Thursday 23 May 2013

TIAN, HARIS, TAMRIN PULA DITAHAN






POLIS hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.

"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.

Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.

Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.

Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

8 comments:

  1. Mahu sahaja kaum cina diperbodohkan Anwar. Dua Perhimpunan yang sudah diadakan oleh Anwar, pertama pada 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya dan kedua semalam, di stadium Batu Kawan rata-rata disertai kaum cina.

    Anwar memilih stadium yang kecil-kecil, agar berlaku kesesakan, bukan itu, sahaja Anwar mahu akan berlaku kematian dikalangan yang hadir, supaya emosi daripada kalangan peserta meningkat; dan dengan itu akan menimbulkan rusuhan.

    ReplyDelete
  2. Di hati Anwar, dia mahukan rusuhan berlaku, atas sebab itu, ucapan-ucapannya penuh dengan hasutan dan tipu muslihat. Namun setakat ini, hasutan untuk merusuh belum belaku, walaupun himpunan itu menganggu orang ramai.

    Anwar mahukan pihak polis bertindak menyeruaikan peserta, namun taktik itu sudah dibaca oleh pasukan polis, atas sebab itu, gelagat Anwar dibiarkan, selagi tidak menganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  3. Anwar begitu terdesak, kerana gagal menduduki Putrajaya sepertimana yang beliau janjikan kepada pemberi dana luar negara.

    Merdeka Center dan Bersih yang mendapat dana daripada Amerika Syarikat, sejak 5 tahun lalu, menjalankan berbagai propaganda fitnah, termasuk menyalahgunakan kajian ilmiah yang dimanipulasikan.

    ReplyDelete
  4. Anwar bolehlah menipu kaum-kaum cina yang menyokong Pakatan pada PRU-13. Pada Pru itu, 89 peratus kaum cina menyokong Pakatan; tetapi Anwar lupa bahawa daripada 222 kawasan Parlimen, 133 kawasan menolaknya.

    ReplyDelete
  5. Tiba-tiba sahaja puak
    Pakatan Rakyat, terutama pecacai mereka, terkesima apabila polis tanpa
    sebarang pemasyhuran telah memulakan operasi menahan beberapa pemimpin
    Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan. Mereka yang sebelum ini begitu
    berkeyakinan, tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh
    digunakan lagi untuk menahan, dan menghalang perlakuan khianat mereka,
    tiba-tiba seperti terkena renjatan elektrik apabila Akta Hasutan
    digunakan oleh pihak polis.

    ReplyDelete
  6. N.Surendran,
    Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Padang Serai dan juga peguam
    Adam Adli, dalam hujah pembelaannya di Mahkamah Sesyen menyatakan bahawa
    Akta Hasutan adalah sebuah akta yang lapuk dan sepatutnya sudah
    dimansuhkan.

    ReplyDelete
  7. N.Surendran
    merupakan antara yang paling lantang menyatakan kononnya Akta Hasutan
    sudah pun dimansuhkan, walaupun sebenarnya seperti yang dinyatakan oleh
    Hakim Mahkamah Sesyen pagi tadi, akta tersebut masih dalam kajian
    pemansuhan dan pada peringkat pra-matang.

    ReplyDelete
  8. penangkapan beberapa orang
    termasuklah Haris Ibrahim, Tian Chua dan Tamrin Ghafar, dilihat ramai
    sebagai permulaan langkah dan persediaan untuk penangkapan besar-besaran
    melibatkan beberapa nama besar seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang,
    Lim Guan Eng dan sebagainya. Adam Adli yang telah ditangkap, ditahan
    reman selama beberapa hari dan kemudian dijadikan sebagai umpan untuk
    membangkitkan sentimen di kalangan golongan muda pro Pakatan Rakyat,
    telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen dengan seorang penjamin dan
    bakal dibicarakan pada 2 Julai nanti.

    ReplyDelete