profesional dan dewan perniagaan daripada masyarakat lain.

DPMM telah pun menghantar jemputan kepada pihak tersebut untuk menyertai NERC dan akan mula bermesyuarat pada bulan depan.

Dalam pada itu, DPMM juga mencadangkan agar kerajaan yang baru dipilih untuk mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang telah dimansuhkan pada tahun 2009 selepas Najib mula memegang kuasa.

Untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kelas menengah,DPMM uga mengumumkan mereka akan membina 100,000 rumah kos rendah yang akan dijual pada harga kos.

No comments:

Post a Comment