Sunday 5 May 2013

STAR SANDARKAN HARAPAN KEPADA OLIVIA






INI KALILAH..Olivia pemimpin belia harapan pengundi calon N57 Sri Tanjong.

Oleh : SYED KAMAL

TAWAU : Dalam mana-mana pilihan raya sekali pun, tentunya calon yang hebat akan ditentang calon yang mungkin tidak hebat, tetapi sekurang-kurangnya ada kekuatan.

Nama Olivia Chong Oi Yun, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Olivia tiba-tiba menjadi satu nama yang meniti dibibir masyarakat Tawau terutama bakal-bakal pengundi bagi N.57 DUN Sri Tanjong.

Keputusan pucuk pimpinan Parti Reformasi Negeri (STAR) mempertaruhkan wanita muda ini melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang pimpinan wanita muda dalam kalangan parti-parti yang bertanding dalam PRU13 kali ini.

Pemilihan beliau dilihat oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai satu strategi politik bagi mengetengahkan calon wanita dan menarik sokongan golongan muda.

Sejak diumumkan oleh Datuk Dr Jeffry Kitingan sebagai calon yang mewakili STAR di DUN Sri Tanjong, aktivis NGO muda ni menjadi perhatian seluruh masyarakat setempat.Jadual seharian menjadi lebih padat untuk menghadirkan diri bertemu orang ramai.

Sebenarnya, program-program pertemuan dengan masyarakat sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupannya apatah lagi beliau merupakan seorang wanita yang telah aktif melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan sejak bergelar mahasiswi lagi.

Wanita ini, yang juga calon termuda dalam STAR ini jangan dipandang pada penampilannya sahaja, sebaliknya pandanglah pada kelebihannya, kerana beliau ternyata memilikinya.
Walau tanpa rekod gah atau yang boleh dibanggakan nama beliau kini sudah mula disebut-sebut orang di sekitar Tawau dan Sri Tanjung.
Mereka bercakap tentang kelantangan wanita ini berbahas, berpidato membidas isu-isu panas serta paling penting ketegasannya dalam bersuara.
Olivia yang tinggi suaranya ketika berhujah di pentas tetap rendah nadanya apabila berbicara di bumi nyata.Beliau sebelum ini berkerja di Singapura dengan salah sebuah agensi Pelancongan kini kembali menetap di Tawau.
Saya menghormati kesemua lawan saya calon dari SAPP Yang Ah Poh  dan BN Fung Len Fui. Beliau juga akan melihat pertandingan kali ini sebagai satu cabaran," kata calon yang membesar di Kanada ini.

Mengakui lawannya bukan calang-calang orang, beliau mahu melihat pertandingan kali ini dari sudut positif."Ia akan menjadi satu pertembungan menarik yang menyaksikan persaingan di antara Generasi X dan Generasi Y.
"Sudah tentu saya mempunyai strategi tertentu semasa berkempen tapi yang pasti STAR akan menolak fitnah, serangan peribadi dan akan berkempen secara matang," katanya.

2 comments:

  1. Nama Olivia Chong Oi Yun, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Olivia menjadi satu nama yang meniti dibibir masyarakat Tawau selepas dijatuhkan hukuman penjara kerana memandu ketika mabuk hingga berlaku kemalangan maut.

    ReplyDelete