Tuesday 21 May 2013

SEKATAN AIRASIA IKUT WHO






SYARIKAT penerbangan tambang murah AirAsia mempertahankan bahawa tindakannya yang menghalang seorang bayi pengidap demam campak daripada menaiki penerbangan syarikat itu dari Ho Chi Minh pada Sabtu lalu adalah mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Satu kenyataan AirAsia di Facebook menyebut, tindakan itu bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada penumpang lain.

“AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari doktor bertauliah.

“Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat, terutamanya jika mereka demam, harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu bagi menjelaskan masalah yang dialami keluarga bayi berusia 14 bulan, Maryam Sofea Mohd Reza, yang menjadi perhatian utama laporan media hari ini.

Antara, laporan Utusan Malaysia yang menyebut AirAsia memaksa ibu Maryam Sofea tinggal selama lima hari di negara tersebut sehinggalah bayi tersebut diisytihar selamat menaiki penerbangan.

Ibu saudara bayi tersebut, Norhamiza Mohd Ali, yang dipetik dalam laporan tersebut mendakwa AirAsia juga tidak membawa Maryam Sofea ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

Laporan itu juga mendakwa, kakitangan AirAsia tidak menghiraukan penjelasan ibu Maryam Sofea, Izan Suhaila bahawa anak perempuannya sudah pulih dari demam campak.

AirAsia bagaimanapun dalam kenyataannya menegaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak.

“Hal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.

“Seterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor,” kenyataan itu dipetik.

7 comments:

  1. JIKA MAS BOLEH, KENAPA AIRASIA TIDAK

    Kakitangan MAS telah membawa Mariam (bayi 14 bulan yang disyaki demam campak) berjumpa doktor kerana ia adalah satu prosedur untuk semua penumpang yang mempunyai gejala penyakit berjangkit bagi mendapatkan pengesahan untuk terbang.

    ReplyDelete
  2. JIKA MAS BOLEH, KENAPA AIRASIA TIDAK

    Ini adalah untuk memastikan bahawa tiada penumpang yang menyebabkan kesihatan penumpang lain dalam risiko. Doktor yang memeriksa bayi tersebut mengesahkan dia tidak lagi berjangkit dan telah keluar dari tempoh pengeraman, manakala bintik hitam pada badannya hanya bekas yang telah kering.

    ReplyDelete
  3. JIKA MAS BOLEH, KENAPA AIRASIA TIDAK

    Sejurus selepas itu, MAS dengan segera menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam dan dua saudara maranya yang lain. Mereka telah ditempahkan penerbangan MH759 yang berlepas dari lapangan terbang Ho Chi Minh semalam, supaya mereka tidak perlu untuk menghabiskan beberapa malam di bandar itu dan menanggung lebih banyak kos.

    ReplyDelete
  4. JIKA MAS BOLEH, KENAPA AIRASIA TIDAK

    Kakitangan MAS dari Vietnam juga segera membawa keluarga itu kembali ke lapangan terbang dari hotel mereka dan ketika mereka tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan lapangan terbang telah menyediakan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses daftar-masuk dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. JIKA MAS BOLEH, KENAPA AIRASIA TIDAK

    Seorang kakitangan telah ditugaskan mengiringi keluarga itu melalui Imigresen dan Kastam. Ini adalah penting kerana akan terdapat banyak persoalan pada setem imigresen di pasport mereka kerana kejadian hari sebelumnya"

    ReplyDelete
  6. JIKA MAS BOLEH, KENAPA AIRASIA TIDAK

    Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MAS MH759 dan bertolak pada 16:40. Kami berbangga dengan pasukan MAS di Ho Chi Minh City, keupayaan pasukan itu untuk bertindak di luar tugas biasa patut dipuji dan ia juga membanggakan bahawa mereka tidak melanggar mana-mana peraturan prosedur standard. Untuk rekod MAS mengadakan penerbangan tiga kali sehari ke Ho Chi Minh City.

    ReplyDelete
  7. kenapa pergi boleh tapi balik tak boleh?

    ReplyDelete