Thursday 23 May 2013

SABAH TIDAK DIBINA DALAM TEMPOH 24 JAM!





Oleh : MUTALIB M.D

JIKA ada tiga orang Anifah Aman, mungkin Sabah sudah maju 15 tahun di hadapan Selangor kerana Sabah kaya dengan sumber alam. Namun Sabah hanya mempunyai seorang Anifah yang telah berani menegur Kerajaan Persekutuan dan GLC yang digelar 'lintah darat'  oleh rakyat Sabah iaitu Petronas.

Bagaimanapun Pembangkang tidak mempunyai ahli politik berkaliber di Sabah untuk meraih lebih kerusi parlimen dan hanya berjaya mendapat 3 kerusi parlimen sekalipun gedang perang yang dipalu seolah-olah BN kehilangan kesemua 25 kerusi parlimen.

Tidak ada walau seorang pemimpin atau ahli politik di Malaysia dapat membaca apa yang ada di minda Anifah sejak lima tahun lalu (2008) pada pilihanraya 5 Mei lalu; jika ada, sudah pasti BN kehilangan banyak kerusi jika pembangkang dapat memainkan isu yang disuarakan Anifah; malah jika pemimpin BN arif; tidak ada satu kerusi parlimen dan DUN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 5 Mei lalu.

Kerajaan Transformasi 2013 seharusnya mengkaji semula apa yang telah dijelaskan oleh Anifah dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan boleh disemak terus daripada Hansard Parlimen.

Berikut Hansard Parlimen bertarikh 7 Mei 2008 yang tersimpan rapi dalam Sejarah Politik Malaysia membuktikan apa yang dikata Anifah di Dewan Parlimen bukan omong kosong dan terbukti didasarkan daripada kajian mendalam yang dilakukan; sebelum dicerakinkan dalam bentuk pembangunan.

Datuk Anifah bin Aman [Kimanis]: Terima kasih Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Persidangan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.

Tuan Yang di-Pertua, bahawasanya saya Ahli Parlimen Kimanis dari negeri Sabah amat mengalu-alukan komitmen Kerajaan Pusat untuk membangunkan negeri Sabah melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan ditambah pula dengan komitmen untuk melaksanakan rancangan pembangunan koridor-koridor ekonomi termasuk Koridor Pembangunan Sabah (SDC), seperti yang terkandung dalam Titah Ucapan Tuanku pada Majlis Perasmian Persidangan Parlimen Yang Keduabelas.

Tidak dapat dinafikan Tuan Yang di-Pertua bahawa rakyat Malaysia di Sabah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan seperti yang telah ditunjukkan melalui pengagihan peruntukan bagi negeri Sabah melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga dengan pelancaran SDC.

Rakyat Malaysia di Sabah sesungguhnya telah pun memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional iaitu Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Parti Barisan Nasional dan sesungguhnya memberi sokongan kepada dan, telah pun dalam pilihan raya yang lalu telah pun menyumbang kepada 24, daripada 25 kerusi Parlimen dan 59 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum yang lalu iaitu Pilihan Raya Keduabelas yang baru lalu itu.

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, untuk menentukan supaya rakyat Malaysia di Sabah terus mendapat pembelaan beberapa perkara dan isu utama seperti yang akan saya bentangkan ini wajarlah diberikan perhatian yang serius oleh para pemimpin di peringkat pusat.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Kimanis sekali gus salah seorang wakil rakyat dari negeri Sabah untuk mengetengahkan atau dengan izin, to highlight isu-isu utama yang telah sekian lama terpendam dan menjadi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia di negeri Sabah.

Isu-isu dan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah tersebut ialah seperti berikut; pertamanya perwakilan dan penyertaan rakyat Malaysia di Sabah dalam sistem pentadbiran dan juga pengurusan peringkat pusat dan syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLCs perlu ditingkatkan bagi mencerminkan peranan rakyat Malaysia di Sabah di peringkat nasional.

Rakyat Malaysia di Sabah secara umumnya, masih merasakan terpinggir dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di peringkat pusat walaupun telah bersama-sama dalam Persekutuan Malaysia hampir 45 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, umpamanya penyertaan wakil-wakil dari Sabah dalam Jemaah Kabinet Persekutuan terutamanya dalam pelantikan ke jawatan menteri dan Senator tidak mencerminkan peranan mereka dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Kedua, pelantikan anggota-anggota di peringkat pengurusan kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan, GLCs, dan universiti-universiti juga perlu menitik beratkan penyertaan rakyat Malaysia dari Sabah.

Umpamanya tidak terdapat seorang pun dari Sabah yang menyandang jawatan ketua perwakilan di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara dan juga Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan, ketua-ketua agensi, jabatan-jabatan persekutuan dan naib-naib canselor dan ketua-ketua eksekutif syarikat-syarikat berkaitan dengan GLC di peringkat nasional.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Putatan bangun Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Aman [Kimanis]: Silakan.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kimanis. Saya sungguh tertarik ungkapan Yang Berhormat soal penglibatan rakyat Malaysia dari negeri Sabah.

Semenjak kita sertai Malaysia lebih daripada 45 tahun yang lalu, adakah Yang Berhormat merasa yang sebab-sebab rakyat Malaysia di Sabah ini tidak layak menjawat apa jua jawatan yang ada di peringkat nasional. Adakah ini sebagai tanggapan rakyat Sabah belum pandai, masih bodoh atau sebagainya. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Aman [Kimanis]: Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya akan memberi juga jawapan dalam ucapan saya ini dan izinkan saya teruskan sebelum saya memberi jawapan kepada Yang Berhormat Putatan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, setelah empat dekad merdeka, rakyat Malaysia di Sabah tidak lagi boleh menerima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan tadi, tidak lagi dapat menerima alasan bahawa tidak ada rakyat Malaysia di Sabah yang berkelayakan untuk menyandang jawatan-jawatan penting sebagai ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah mahu pun di peringkat nasional.

Kita tidak boleh terima alasan seumpama itu Tuan Yang di-Pertua. Kenyataan bahawa tidak ada ramai rakyat Malaysia dari Sabah menyertai Skim Perkhidmatan Persekutuan juga tidak boleh diterima sebagai satu alasan.

