Thursday 9 May 2013

SAMSUDIN LAYAK JADI MENTERI BELIA






Saudara Pengarang,

SEPANJANG kempen PRU-13, saya menyaksikan Calon BN DUN Sekong, Datuk Samsudin telah berjaya mengajak 6 Persatuan Belia di kawasan Parlimen Batu Sapi  menyokong Barisan Nasional.

Bermula dari kempen seperti ceramah, perarakan, gerak gempur dan berkerja dari segala sudut; memperlihatkan Samsudin telah memenangi hati belia di kawasan parlimen Batu Sapi, sehingga Calon P185 Batu Sapi, DUN N43 dan N44 menguasai semula kerusi Barisan Nasional dengan majoriti terbaik.

Dengan adanya pengalaman yang dimiliki oleh Samsudin membawa belia-belia di kawasan Batu Sapi menyokong Barisan Nasional, tidak mustahil sekiranya dia memiliki kedudukan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah, pada perkiraan jangka panjang perancangan pihak kerajaan untuk menarik belia menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai pengkaji politik, saya percaya Datuk Seri Musa Hj. Aman melihat apa yang perlu untuk melaksanakan transfomasi membawa belia-belia ke muncak yang terbaik melalui satu sentuhan yang baik dan teratur.

Maka dengan terlantiknya Samsudin menjadi Menteri KKBS, saya percaya beliau mampu mengajak  para belia di Sabah bagi mengisi keperluan sumber manusia sebagai teknokrat di masa hadapan.

Semoga suara  para belia lebih didengar selari dengan pembangunan negeri Sabah, kerana mereka adalah aset masa hadapan politik Malaysia.

Salam Hormat,

JAFAR MUSTAFAH

No comments:

Post a Comment