Thursday 16 May 2013

SALANG TOLAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI






SIBU : Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. (Bernama)

9 comments:

  1. Menteri penuh ka bukan yang penting adalah tanggungjawab terhadap rakyat dipenuhi.kepentingan peribadi ketepikan dulu.

    ReplyDelete
  2. Pertambahan jumlah wakil rakyat Sarawak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri persekutuan akan dapat memperkukuhkan lagi integrasi rakyat di Sarawak dan di Semenanjung, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

    Beliau berkata langkah itu juga menunjukkan peranan negeri ini dapat diseimbangkan lagi dengan negeri-negeri lain dalam kerajaan persekutuan.

    Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek penambahan Tebingan Sungai Sarawak di sini, hari ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan barisan Kabinet baru semalam telah menamakan lebih banyak wakil Sarawak dan Sabah, yang menyaksikan enam orang dari setiap negeri dilantik menteri penuh manakala empat lagi masing-masing sebagai timbalan menteri.

    Jumlah itu meningkat daripada hanya tujuh wakil Sarawak dan empat wakil Sabah dalam senarai menteri dan timbalan menteri sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

    Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyifatkan pelantikan banyak wakil dari Sarawak dalam barisan Kabinet persekutuan kali ini sebagai satu peristiwa penting dan di luar dugaan.

    "Ini menunjukkan orang Sarawak kini telah diberi lebih kepercayaan untuk menangani isu nasional, tidak lagi hanya isu parokial untuk Sarawak," katanya.

    Abang Johari yang juga Timbalan Presiden PBB percaya kesemua wakil rakyat yang dilantik ke jawatan menteri dan timbalan menteri itu akan dapat menunaikan kewajipan mereka khususnya dalam menepati Aku Janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

    Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula menyifatkan pelantikan ramai pemimpin dari Sarawak sebagai menteri dan timbalan menteri persekutuan sebagai satu sejarah.

    Beliau berharap mereka dapat mewujudkan gandingan pasukan yang kuat di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

    "Saya tahu mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar kepada negara, namun saya berharap mereka dapat mengetengahkan perkara-perkara penting untuk Sarawak kerana kita perlukan perhatian berterusan lebih-lebih lagi dalam membawa transformasi di negeri ini," kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak itu.

    ReplyDelete
  3. kenapa perlu tolak jawatan tersebut, pemberian jawatan tersebut adalah penghargaan ke atas usaha dia

    ReplyDelete
  4. Parti Rakyat Sarawak (PRS) is convening an emergency supreme council meeting today to discuss among others the recent federal cabinet line-up which the party had not been happy with.

    Party president Tan Sri Dr James Jemut Masing revealed that the federal cabinet would take centre stage at the meeting, besides finding out among the party’s Members of Parliament who would be a suitable replacement for Datuk Joseph Salang who had refused his appointment as deputy minister of tourism and culture.

    “The issue of the federal cabinet will be among the major issues which will be discussed during the supreme council meeting,” Masing told The Borneo Post here yesterday.

    PRS is disappointed that despite its excellent track record of winning all the six seats allocated to it, it has been given only the post of a full minister in the Prime Minister’s Department and a deputy minister in the Tourism and Culture Ministry.

    This dissatisfaction has prompted its vice-president Datuk Joseph Salang Gandum to reject the offer and requested the party to recommend a younger MP to take up the post. However, its deputy president Datuk Joseph Entulu Belaun took up his appointment.

    Taking the cue from Masing, PRS Youth chief Datuk Mong Dagang urged Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to recognise the party’s contribution to Barisan Nasional (BN) with better appointments to the federal cabinet.

    He said the appointments seemed to make the party look like it was sidelined.

    “It seems the rural-based parties such as PRS and SPDP have been sidelined and not duly recognised through fair representation in the federal cabinet.

    “Due recognition should have been accorded to elected representatives representing those two rural-based parties by appointing them to more important positions.

    “PRS Youth hopes the prime minster would listen to the voice of the people in the just-concluded general election,” said Mong.

    Three other PRS Youth leaders; namely Danny Bungan (PRS Youth publicity chief) Cr Sempurai Petrus Ngelai (PRS Youth vice-chief) and Johny Osman (PRS Baleh deputy Youth chief) also voiced their dissatisfaction.

    They demanded that due recognition be given to the party for their undivided loyalty and support to BN.

    “With the perfect and convincing winning of the six parliamentary seats allocated to PRS, it is fair enough for PRS MPs to be given more relevant and important portfolios or an extra deputy minister post.

    “Two PRS MPs were given unimportant portfolios. We just wonder why?” they pondered.

    They further questioned the party’s hierarchy in the ruling coalition.

    “With Umno having 88 MPs, PBB (14), MCA (seven) and SPDP (four), it makes PRS the fourth most important partner of BN but yet was given only one full minister and one deputy minister posts,” they lamented.

    Meanwhile, a PRS Supreme Council member and a political secretary to the chief minister Dr Richard Wil said the so-called ‘balanced cabinet’ had caught many PRS members by surprise.

    “Putting into perspective and comparison, PRS members expected more appointments and better portfolios accorded to the party.

    “An acknowledgement of the party’s achievement and contribution in maintaining Sarawak as the ‘fixed deposit’ for BN is very much anticipated.

    “Therefore, PRS members are appealing to the prime minister to reconsider and give better portfolios. It is seen by members that the new appointments are nothing better than the previous ones despite the excellent performance by PRS in the just-concluded general election,” added Wil.

    In the previous federal cabinet, PRS was allocated two deputy minister’s posts with more important portfolios; namely deputy minister of rural and regional development and deputy minister of information, communication and culture.


    ReplyDelete
  5. Pilihan masing-masing, harus menghormatinya.

    ReplyDelete
  6. Beliau ada sebab tidak terima offer ini.

    ReplyDelete
  7. Baik juga jika diberi kepada belia untuk mencuba.

    ReplyDelete
  8. Mungkin keputusan ini mengecewakan rakyatayhng menyokongnya.

    ReplyDelete
  9. Adakah "turun pangkat" ini mengecewakan? Yang penting, masih bersama dengan rakyat dan sanggup membela nasib rakyat.

    ReplyDelete