Friday 24 May 2013

TINDAKAN NEKAD RAKYAT TAMPARULI TERPUJI




            
Saudara Pengarang,

TINDAKAN nekad penduduk Tamparuli memilih Datuk Wilfred Bumburing sebagai ADUN Tamparuli sememangnya amat terpuji kerana yakin dengan keberanian beliau memperjuangkan hak-hak rakyat; setelah pemimpin PBS seperti Jahid Jahim sudah lama dikembiri.

Kita harap agar 12 ADUN Pembangkang di DUN Sabah memilih Wilfred sebagai Ketua Menteri Kabinet Bayangan yang bakal ditubuhkan bagi membolehkan beliau menjadi Ketua Pembangkang di DUN Sabah yang selama ini sunyi kerana hanya diwakili ADUN DAP, Jimmy Wong.

Dengan beraksinya kembali Wilfred di DUN Sabah, maka Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor yang popular dengan gelaran 'MR 30%' tidak lagi dapat tidur lena dan berhenti menyalahguna kuasa mentadbir urus pihak berkuasa tempatan.

Kita harap tidak timbul lagi kegiatan memberikan rumah sewa PRT di Telipok kepada saudara mara 'Cina Kaya' kerana sepatutnya rumah-rumah tersebut diberikan pada rakyat miskin yang tiada rumah; bukannya kroni-kroni Menteri.

Malahan kita berharap juga agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula membuka fail untuk kes Rasuah Hajiji yang telah dilaporkan sebelum ini terutama dakwaan Datuk Peter Chong Chun Chan membiayai 'Pakej Umrah' Hajiji sekeluarga pada 2011 dan 'Komisyen 30 %' bagi setiap projek top-up yang dilaksanakan oleh KKTP dan pihak berkuasa tempatan.

Sewajarnya Hajiji hanya layak menjadi Menteri Belia dan Sukan; sebaliknya diberikan potfolio penting. Malangnya pihak berkuasa tempatan di Sabah menjadi 'Gudang Rasuah' dan 'Hajiji Sdn.Bhd'.

Salam Hormat,


HENRY JAMES

5 comments:

  1. Ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah dilaporkan mengumumkan beliau telah meletak semua jawatan dan sekaligus bertindak keluar parti itu.

    ReplyDelete
  2. Ansari menyertai PKR kira-kira 14 tahun lalu dan pernah dilantik sebagai Pengerusi PKR Sabah pada tahun 2007/2008.

    Dalam satu kenyataan ringkas disiarkan di laman sosial beliau pagi ini, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara awal daripada politik, namun permintaan daripada rakan-rakan, beliau menangguhkan pengumuman itu sehingga hari ini.(25 Mei 2013)

    ReplyDelete
  3. “Saya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Saya kini digantung sebagai ahli tanpa apa-apa tempoh masa. Saya tidak menerima ‘surat tunjuk sebab’. Begitu banyak keadilan dan proses yang sewajarnya.

    “Saya mengkritik kepimpinan kerana mereka adalah salah kerana membenarkan 2/3 daripada kerusi di Sabah dipertandingkan oleh bukan ahli, APS (Angkatan Perpaduan Sabah) dan PPPS (Pertubuhan Pakatan Perpaduan Sabah ), menggunakan simbol Parti Keadilan, “katanya.

    ReplyDelete
  4. Ansari berkata APS yang dipimpin Datuk Seri Wilfred Bumburing dan PPPS yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin telah tewas di semua kerusi parlimen yang dipertandingkan dan mereka hanya menang hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Tamparuli dan Klias.

    ReplyDelete
  5. hraplah dia dpt laksanakan tanggungajwab dgn baik

    ReplyDelete