Tidak ada sebab yang munasabah mengapa rakyat Malaysia dari Sabah yang berkelayakan tidak boleh dilantik secara pinjaman atau kontrak untuk memperbaiki kedudukan tahap penyertaan mereka di peringkat Persekutuan.

Ini yang kita suarakan Tuan Yang di-Pertua dari semasa ke semasa dan sampai ke hari ini tidak ada satu tindakan yang konkrit yang telah pun dibuat oleh pemimpin daripada pusat yang ianya telah pun kita rasai di Sabah, seperti kita anak tiri atau pun second class citizens.

Pertimbangan yang saksama juga wajar diberikan kepada pelantikan dan pengambilan pegawai dan kakitangan baru di kalangan rakyat Malaysia dari Sabah bagi jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan dan GLC terutamanya yang beroperasi di Sabah seperti Petronas, Universiti Malaysia Sabah, UiTM, FELDA, FAMA dan juga FELCRA.

Cadangan ini penting memandangkan kadar pengangguran di negeri Sabah dalam tahun 2007 pada tahap 5.7% lebih tinggi dari kadar pengangguran di peringkat nasional secara keseluruhannya sekitar 3.1% dalam tahun yang sama.






Tuan Yang di-Pertua, di antara perkara yang hendak saya utamakan juga iaitu Perancangan dan Pengurusan Dana Persekutuan di Sabah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah ataupun dikenali sebagai JPPS Perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sabah yang melibatkan dana dari Kerajaan Persekutuan, wajarlah melibatkan secara langsung agensi-agensi perancang dan juga pelaksana kerajaan negeri demi mengatasi pertindihan dan duplikasi tugas.

Tuan Yang di-Pertua, di antara sebab-sebab iaitu fungsi dan peranan JPPS wajarlah dikaji semula. Adalah dicadangkan supaya peranan JPPS terutama sekali yang melibatkan high impact project, dengan izin seperti membanteras kemiskinan...

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Pokok Sena berdiri, Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Dapat diberikan kepada agensi-agensi pelaksana di peringkat negeri termasuk Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) yang akan menyelaraskan pelaksanaan SDC. Silakan.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Kimanis. Tadi disebut pasal (JPPS) Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Yang Berhormat minta dikaji semula tentang peranan beliau.

Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa kerajaan juga tidak seharusnya mewujudkan (JPP) Jabatan Pembangunan Persekutuan ini di negeri-negeri yang lain, khususnya di negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Sepatutnya Kerajaan Persekutuan harus melaksanakan hubungan kerjasama yang lebih baik, meningkatkan hubungan kerjasama yang lebih baik dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Bagi saya bahawa bila Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan umpamanya, dan begitu juga dikatakan akan diwujudkan di negeri-negeri yang lain, yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Ini sekali gus seolah-olah macam menafikan hak dan kedaulatan negeri tersebut. Seolah-olah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam negeri tersebut dan kerajaan yang bernaung Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Raja-raja yang memerintah dalam negeri tersebut telah dinafikan kedaulatan Raja-raja itu.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, ini sudah berucap.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya memerlukan masa untuk menjelaskan pasal masa terhad.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Minta penjelasan.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat tidaklah perlu bagi Yang Berhormat untuk menyuarakan tentang perkara Sabah, saya mampu untuk menyuarakan Yang Berhormat. Bagaimanapun, kalau niat Yang Berhormat itu baik saya terimalah.

Tuan Yang di-Pertua, di antara yang hendak saya utarakan tadi, iaitu projek-projek infrastruktur luar bandar yang lain, seperti menaik taraf jalan kampung dan sebagainya bolehlah diagihkan kepada agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang wujud di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, di antara perkara-perkara utama yang hendak saya utarakan ialah pulangan kepada negeri Sabah hasil daripada penyertaan agensi-agensi persekutuan di Sabah termasuk GLC wajar ditetapkan, dan diberikan setiap tahun berasaskan formula tertentu yang telus, adil dan saksama.

Pulangan kepada negeri Sabah hasil daripada pelaburan agensi-agensi pusat termasuk GLC termasuk Petronas, FELDA dan FELCRA yang menggunakan sumbersumber di negeri Sabah wajarlah sejajar dengan sumbangan yang diperolehi dari negeri Sabah seperti nilai tanah, nilai eksport sumber iaitu minyak dan gas asli. Pulangan tersebut wajarlah diberikan secara konsisten berasaskan satu formula yang telus, adil dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara utama iaitu kos sara hidup dan perniagaan yang tinggi di Sabah. Penduduk di negeri Sabah sudah sekian lama di bebankan dengan harga barangan yang lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri di Malaysia ini. Ini disebabkan oleh sistem logistik yang tidak efisien dan ditambah pula dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Lanjutan daripada kenaikan harga minyak kos pengangkutan melalui laut, darat dan udara juga telah dinaikkan. Keadaan ini telah memberikan kesan yang begitu negatif sekali kepada industri pembuatan, pengeksport dan pihak pembeli dan consumer tempatan. Keadaan ini juga boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.




Justeru itu adalah dicadangkan agar Kerajaan Persekutuan:

(i)      bertindak untuk memansuhkan 'cabotage policy' secara progresif dan memberi peluang untuk Sabah membina jaringan perkapalan dan pelabuhan dengan operator-operator pelabuhan dan perkapalan antarabangsa. Seterusnya melonggarkan sekatan terhadap lesen perkapalan untuk memberi peluang kepada pengusaha tempatan;

(ii)      mewujudkan Sepanggar Free Zone (SFZ). Seperti yang di kenal pasti melalui SEDC lengkap dengan insentif pelaburan yang istimewa untuk meningkatkan aktiviti perdagangan terutama transshipment yang seterusnya berupaya untuk mengurangkan kos penghantaran;
(iii)     mewujudkan dana subsidi minyak khas bagi negeri Sabah. Dengan menggunakan dana terkumpul dari sebahagian daripada keuntungan Petronas yang diperolehi di perairan negeri Sabah. Ini akan dapat mempengaruhi harga pasaran barangan tempatan supaya tidak jauh berbeza kalau ianya di banding dinegeri-negeri lain di Malaysia ini; dan

