Wednesday 1 May 2013

STAR KEMBALIKAN HAK RAKYAT SABAH







TUKAR...Kira kira 50 orang pengundi penduduk kampung Sungai Tongkang berazam memberi peluang kepada calon STAR menjadi pemimpin mereka berikutan prestasi yang kurang baik calon BN sebelum ini yang dicalonkan kembali pada PRU13 kali ini.

Oleh : SYED KAMAL

TAWAU : Walaupun ini baru kali pertama calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Dato Dr Mohd Jeffry Rosman bertanding di kawasan DUN Sebatik, namun sokongan dan sambutan yang diberikan penduduk sangat menggalakkan.

Jelas Jeffry, beliau sangat terharu apabila penduduk Kampung Sungai Tongkang mengusahakan pondok sebagai inisiatif menunjukkan sokongan mereka pada kepada parti STAR. Bahkan bukan sekadar itu, mereka juga turut mengedar dan menampal poster sebagai tanda sokongan.

Katanya, ini membuktikan masyarakat setempat mula menyedari tentang kehadiran calon-calon parti STAR yang mahu menyelamatkan dan mengembalikan hak mereka serta meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi mereka.

Sepanjang minggu ini, Jeffy terus giat menjalankan kempennya bertemu dengan masyarakat setempat. Beliau bersama jentera meneruskan kempen ke Pulau Sebatik dan memperjelaskan kepada mereka tentang penglibatannya dalam PRU13 ini sebagai calon parti STAR.

Penduduk Kampung Sungai Tongkang turut mengadakan dialog terbuka dengan bakal pemimpin politik itu untuk mengetahui jaminan yang akan beliau tawarkan terhadap penduduk kampung yang dirasakan mampu membela nasib kawasan itu sekiranya beliau terpih menjadi wakil rakyat mereka.

No comments:

Post a Comment