Wednesday 22 May 2013

SELEPAS TEWAS PRU-13, RAKYAT DIABAIKAN






Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Selain masalah bekalan elektrik sering terputus (Black Out) di daerah Sandakan, gangguan  bekalan air di beberapa taman perumahan termasuk Taman Mesra sudah berlarutan sejak tiga hari lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sajaja diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah semula tetapi amat mengecewakan hati rakyat kerana masih mewarisi masalah air sejak berdekad; di samping terus menabur janji.

Demikian penjelasan Ahli Parlimen (DAP) Sandakan, Stephen Wong kepada Sabahkini.Net sebaik sahaja beliau menerima aduan daripada penduduk setempat mengenai terputusnya bekalan air sejak kelmarin dulu.

"Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak suka menghentam kerajaan BN secara melulu; tetapi ini soal masalah rakyat. Kita harus bantu kerana sukar memadamkan kemarahan rakyat," kata Wong yang meminta pemimpin BN menilai semula ciri kepimpinan mereka.


Kata Wong, sebelum PPRU-13, begitu hebat silap mata BN. Serba lengkap dan Wakil Rakyat begitu prihatin. Tetapi selepas tewas kerusi Parlimen Sandakan, Mantan Wakil Rakyat BN tidak lagi mempedulikan nasib dan kebajikan rakyat.

"Jika ingin beri rakyat hadiah, berilah momento yang berguna, bukan masalah yang terpaksa diwarisi rakyat dan dalam masa yang membayar cukai," ujar Wong yang menggesa rakyat yang bermasalah agar menemui beliau dan pihak berwajib.

58 comments:

  1. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, kerjasama dan gandingan mantap di kalangan jabatan dan kakitangan pentadbiran adalah teras dan kunci utama mencapai kejayaan ke arah pembangunan mapan di daerah Beluran, khususnya DUN Sugut.

    ReplyDelete
  2. Ini penting kerana ia akan memastikan segala agenda serta dasar yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk manfaat rakyat di kawasan Beluran dapat dilaksanakan dengan lancar, kata James, merangkap Pengerusi Penyelaras BN Beluran, ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Paitan dan Sambutan Kemenangan Calon-Calon BN Beluran, kelmarin.

    ReplyDelete
  3. Menurut beliau, perpaduan dan persefahaman juga merupakan agenda utama bagi mencapai pembangunan di DUN Sugut dalam pelbagai aspek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, persefahaman antara satu sama lain diperlukan.

      Delete
    2. pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi kemudahan rakyat.

      Delete
  4. James memberitahu bahawa kemenangan calon-calon BN di Pilihan Raya Umum ke 13 baru-baru ini jelas membuktikan rakyat di kawasan Beluran sedar hanya Kerajaan BN sahaja yang dapat membela nasib mereka.

    ReplyDelete
  5. Mereka tahu Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman merupakan kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah rakyat dan telah melaksanakan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat yang perlu dibantu, tambah James.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebajikan untuk rakyat harus diutamakan.

      Delete
  6. Terdahulu dari itu, Pegawai Daerah Beluran, Yusuf Osman dalam ucapan beliau berkata rakyat Beluran khususnya di DUN Sugut harus tampil dengan penuh semangat menyahut cabaran transformasi pembangunan yang bakal dilaksanakan melalui Wakil Rakyat DUN Sugut ini.

    ReplyDelete
  7. Rakyat di Sabah dan Sarawak mempunyai peluang terbaik untuk melalui transformasi di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin akan kebajikan mereka.

    ReplyDelete
  8. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, Najib sememangnya mengambil berat akan rakyat di Sabah dan Sarawak serta mahu melihat mereka menikmati pembangunan seperti di negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  9. Perdana Menteri memberi perhatian khas kepada keperluan pembangunan di Sabah dan Sarawak kerana beliau berpendirian kita juga mesti membangun seiring dengan negeri-negeri lain sebelum Malaysia boleh mencapai status negara maju, katanya.