(iv)    mengisytiharkan dan menyokong penuh kedudukan Sandakan sebagai hab transshipment, di Sandakan iaitu Integrated Trade Exchange Terminal. Ini akan memperhebatkan lagi pengumpulan dan pengendalian perdagangan yang pasti akan menarik perhatian syarikat dan perkapalan antarabangsa untuk berurusan dengan agensi perkapalan tempatan dan operator pelabuhan di Sabah

Tuan Yang di-Pertua, dorongan seperti ini akan dapat mengimbangkan kos pengangkutan dan seterusnya dapat mengurangkan kos bahan import dan eksport.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang utama juga yang hendak saya ketengahkan iaitu pemberian biasiswa dan pengambilan kemasukan ke institusi pengajian tinggi ataupun IPT. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah salah satu strategi yang amat berkesan dalam usaha membanteras kemiskinan. Kadar kemiskinan bagi negeri Sabah berada di paras 24% pada tahun 2006 berbanding dengan 5.7% pada tahun yang sama di peringkat nasional.

Oleh itu usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan juga adalah sejajar dengan salah satu dari teras utama Misi Nasional yakni membina modal insan.

Begitu juga memandangkan insiden kemiskinan negeri Sabah masih lagi berada di paras yang agak tinggi, maka adalah dicadangkan supaya negeri Sabah diberi kuota biasiswa dan kemasukan ke IPT yang sesuai berasaskan kadar kemiskinan dan tahap infrastruktur di luar bandar yang masih lagi berkurangan di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, keutamaan bagi pengagihan penyelenggaraan dan konsultasi projek-projek Kerajaan Persekutuan di Sabah wajarlah juga diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di negeri Sabah.

Sekiranya tidak ada syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman berkaitan yang diperlukan, syarikat-syarikat dari luar bolehlah diberikan dengan syarat mereka mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan, dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kepakaran dan pengalaman syarikat-syarikat tempatan.

Ini akan menentukan supaya kerja-kerja bekalan dapat memenuhi keperluan tempatan memandangkan syarikat-syarikat tempatan ini lebih memahami masalah dan juga keperluan penduduk negeri Sabah. Ia juga boleh mengurangkan kos projek-projek yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan ekonomi kaum bumiputera. Usaha masih di perlukan untuk meningkatkan ekonomi kaum bumiputera daripada Sabah. Selain daripada penyertaan dalam sektor pertanian, penyertaan kaum bumiputera dalam sektor industri, komersial dan pembinaan juga wajar ditingkatkan.




Justeru itu adalah dicadangkan supaya agensi-agensi di peringkat persekutuan terutama sekalinya GLCs memberikan kerjasama yang lebih serius dan diberikan tanda aras berdasarkan Key Performance Indicator, dengan izin bagi menentukan keberkesanan usaha masing-masing.

SEDIA (Sabah Economic Development and Investment Authority) yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri melalui enakmen negeri Sabah, juga perlu diberi sokongan yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan ekonomi kaum bumiputera daripada Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu pengagihan kontrak bagi projek-projek persekutuan di Sabah juga wajar diberi dengan secara telus dengan menetapkan syarat-syarat penyertaan kontraktor-kontraktor bumiputera tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan banyak kontrak yang wujud di negeri Sabah, tetapi malangnya banyak di antara kontraktor-kontraktor itu adalah terdiri daripada kontraktor-kontraktor luar daripada negeri Sabah, yang ianya tidak ada membawa manfaat kepada rakyat negeri Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sekarang sudah pukul 1.00 petang. Masih nak sambung petang ini?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Ya, sambung.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat persidangan pada sesi pagi kita tempohkan dulu hingga sampai pukul 2.30 petang. Sekian.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kimanis, sila sambung.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyambung kembali ucapan yang telah pun saya lafazkan pada sesi yang tadi.

Tuan Yang di-Pertua, di antara juga isu-isu penting di negeri Sabah iaitu satu isu yang rapat dengan hati rakyat Sabah ialah tentang minyak. Mengkaji semula royalti minyak, pelaburan Petronas di Sabah dan juga penyertaan rakyat Malaysia di Sabah dalam industry minyak dan gas asli...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]

Datuk Juslie Ajirol [Libaran]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Libaran bangun. Hendak bagi yang mana Yang Berhormat?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Kinabatangan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kinabatangan, ya sila.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang diPertua. Ada lagi isu Yang Berhormat yang saya hendak Yang Berhormat beri penjelasan. Isu ini begitu menggores perasaan dan seolah-olah memberi penghinaan iaitu konon-kononnya wakil-wakil rakyat daripada Sabah ini melompat ataupun 'cross over' untuk menyertai parti pembangkang. Adakah Yang Berhormat mempunyai maklumat ataupun boleh memberikan penjelasan tentang isu-isu yang sebegini?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih Yang Berhormat. Apa nasib malang Ahli-ahli Parlimen daripada negeri Sabah sudah pun dianaktirikan; dituduh pula untuk melompat.

Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada pengalaman melompat, barangkali ada di antara Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, saya mintalah Ahli Yang Berhormat supaya merujuk kepada pakar-pakar yang lompat. Bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Timbalan menteri bangun Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Ya, izinkan saya jawab dulu dan baru saya beri peluang. Bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada apa pada nama?

Apa ada pada nama, sekiranya rakyat negeri Sabah dan juga rakyat di negara kita itu, masa hadapan mereka dan generasi yang akan datang tidak terjamin, maka selaku wakil rakyat kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara... [Tepuk]

Perkara lompat saya ingat tidak begitu serius. Apa yang penting sekali yang serius, bahawa pada hemah saya beratus-ribu, berjuta rakyat di Semenanjung Malaysia dalam lima buah negeri telah pun melompat.

Kenapa hendak dipersoalkan tentang beberapa pemimpin di negeri Sabah yang hendak melompat. Kalaupun ia benar, kalau ia ialah sebab untuk memperjuangkan rakyat di negeri Sabah pada hemat saya tidak ada salahnya...

