Monday 13 May 2013

TAMAN PERMAINAN Vs TAMAN HAIWAN?






Saudara Pengarang,

PENGWUJUDAN Taman Permainan di Taman Damai, Batu 4, Sandakan sewajarnya memberi kemudahan riadah kepada penghuni taman; namun keadaan menjadi sebaliknya kerana semua peralatan yang terdapat di taman ini usang dan tidak dapat digunakan lagi; melainkan untuk haiwan peliharan seperti kucing dan anjing.

Menurut penduduk, peralatan di taman tersebut rosak teruk kerana aktiviti vandalisme yang menjadi-jadi; dipercayai dilakukan orang asing sehingga tidak lagi dapat digunakan oleh mereka.

Sekalipun telah dilaporkan media tempatan dan dimaklumkan secara rasmi kepada MPS dan Wakil Rakyat Elopura, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Peralatan yang telah dirosakkan amat berbahaya kepada kanak-kanak yang bermain di situ dan penduduk berharap agar MPS segera menaiktaraf taman permainan berkenaan atau mengubah suai menjadi mini zoo atau taman haiwan.

Salam Hormat,

WONG KAH KIET
Penyelaras Angkatan Rakyat Muda -PRM



No comments:

Post a Comment