Thursday 9 May 2013

TANDAS TERBENGKALAI DI TAMAN DAMAI





Saudara Pengarang,

SAYA telah menerima aduan daripada orang awam semasa membuat tinjau bersama Penyelaras Angkatan Rakyat Muda Parti Rakyat Malaysia Bahagian  Sandakan, Kwan Chew Git,  di Taman Damai , Batu 4, Sandakan.

Menurut aduan penduduk setempat, tandas tersebut terbiar sejak dua tahun lalu kerana Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak pernah mengambil tindakan susulan sekalipun aduan rasmi telah dibuat kepada Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Elopura , MPS dan Pengerusi JKKK.

Tandas terbiar ini telah menjadi tempat pembuangan sampah dan mengeluarkan bau yang amat meloyakan dan dapat dihidu di sekitar kawasan Taman tersebut. Sampah sarap yang dilonggokkan dalam tandas juga menyebabkan kedatangan anjing-anjing liar dan sisa sampah sarap juga tertinggal di sekitar Taman Permainan.

Salam Hormat,

WONG KAH KIET
Penyelaras Angkatan Rakyat Muda -PRM

1 comment:

  1. Tahniah, blog sedemikian mampu memberi kesedaran supaya orang umum lebih prihatin dan mahu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan. Semoga ada tindakan yang diambil oleh pihak MPS.

    ReplyDelete