[Tepuk] Sebelum pihak pembangkang ghairah, saya pun tidak ada niat untuk melompat…

[Tepuk] Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]:

Saya mohon penjelasan, adakah usaha lompat melompat ini dilakukan oleh kumpulan desperado yang beria-beria tidak mengakui hakikat bahawa 140 itu sebenarnya duduk di rumah banglo, yang kumpulan itu adalah duduk dalam rumah teres paling besar pun semi-D.

Kenapa yang daripada rumah besar hendak masuk rumah kecil? Rumah kecillah yang patut masuk dalam rumah besar? Adakah Yang Berhormat setuju?

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat sebenarnya, saya setuju dengan Yang Berhormat. Apa gunanya rumah besar itu melompat ke rumah yang kecil tetapi kalau rumah yang besar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya. [Ketawa]..Kalau rumah yang sebesar itu, banglo yang sebesar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya... [Disorak] Jadi haruslah pada orang-orang yang tertentu, haruslah mengambil kira semua rakyat tanpa mengira suku kaum, bangsa dan agama...

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Di negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Janganlah setelah kita menyumbang beberapa kerusi yang begitu banyak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pasir Mas bangun Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ... maka kita telah pun dikebelakangkan, atau dianaktirikan.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Pasir Mas.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyentuh semula yang disentuhkan oleh Yang Berhormat daripada Kimanis awal-awal lagi di mana beliau berkata bahawa ramai rakyat di Sabah ini tidak berapa senang hati oleh sebab, peberian kontrak itu bukan diberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan tetapi ia diberikan kepada orang-orang luar.

Bagi kita untuk mengambil tindakan, supaya kita boleh menjustifikasikan statement itu bolehkah Ahli Yang Berhormat daripada Kimanis memberikan satu senarai yang lengkap, siapakah kontraktor dari luar itu dan apakah jenis kerja-kerja yang diberi kepada mereka itu?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa itu bukan adalah alasan oleh kerana kita tidak diberi kontrak bukanlah alasan untuk kita melompat. Walau bagaimanapun, saya ingat mintalah kepada menteri-menteri yang berkenaan senarai-senarai kontrak yang telah pun diberikan kepada mereka...

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Pasir Mas.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Pasir Mas.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Pasir Mas saya beri peluang.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apakah Yang Berhormat sedar apabila timbul isu lompat melompat menjadi perhatian di Sabah kerana di Sabahlah paling banyak parti politik di mana ramai parti politik di Sabah bertukar parti. Manakala di Semenanjung, ada juga termasuk saya... [Ketawa] Dan bertukar parti bukan bertukar agama.

Dalam parti Keadilan pun dulu UMNO, sekarang parti Keadilan, lompat juga. Dalam PAS pun ada tetapi selalunya orang tuju pada saya. Yang sebenarnya di Sabah sendiri bermula dengan UPKO, USNO, ada AKAR ada BERJAYA kemudian UMNO. Lima, enam parti tukar tetapi kenapa saya pula dituju sebagai katak. Ramai katak dalam Dewan Rakyat ini... [Ketawa]

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti adakah itu satu perkara yang malang bagi Yang Berhormat ataupun satu penghormatan bahawa Yang Berhormat ini fleksibel, boleh dua cuaca atau dua alam...

Dato’ Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kuala Krau bangun.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Nanti saya habiskan ini dahulu. Tuan Yang di-Pertua bahawa di Sabah ini, kita sudah bertukar empat kerajaan sejak merdeka. Saya ingat, bertukar satu lagi tidak ada susahnya, tetapi kita sebenarnya yang ajar kita melompat ini bukan daripada Sabah. Ajar kita melompat daripada orang daripada sini juga, dan guru yang ajar kita melompat masih ada dalam pihak pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tukar parti dengan melompat berbeza. Yang Sabah dua orang itu melompat, tapi tukar parti itu mungkin ramai. Jadi dia dua kategori yang berbeza Yang Berhormat ya.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya ingat matlamat akhir-akhirnya Tuan Yang di-Pertua, matlamat sama juga. Macam Yang Berhormat daripada Pasir Mas, dia kata Yang Berhormat itu bebas tapi dalam hakikinya dia sudah melompat.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Jadi sama ada parti atau dari segi individu, saya ingat matlamat yang akhir-akhirnya sama juga, bahawa ia berhijrah daripada satu parti ke parti yang lain. Sila Yang Berhormat Kuala Krau.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang diPertua. Yang Berhormat Kimanis, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat.

Dari sudut manakah sama ada pembangunan atau taburan, yang perlu  orang Sabah dapat yang anggapan daripada orang Sabah, Sabah dianaktirikan kerana kalau tengok dari segi pembangunan, pembangunan wilayah ini juga meliputi negeri Sabah dan negeri-negeri yang berada di Semenanjung.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat, ada berapa kali Yang Berhormat datang ke negeri Sabah?

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Dua tiga kali.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Dua tiga kali tidak mencukupi Yang Berhormat untuk menilai rasa hati orang-orang Sabah. Jadi kalau Yang Berhormat seperti Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah yang sering menyuarakan tentang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Kota Belud bangun Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ... tunggu sekejap, tentang perasaan rakyat Sabah. Barangkali inilah daripada satu punca masalah bahawa apabila ada pemimpin-pemimpin datang dua tiga kali sudah membuat satu rumusan, bahawa Sabah itu apabila mereka datang cuma sampai ke Kota Kinabalu sahaja Yang Berhormat. Tidak pergi kawasan-kawasan seperti Kinabatangan, Beluran dan kawasan Kalabakan.

Jadi inilah satu fenomena yang kita sama sekali kita menolak oleh kerana datang ke Sabah dua kali, tiga kali sudah membuat andaian. Sedangkan kita yang selaku Ahli Yang Berhormat yang turun ke kawasan pada tiap minggu maka pandangan kita selalu diketepikan. Ini daripada satu masalah, masalah pemimpin-pemimpin kita termasuklah Yang Berhormat dari Kuala Krau. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Tadi Yang Berhormat Bagan Datok mengatakan apa gunanya berpindah daripada banglo masuk ke rumah teres. Saya ingin bertanya dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kimanis, apakah kalau banglo ini ditambah rumahnya, ditambah biliknya dicantikkan, bilik airnya besar, tamannya besar, saya rasa Yang Berhormat Kimanis mungkin tidak mahu mencadangkan supaya ada perpindahan ke rumah teres.