    ReplyDelete
  10. Ongkili berkata, Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan rayanya berikrar untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300 kilometer (km), selain jalan berturap sepanjang 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak, serta meningkatkan bekalan elektrik ke 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 di Sarawak.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan BN menyasarkan untuk memperluaskan bekalan air bersih ke 320,000 rumah di seluruh negara yang turut memberi manfaat kepada Sabah.

    ReplyDelete
  12. Mengenai naik taraf jalan berbatu kerikil Sikuati-Marabau, beliau berkata projek itu merupakan usaha berterusan kerajaan bagi menambah baik infrastruktur kawasan luar bandar termasuk Matunggong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Infra luar bandar harus diutamakan. Mereka masih dalam kesengsaraan bekalan air dan elektrik.

      Delete
    2. Sistem infratruktur di Sabah khas kawasan luar bandar masih kurang.

      Delete
  13. Fasa pertama projek itu melibatkan jarak sepanjang 2.4km dengan kos RM3 juta. Projek naik taraf itu akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk selain melonjakkan aktiviti pertanian seperti ladang kelapa dan kelapa sawit di situ.

    ReplyDelete
  14. Selain itu, kerajaan juga menjalankan pelbagai projek lain termasuk ladang lebah, industri perabot daripada rotan, dan kilang memproses madu, Borneo Honey Bee Centre di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga projek yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan industry kecilan menghasilkan buah.

      Delete
  15. Apabila siap kelak jalan ini juga akan melonjakkan aktiviti pemasaran produk industri kecil dan sederhana serta hasil tani, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barisan Nasional memang bertekad memajukan Sabah secara berperingkat-peringkat dan proses ini bukannya memakan masa yang sekejap tetapi lama bahkan boleh bertahun-tahun bagi mencapai kemajuan yang diingini apalagi sekiranya disokong rakyat dengan hebat.

      Delete
  16. Pembangkang juga harus bekerjasama dengan Barisan bagi proses transformasi ini kearana sekiranya ingin menyeragamkan kemajuan di semua tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukanmudah untuk kerjasama, masing-masing ada agenda untuk dicapai.

      Delete
    2. kepentingan rakyat harus jadi keutamaan semua pihak.

      Delete
    3. Baik juga jika benar boleh kerjasama.

      Delete
  17. Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, Najib sememangnya mengambil berat akan rakyat di Sabah dan Sarawak serta mahu melihat mereka menikmati pembangunan seperti di negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keseimbangan taraf hidup harus dipertingkatkan.

      Delete
  18. Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengeluarkan program 100 hari untuk memenangi hati golongan yang ragu-ragu dengannya dan meyakinkan Umno beliau adalah terbaik untuk memimpin parti dan negara, kata sumber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kerajaan berusaha yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
  19. The Malaysian Insider difahamkan, meminjam idea dari pentadbiran Abdullah, kerajaan Najib juga akan bekerja untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan jenayah dan rasuah, meningkatkan ketelusan dan mengukuhkan keharmonian antara etnik.

    ReplyDelete
  20. Dalam wawancara bersama Straits Times Singapura 10 hari lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengatakan program 100 hari Najib akan mempercepatkan program sedia ada untuk mengurangkan jenayah dan rasuah dan mengehadkan kos sara hidup.

    ReplyDelete
  21. Ini adalah tiga isu utama yang menyebabkan undi bandar beralih, katanya dan menambah Najib akan terus memperbaiki sektor awam dan ekonomi dan mengembangkan kebebasan awam.

    ReplyDelete
  22. Sumber mengatakan Khairy yang kini menteri belia dan sukan dan menteri muda seperti Menteri Peracangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menjadi diantara yang akan memainkan peranan penting dalam program 100 hari.

    ReplyDelete
  23. Najib telah menamakan Kabinetnya minggu lalu, campuran veteran dan muka baru, untuk meneruskan program transformasi yang beliau mulakan empat tahun pertama semasa memegang jawatan perdana menteri.

