Saturday 11 May 2013

STESEN TERBUKA TEKSI KIM FUNG?






Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Dr Ali Bin Hamsa; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Long See Wool; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Arpah binti Abdul Razak;

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Felix Silverius Madan; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Matius Bin Sator; Datuk Teo Chi Kang. Pengerusi Lembaga Perlesenan Pengangkutan Perdagangan; Pengarah Lembaga Perlesenan Pengangkutan Perdagangan, Ariffin Bin Samsudin; Penolong Pegawai Tadbir Kanan Lembaga Perlesenan Pengangkutan Perdagangan, Ismail Bin Haji Awang Damit dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Haji Mohd Hamsan Hj. AG Supain.

Sukacita saya mencadangkan agar dibina sebuah pondok perhentian Teksi dan menambahkan tempat letak teksi di Hadapan Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan. 

Orang awam telah mengadu kepada saya setelah semua aduan rasmi tidak diendahkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan dan semua pihak yang berkaitan.

Para pemandu teksi juga mengadu bahawa MPS hanya memperuntukkan tiga lot untuk teksi di hadapan Pasar Kim Fung, Batu 4 sedangkan terdapat lebih 20 buah teksi yang beroperasi di tempat tersebut.

Mereka (pemandu teksi) dan pelanggan juga mengeluh kerana tidak mempunyai tempat berteduh atau kawasan berbumbung sehingga mereka terdedah kepada panas terik atau dibasahi hujan.

Memandangkan untung bersih harian pemandu teksi di antara RM5 sehingga RM30, maka mereka tidak mampu untuk membina sendiri tempat berteduh dan terpaksa merayu agar Kerajaan BN menyediakan kemudahan asas berkenaan.

Salam Hormat,

WONG KAH KIET
Penyelaras Angkatan Rakyat Muda -PRM

No comments:

Post a Comment