Saya percaya sebelum saya tengok tadi ada juga pihak-pihak pembangkang yang tersenyum sinis, mendengar penjelasan dari Yang Berhormat Kimanis tetapi saya rasa secara peribadi, saya telah mengetahui perasaan dan cara Yang Berhormat Kimanis bercakap tadi hanyalah mengusik dan meminta supaya hanya banglo ini ditambah. Pertanyaan saya ialah, apakah Yang Berhormat Kimanis mahu meletakkan tarikh atau masa yang tertentu untuk menambah bilik dalam banglo ini? Terima kasih.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud, bahawa bukan kita yang menetapkan tarikhnya. Itu adalah satu-satu isu yang kita mempertikaikan bahawa, biar pun kita dalam satu rumah bangle yang besar, tapi kita tidak merasa nikmat.

Nikmat yang dirasai oleh kumpulan-kumpulan dan orang-orang yang tertentu. Jadi apabila kita bersuara Yang Berhormat, apabila kita mengutarakan perasaan rakyat, mereka menganggap kita hendak melompat. Sudahlah kita dianaktirikan, dihina pula.

Jadi kalau sudah dianaktirikan dan di hina pula, ke mana kita nak pergi? Rumah teres pun, tereslah Yang Berhormat. [Ketawa] Apa gunanya banglo kalau sekumpulan sahaja yang merasai nikmat. Kita mahu biarpun teres sama-sama kita kongsi. Kalau pun banglo, sama-samalah kita menikmatinya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Tuaran bangun, Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam banglo pun tidur di tepi tandas, apa gunanya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Tuaran bangun, Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Tuaran silakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada persoalan mengenai sebab mengapa rakyat Sabah ini merasakan dianaktirikan. Selain daripada mungkin pengagihan-pengagihan projek dari segi peluang-peluang projek dan sebagainya.

Adakah Yang Berhormat dari Kimanis bersetuju bahawa, ungkapan-ungkapan yang selalu kita dengar bukan sahaja daripada pemimpin biasa atau pun menteri-menteri yang selalu mengatakan “seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak”.

Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa ungkapan seperti itu, selalu mengingatkan kepada kita bahawa kita ini seolah-olah sebagai penggenap sahaja. Terima kasih.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Tuaran. Itu yang susah hendak kita cerminkan pada rakan-rakan kita daripada Semenanjung. Sudah lebih 40 tahun, empat dekad kita merdeka, masih lagi isu seumpama ini timbul Dewan yang mulia ini.

Kita telah pun, apabila kita bersuara, apabila mengutarakan, apabila kita cuba melalui saluran-saluran yang tertentu, tapi ianya sampai hari ini masih lagi isu seumpama itu wujud. Kenapa dia masih wujud? Sama juga dengan masalah-masalah yang lain. Bukankah bererti apabila kita menyuarakan hasrat, inspirasi rakyat kita menentang kerajaan.

Bukan erti kalau kita mengeluarkan satu-satu kata-kata yang kemungkinan keras bukan erti kata kita hendak melompat, tetapi sebenarnya saya sering katakan apa yang kita usahakan pada hari ini, apa yang kita suarakan pada hari ini di Dewan yang mulia ini ialah supaya rakyat negeri Sabah jangan melompat seperti apa yang berlaku pada lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini. Itu yang kita hendak pertahankan, bukan kita hendak melompat. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Batu Pahat bangun.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Sepanggar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepanggar.

Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Kimanis. Agaknya Yang Berhormat Kimanis ini agak sedih sikit. Di mana kita tahu bahawa perjalanan politik khasnya daripada pemimpin-pemimpin pusat ini tidak begitu mengambil berat atas keluhan kita di Sabah, khasnya di kawasan-kawasan luar bandar.

Adakah Yang Berhormat Kimanis setuju sekiranya kita minta supaya satu kementerian khas bagi Sabah dan Sarawak ini, supaya kita dapat betul-betul meninjau dan juga mengambil berat tentang hal-hal mengenai affair di Sabah dan Sarawak ini.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Sepanggar, saya setuju. Saya setuju, tapi apabila kita meminta sesuatu kadangkalanya janji, dan janji tidak pernah ditunaikan. Jadi apa yang ada di hadapan kita itu, kalaulah kita dijanjikan macam kita berjanji dengan rakyat, tolonglah tunaikan pada pihak-pihak yang tertentu, supaya kita juga boleh menunaikan janji kita pada rakyat kita sekalian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Pontian bangun.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kimanis, saya mendengar hujah-hujah Yang Berhormat tadi, yang menyebut tentang daripada rakyat nanti yang melompat, maka lebih baiklah apa Yang Berhormat bangkitkan itu diberikan perhatian, bukannya wakil rakyat yang akan melompat, tapi bimbang rakyat yang akan melompat. Jadi berasaskan kepada perkara tersebut, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat menyebut tentang soal perasaan dan sebagainya, tersinggung, kecil hati.

Jadi apakah perkara ini Yang Berhormat rasa tidak boleh diperbetulkan kerana yang kita pentingkan ialah kepentingan rakyat, rakyat memilih kita. Jadi pandangan Yang Berhormat ialah kalau wakil rakyat itu melompat, apakah ini juga tidak sebenarnya, tidak adil kepada rakyat yang memilih kita dan atas asas itu apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Akta Anti Lompat ini dibawa ke Parlimen ini supaya jangan ada wakil rakyat yang melompat parti, apa pandangan Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Kimanis.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Ya, saya tidak setuju. Tuan Yang diPertua, saya tidak setuju kalau Anti Hop Law dibawa ke Dewan ini. Adakah kita mahu ia menjadi satu police state yang kita tidak mempunyai satu kebebasan untuk memilih.