    ReplyDelete
  24. Beliau membawa masuk Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar ke dalam Kabinet memantapkan pasukan ekonomi beliau.

    ReplyDelete
  25. Kalangan pemimpin dan duta asing mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji proses pilihan raya umum yang menurut mereka diadakan secara demokratik.

    ReplyDelete
  26. Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, yang mengucapkan tahniah kepada Najib, berkata kemenangan itu dicapai di bawah kepimpinan cemerlang beliau.

    Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menurut Presiden Iran itu, senario itu dapat diterjemahkan sebagai sokongan padu terhadap dasar-dasar Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  27. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, Ahmadinejad berkata beliau yakin hubungan dua hala di bawah kepimpinan Najib akan terus kukuh dan "bertambah kukuh dari hari ke hari, sepertimana di masa lalu".

    ReplyDelete
  28. Sementara itu, Duta Azerbaijan Prof Dr Qaley Allahverdiyev, berkata PRU13 telah diadakan secara penuh demokratik dan aman.

    "Proses pilihan raya berjalan dengan baik. Dengan mengambil kira bahawa terdapat protes pada tahun lepas dan awal tahun ini, pilihan raya umum baru-baru ini dan kempen berjalan dengan amat baik" katanya.

    ReplyDelete
  29. Mengucapkan tahniah kepada Najib, beliau berharap BN akan menunaikan semua janjinya dan bahawa "rakyat boleh merasai atau memahami perubahan yang mereka (BN) akan lakukan demi kebaikan negara."

    ReplyDelete
  30. Duta Ukraine Ihor V. Humennyi, yang turut mengucapkan tahniah kepada Najib dan BN berkata beliau kagum dengan proses PRU13, termasuk kempen pilihan raya yang disusun dengan teratur dan dianjurkan secara aman. Penglibatan aktif rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum itu membuktikan perkembangan demokrasi di negara ini semakin subur dan rakyat semakin sedar mengenai politik, katanya dalam kenyataan.

    ReplyDelete
  31. sebarang masalah yang berlaku harus diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  32. pembangkang pun gemar salahkan orang lain dan bukannya mencari penyelesaian berhubung sesuatu masalah.

    ReplyDelete
  33. I thought that was a lie.

    ReplyDelete
  34. They mere to create stories.

    ReplyDelete
  35. Saya telah mula melihat para sukarelawan melakukan persiapan sempena perayaan Hari Wesak yang mengingati kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha.

    ReplyDelete
  36. Di seluruh Malaysia, kuil-kuil akan mengadakan pelbagai aktiviti dan para penganut Buddha akan menyertai upacara keagamaan itu dalam suasana penuh harmoni.

    ReplyDelete
  37. Saya sentiasa berharap agar kita semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dan bersatu demi kebaikan kita bersama. Railah Hari Wesak bersama jiran-jiran, pasangan, keluarga, anak-anak dan ibu bapa kita dalam suasana harmoni.

    ReplyDelete
  38. The chances for JCI Penampang to host the Asia Pacific Conference (ASPAC) 2015 appears to be getting better following its endorsement by the Junior Chamber International (JCI) Honorary Advisor, Sunny Ho

    ReplyDelete
  39. Ho said, he would be making a very high recommendation for Malaysia in Kwangju

    ReplyDelete
  40. According to him, among the aspects being considered for the host is that it must be a middle class city where the chapter concerned would be able to gain the opportunity to boost economic activities through tourism promotion among others

    ReplyDelete
  41. major metropolitan cities are where the world JCI conference is normally held.

    ReplyDelete
  42. Malaysia had hosted ASPAC twice before in Kuala Lumpur and Penang, but it would be the first time in Borneo if JCI Penampang succeed in its bid.

    ReplyDelete
  43. hal ehwal rakyat kena diutamakan

    ReplyDelete