Wednesday 8 May 2013

SUARA PEMBANGKANG KINI LEBIH KUAT






KOTA KINABALU: Pembangkang kini mempunyai suara lebih kuat di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) dengan kehadiran ahli politik veteran, termasuk mereka yang sebelumnya berada di pihak pro-Barisan Nasional.
Walaupun  terdapat hanya 12 wakil pembangkang berbanding 48 wakil kerusi negeri BN, mereka mewakili kebanyakan parti pembangkang dan pergerakan pro-pembangkang di Negeri ini.

Mereka termasuk Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfrid Bumburing; Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Lajim Haji Ukin; Pengerusi Parti Reformasi negeri (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Ahli Majlis Tertinggi dan Setiausaha Sabah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Roland Chia; dan Setiausaha Parti Tindakan Rakyat (DAP) Dr Edwin Bosi.

Juga veteran DAP Sabah dan bekas Ahli parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu Dan Penolong Setiausahanya Junz Wong; serta Ketua Bahagian PKR Kota Kinabalu Christina Liew, satu-satunya Wanita di kerusi pembangkang.

ADUN yang lain ialah Jelani Hamdan (PKR); Ukoh @ Jeremy Malajad (PKR); Terrence Alon Siambun, Chan Foong Hin (DAP).

Bumburing memenangi kerusi Tamparuli, sementara Lajim di Klias; Dr Jeffrey di Bingkor; Chia di Inanam; Bosi di Kapayan; Hiew di Luyang; Junz di Likas; Liew di Api-api; Jelani di Matunggong; Malajad di Kadamaian; Terrence di Moyog dan Chan di Sri Tanjong.

Kedua-dua Bumburing dan Lajim terdahulu merupakan pemimpin kanan Upko dan Umno BN sebelum meninggalkan parti dan menyertai pihak pembangkang di dewan itu.

Sebelum ini pembangkang hanya diwakili tiga orang iaitu ketua DAP Sabah Jimmy Wong yang kini Ahli Parlimen untuk Kota Kinabalu dan Timbalan Presiden SAPP Datuk Liew Teck Chan dan Ketua Wanita Melanie Chia.

No comments:

Post a Comment