Biarpun kita bertanding pada misalnya tiket sesebuah parti atau sesebuah organisasi,  tapi kalau pemimpinnya menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita harus akur, adakah kita harus bertahan dan memperjuangkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau parti-parti yang keluar daripada matlamatnya, at the expense of the people, dengan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pontian.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tapi cuma apa yang saya katakan di sini, barangkali saya setuju dengan Yang Berhormat daripada Batu Pahat bahawa apa yang penting bukan soal pemimpin melompat, apa yang penting kita kaji kenapa rakyat sudah melompat. Itu yang harus kita pertikai dulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, ada empat orang bangun Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Itu yang harus kita lihat dan kaji kenapakah rakyat-rakyat sudah melompat dan apa gunanya yang tinggal pemimpin saja. Apa gunanya pemimpin tanpa rakyat. [Tepuk]

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Pohon...

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Jadi, itu yang...

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Pohon laluan, Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ...hendak saya suarakan supaya pemimpin faham bahawa supaya rakyat kita tidak melompat di pilihan raya akan datang. Itu yang kita sarankan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Pontian mohon, Pontian.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Shah Alam, Shah Alam.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Pontian, boleh?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat Kalabakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kalabakan, silakan.

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kimanis, pada mulanya Yang Berhormat membuka hujah-hujah, kita diberitahu bahawa Sabah merdeka melalui Malaysia 45 tahun dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Bersama-sama Malaysia, Semenanjungnya.

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: 45 tahun dahulu, tahun 1963. Semenanjung tahun 1957, kita 1963. Tapi kalau kita banding dari segi pembangunan, infrastruktur dan lain-lain, dia punya perbezaan antara bumi dan langit.

Tuan Yang diPertua, Ahli Yang Berhormat dari Kimanis, adakah pucuk pimpinan negara sedar bahawa di kawasan luar bandar di Sabah, rakyat di luar bandar masih lagi minum air perigi. Kalau pun ada paip di luar bandar, ia macam ‘teh susu’. Inikah erti kemerdekaan? Mohon penjelasan.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat, saya setuju dengan Yang Berhormat. Itulah hendak kita suarakan. Itulah kita hendak representasi dalam Jemaah Menteri supaya kita dapat membela rakyat kita.

Yang Berhormat, ingin saya jelaskan di sini bahawa tidak ada niat saya, saya katakan, tidak ada niat saya untuk menjadi menteri. Tapi oleh kerana kita prihatin tentang rakyat kita, terutama sekali di negeri Sabah, maka itulah kita berhadapan dengan isu-isu yang hendak kita selesaikan sebelum rakyat kita memberontak.

Jadi Yang Berhormat katakan di Kalabakan, sama juga berlaku di Beluran, sama juga berlaku di Kinabatangan, sama juga di Kimanis yang semi urban areas, Yang Berhormat. Jadi...

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Minta laluan.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Minta laluan, Pontian

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Jadi, biar saya habiskan. Jadi oleh itu, saya ingin mengambil perhatian pemimpin-pemimpin bahawa kalau kita menyuarakan tentang hasrat rakyat tentang...

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Minta laluan, Yang Berhormat Kimanis.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ...kepentingan rakyat, janganlah kita dipandang serong. Oleh kerana kita betul-betul mahu ingin berkhidmat kepada rakyat.

Kita sudah merdeka 45 tahun, masih minum air ‘teh susu’. Kita sudah merdeka 45 tahun, anak-anak kita masih pergi ke sekolah sampai lumpur hampir ke lutut. Kita sudah merdeka 45 tahun, anak kita masih ke sekolah sampai berbatu-batu, berpuluh-puluh batu berjalan kaki.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Pohon laluan, Yang Berhormat Kimanis.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Itulah yang dikatakan oleh...

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tak payah bising lah, Yang Berhormat Pontian.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ...apa dia erti kemerdekaan dan apa dia gunanya kita menjadi wakil rakyat kalau kerana kita hendak akur kepada kepimpinan kita, kita akur pada parti, kita gadaikan masa hadapan rakyat kita sendiri. [Tepuk]

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Yang Berhormat, Pontian.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Yang Berhormat, laluan, Pasir Mas.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Siapa tadi, Yang Berhormat Pontian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Saya bangun ini sebab isteri saya orang Sarawak dan saya telah beratus kali pergi ke Sabah, beratus-ratus kali pergi ke Sabah atas kapasiti pelbagai jawatan. Isteri nombor satu Sarawak, isteri nombor dua belum ada.

Saya juga telah pergi ke banyak kawasan di Sarawak dan saya memahami perasaan itu sebagai orang yang sebahagiannya dibelah sana. Tetapi saya kira isunya ialah ikhlas kita memahami perasaan rakan-rakan kita di Sabah dan juga Sarawak.

Dan saya yakin Sabah dan Sarawak akan terus dibangunkan kerana kita ada jelapang padi baru, koridor baru, Rancangan Malaysia Kesembilan ini puluhan ribu juta yang dicurah untuk Sabah dan Sarawak tetapi mungkin pelaksanaannya dalam proses. Apa komen, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Kita mahu hormat, kita mahu realiti, rakyat tidak mahu satu retorik, satu impian belaka bahawa apa yang rakyat mahu lihat Yang Berhormat, janji-janji itu menjadi satu kenyataan. Bukan dalam buku saja, bukan dalam perancangan saja, begitu elok dan molek, kata orang Terengganu, tetapi akhir-akhirnya...

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Mohon laluan, Yang Berhormat Kimanis.
         
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ...selepas 45 tahun merdeka masih juga janji-janji itu masih belum kesampaian.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Pasir Mas..

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: YB...

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Yang Berhormat, oleh kerana masa adalah terhad, izinkan saya..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat, gulung.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ...menyambung semula, menggulung semula, ada dua isu penting yang hendak saya sampaikan...

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Pohon laluan Yang berhormat Kimanis, menyokong ini, Silam.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: ...iaitu untuk mengkaji semula royalty minyak pelaburan Petronas di Sabah dan penyertaan rakyat Malaysia di Sabah dalam industri minyak dan gas asli.

Kerajaan Negeri Sabah menandatangani satu perjanjian dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) pada 14 Jun 1976 yang memberi milik dan kuasa penuh kepada Petronas untuk mengendalikan proses cari gali dan dagangan minyak petroleum. Sabah dibayar royalti pada hanya kadar 5% daripada hasil petroleum minyak mentah.

Perjanjian ini adalah untuk selama-lamanya. Sejak tahun 2000, beberapa telaga minyak dan gas asli baru ditemui di kawasan laut dalam Utara Barat Sabah.

