Wednesday 1 May 2013

SARAPAN PERCUMA DI BATU SAPI






Oleh : SALASIAH SALAMUN

KERANCAKAN berkempen yang hanya berbaki 5 hari sahaja lagi semakin menarik perhatian ramai sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung. Flash mop jalan raya, replika kapal terbang, wau dan sebagainya memeriahkan lagi suasana pilihanraya tahun ini.
Kelmarin, PAS Batu Sapi menjalankan satu aktiviti yang lain daripada yang lain dan dibuat  julung kalinya di sini.

‘Sarapan Percuma Rakyat’ telah dijalankan di hadapan Bilik Gerakan Utama PAS Batu Sapi Taman Po Hing dengan melibatkan lebih kurang 10 orang petugas.

Calon PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah berada di hadapan bilik gerakan tersebut mengedarkan sarapan pagi kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut. Sebanyak 200 bekas makanan telah diedarkan.

Sambutan daripada pengguna jalan raya sangat baik dan kebanyakan pengguna memberikan kerjasama dengan calon dan petugas yang berada di situ. 




"Ini program yang sangat bagus. Ndak pernah ada pemberian sarapan begini. Moga Haji menang kali ini," kata salah seorang pengguna jalan raya sambil tersenyum kepada petugas.

"Program ini kita akan jalankan sehingga hari Sabtu nanti. Pastikan anda mendapatkan sarapan pagi daripada petugas kami di sini. Kami cuma mahu membantu mengurangkan beban rakyat. Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat Batu Sapi," kata Haji Hamzah ketika diminta memberikan pendapat berkenaan dengan program tersebut.

Selepas ini, Haji Hamzah dijangka akan melawat beberapa tempat pengundian awal di sekitar Parlimen Batu Sapi Sandakan.

No comments:

Post a Comment