Operasi pengeluaran minyak dan gas daripada telaga-telaga minyak ini dianggarkan berjumlah 400700 juta barrel dan akan menjadikan Sabah sebagai satu negeri pengeluar minyak mentah dan gas asli yang terbesar di negara kita ini.

Petronas sedang membina sebuah kompleks pembentungan minyak mentah dan gas asli yang dikenali sebagai Sabah Oil & Gas Terminal atau SOGT di Kimanis dengan anggaran kos pelaburan sejumlah RM2.5 bilion.

Kompleks ini akan dapat menyimpan dan mengendalikan pemprosesan minyak mentah sehingga 300 barrel sehari dan gas asli 1.25 bilion standard cubic feet sehari. Minyak mentah ataupun crude oil telah diproses, akan dieksport menggunakan floating productions storage and off loading vessel, dengan izin.

Sementara gas asli pula akan disalurkan melalui paip gas merentasi tanah terus ke kompleks lain di Petronas di Bintulu, Sarawak di mana paip gas sepanjang 90 kilometer akan dibina di kawasan Sabah dan 400 kilometer dalam kawasan negeri Sarawak.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Petronas memberi keutamaan kepada syarikat tempatan Sabah untuk mengendalikan kerja-kerja pengeluaran pemprosesan minyak dan gas asli yang diperolehi daripada kawasan laut dalam negeri Sabah. Ini termasuk semua bidang seperti penyediaan tapak kompleks, paip saluran, pembekal bahan dan membina struktur telaga minyak dan segala aspek kejuruteraan berteknologi tinggi.

Di mana perlu, syarikat asing dimestikan berusaha sama dengan syarikat tempatan untuk sama-sama menjayakan industri minyak dan gas di negeri Sabah. Juga kerajaan ataupun Petronas mengkaji semula projek pembinaan paip saluran gas asli sepanjang 500 kilometer di Bintulu, Sarawak.

Sebaliknya Kompleks SOGT wajar diperbesarkan untuk tujuan pemprosesan penggunaan penjanaan kuasa elektrik dan juga pengeksportan gas asli. Juga saya mencadangkan supaya Petronas mewujudkan Program Pembangunan Vendor atau DP khas untuk syarikat kontraktor bumiputera Sabah yang terlibat langsung dalam industry minyak dan gas asli di Sabah.

Prestasi Petronas diberikan aras tanda melalui quarterly progress report mengenai perkembangan dan pembangunan industri itu di Sabah. Saya juga mencadangkan agar kerajaan Petronas diminta melantik wakil dari setiap negeri pengeluar minyak bukan di Sabah sahaja.

Wakil dari setiap negeri pengeluar minyak dan gas asli di Malaysia termasuk Sabah sebagai ahli dan Lembaga Pengarah Petronas dan juga dalam semua anak syarikat milik penuh Petronas.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Juga kerajaan meninjau dan mengkaji semula peratusan kadar royalti minyak dengan formula yang berpatutan dan terkini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali menangani isu masalah pendatang tanpa izin dengan berkesan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kini pelbagai isu dan masalah timbul ekoran kehadiran pendatang tanpa izin yang telah berlarutan sekian lama. Masalah pendatang tanpa izin perlu ditangani dengan lebih menyeluruh.

Ini memerlukan pendekatan lebih komprehensif yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti majikan, penyertaan pekerja tempatan dalam sektor-sektor berkaitan, kemudahan infrastruktur di luar bandar, peluang-peluang pekerjaan, pengenalpastian teknologi terkini bagi mengurangkan pergantungannya terhadap tenaga buruh dan tidak kurang juga kerjasama dengan negara-negara jiran.

Saya ingin mencadangkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen khusus bagi mengubah strategi menyeluruh mengenai kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah ditubuhkan.

Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen termasuk wakil-wakil dari negeri Sabah dan juga ketua-ketua agensi berkaitan. Jawatankuasa ini juga akan bertanggungjawab kepada Parlimen dan memberikan tempoh tidak lebih dari satu tahun untuk menyediakan laporan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya selaku pemimpin dari Sabah percaya bahawa barisan para pemimpin tertinggi Kerajaan Pusat dan juga barisan anggota Jemaah Kabinet Persekutuan akan bersedia menimbangkan usul-usul yang telah pun saya kemukakan itu. Saya juga sedar bahawa pelaksanaan cadangan-cadangan yang dikemukakan ini sekiranya dipersetujui akan mengambil masa.

Namun demikian adalah diharapkan supaya usul-usul dan cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan mengikut satu tempoh jangka yang ditetapkan selewat-lewatnya sebelum pilihan raya yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

34 comments:

  1. Former Indonesian vice-president Jusuf Kalla has accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of reneging on a secret deal to respect the outcome of Malaysia's 13th General Election which he brokered between Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the opposition leader.

    ReplyDelete
  2. The Wall Street Journal (WSJ) reported Friday, Jusuf had revealed that a written agreement was made between Najib and Anwar in April, refraining from personal attacks during the campaign and to accept the outcome of the May 5 polls, which was first proposed by Anwar.

    ReplyDelete
  3. According to Jusuf, Anwar approached him on the agreement two months ago, asking the latter to reach out to his opponent and secure his commitment for a peaceful election outcome.

    ReplyDelete
  4. WSJ said Anwar had claimed that Jusuf was the one who reached out to him to offer his assistance in ensuring an orderly outcome to the elections.

    ReplyDelete
  5. Jusuf also said that he had contacted Anwar, a day after the May 5 polls, to ask the opposition leader to accept the result.

    ReplyDelete
  6. The general election saw Najib-led Barisan Nasional returned to power by winning 133 of the 222 parliamentary seats, which saw the dissatisfied Anwar and Pakatan Rakyat staging rallies across the country since May 8.

    ReplyDelete
  7. Jusuf said he felt that both sides met their commitment to refrain from personal attacks during the campaign.

    ReplyDelete
  8. Training indigenous youth in skills they need to run micro scale alternative energy projects is the aim of the Centre for Renewable Energy and Appropriate Technology (CREATE) that was officially launched Saturday.

    ReplyDelete
  9. CREATE is founded by indigenous community-based Tobpinai Ninkokoton Koburuon Kampung (TONIBUNG) and Green Empowerment located in the United States, with key support from the National Geographic Society under the Great Energy Challenge programme.

    ReplyDelete
  10. Green Empowerment Programme Coordinator Gabriel Wynn said many Malaysians in rural areas still lack access to electricity, an essential foundation for economic activities, education and public health.

    ReplyDelete
  11. Rakyat perlu mengekalkan ketenteraman dan keharmonian negara hasil sumbangan serta kecekapan pemimpin Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun.


    ReplyDelete
  12. Katanya, perancangan melibatkan pembangunan ekonomi dan sahsiah secara jangka panjang juga dapat dikaji dan dilaksanakan sebaik-baiknya.

    "Dengan itu, semua peringkat masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan boleh menikmati kemakmuran negara termasuk berpeluang mengubah taraf kehidupan masing-masing," katanya.

    ReplyDelete
  13. Pelantikan 10 wakil rakyat dari Sabah menganggotai Kabinet Persekutuan membuktikan kerajaan pusat mengiktiraf peranan pemimpin dari negeri ini membangunkan negara.

    ReplyDelete
  14. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pelantikan itu, yang membabitkan enam Anggota Parlimen sebagai menteri dan empat sebagai timbalan menteri, jelas menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan pemimpin dari Sabah.

    ReplyDelete
  15. Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyedari Sabah, sebagai sebuah negeri yang besar, mempunyai pemimpin yang mampu membantu kerajaan melaksanakan agenda transformasi.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata mandat serta sokongan oleh rakyat tidak harus disia-siakan dan perlu dibalas dengan memberi perkhidmatan terbaik selain menunaikan janji, khususnya yang dibuat ketika pilihan raya umum baru-baru ini.

    ReplyDelete
  17. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu usahawan Bumiputera dan Tionghua bekerjasama membangunkan Sabah dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi.

    ReplyDelete
  18. Beliau berkata kerjasama menang-menang seperti itu amat penting bagi mewujudkan suasana harmoni antara dua golongan usahawan itu sekaligus menyumbang kepada pembangunan untuk rakyat, sejajar dengan gagasan 1Malaysia cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  19. Barisan Nasional (BN) berada di landasan betul dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  20. Menurut beliau, BN tidak pernah lari dari landasannya dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat sepanjang memerintah negara.

    ReplyDelete
  21. "Kita berada di landasan yang benar dalam menjaga kepentingan rakyat dan ia termaktub dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. Ia merupakan satu janji kepada rakyat.

    ReplyDelete
  22. Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata beliau sering mengingatkan wakil rakyat di Sabah sebelum ini dan selepas dipilih pada PRU13, supaya mesti kuat bekerja menunaikan mandat yang diberikan rakyat.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata mereka perlu kurang bercakap tetapi banyak bekerja dengan rajin turun berjumpa rakyat bagi mendengar masalah dan mencari penyelesaian terbaik. Sehubungan itu, Musa berkata amat penting kepada rakyat untuk mengekalkan kerajaan BN bagi meneruskan dasar dan perancangan membangunkan negara serta program berteraskan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  24. Katanya ia juga bagi memastikan kesinambungan kepada program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

    ReplyDelete
  25. Beliau meminta rakyat khususnya di Sabah tidak tertipu dengan dakyah pembangkang yang cuma menjanjikan bermacam-macam tetapi janji hanya tinggal janji.

    ReplyDelete
  26. Menurut Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir, walaupun bukan tugas utama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mengambil berat tentang industri pelancongan tetapi adalah menjadi tanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyokong segala usaha kerajaan bagi memantapkan dan memajukan lagi sektor itu.

    ReplyDelete
  27. SALAH satu pra-syarat pembangunan adalah kestabilan politik. Tanpa
    kestabilan politik, maka para pemimpin yang terlibat dengan politik
    hanya sibuk berpolitik dan seterusnya terabailah perhatian terhadap
    pembangunan.

    ReplyDelete
  28. Disebabkan ketidak stabilan politik, maka bukan sahaja ahli politik yang
    sibuk, malah ramai kalangan kaki tangan kerajaan juga sibuk berpolitik.

    ReplyDelete
  29. Kegagalan pengamal politik terutama wakil-wakil rakyat menunaikan janji,
    tidak semuanya terletak di pundak mereka. Sebahagian kegagalan itu
    adalah sumbangan pihak pelaksana. Pelaksana adalah kakitangan kerajaan
    melalui berbagai jabatan mahupun kementerian.

    ReplyDelete
  30. Kestabilan politik menyumbang kepada kadar pembangunan negara. Atas
    sebab itulah pembangunan negara begitu rancak sejak tahun 1981 sehingga
    tahun 2007, kerana kestabilan politik. Pembangunan tercerencat sejak
    tahun 2008, kerana kestabilan politik negara tidak menentu.

    ReplyDelete
  31. Sebagai contoh bagaimana kestabilan politik menyumbang kepada
    pembangunan-Sabah misalnya, sebelum tahun 1994, Sabah merupakan negeri
    termiskin di Malaysia. Akibat kestabilan politik sejak tahun 2004 hingga
    kini,maka pembangunan negeri terus berjalan dengan rancak, sehingga
    kadar kemiskinan berjaya diturunkan kepada 19 peratus, sebelumnya adalah
    24 peratus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar kemiskinan ini dianggarkan akan terus menurun jika kestabilan
      politik di negeri ini berterusan, kerana kadar pembangunan akan terus
      meningkat.

      Delete
  32. Kepimpinan negeri yang diterajui Datuk Musa Aman sejak tahun 2003
    mengwujudkan suasana kestabilan politik; atas sebab itu, para pemimpin
    termasuk wakil-wakil rakyat mempunyai penumpuhan penuh kepada
    pembangunan kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  33. Bagi rakyat Sabah, permainan politik ahli-ahli politik Sabah, mereka
    telah arif dan faham, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang. Atas
    sebab itu, rakyat telah berbicara berkali-kali sejak PRU-1999, bahawa
    kerajaan BN perlu mewakili rakyat jelata

    ReplyDelete