Monday 13 May 2013

TPM DAN MENTERI PENUH UNTUK SABAH?






OLEH : LO_PHUNK

SELEPAS keputusan PRU 13, Sabah kekal sebagai simpanan tetap Barisan Nasional dengan memperolehi 22 kerusi Parlimen di mana hanya kehilangan 3 kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah kali kedua, Sabah menjadi simpanan tetap setelah BN hampir kalah pada PRU 12.

Berbanding dengan Johor yang mempertandingkan sebanyak 26 kerusi parlimen, hanya 21 kerusi sahaja yang berjaya diperolehi iaitu kehilangan 5 kerusi. Sarawak yang menyumbang 25 kerusi parlimen berbanding dengan 31 kerusi yang dipertandingkan, kehilangan 6 kerusi parlimen. Ini menunjukkan bahawa Sabah masih kubu kuat BN.

Keputusan PRU 13 di Semenanjung antara Barisan Nasional dan Pakatan hanya beza 6 kerusi sahaja iaitu BN 86 kerusi dan PR 80 Kerusi. Jika bukan kerana kerusi di Sabah dan Sarawak, Barisan Nasional sudah kalah.

Walaupun kemudahan di luar bandar sangat daif dan dibelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat Sabah tetap teguh bersama BN walaupun beberapa kawasan berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan pilihanraya PRU 13 ini, apakah rakyat Sabah tidak layak untuk mendapat banyak peruntukan daripada persekutuan? Adakah Sabah tidak layak diberi pengiktirafan dengan sumbangan kerusi parlimen yang banyak bagi membolehkan BN menerajui kerajaan? Adakah jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak layak untuk ahli parlimen dari Sabah?

Selama ini, PM dan TPM adalah orang UMNO dan amat tidak adil bagi rakyat Sabah seandainya kabinet Malaysia kali ini masih diberikan kepada orang UMNO. BN bukan dipunyai oleh UMNO seorang tetapi banyak parti yang berada dalam BN dan membolehkan BN membentuk kerajaan. Peranan mereka juga perlu diiktiraf oleh UMNO.

Kini tibalah masanya jawatan TPM ini diberikan kepada Ahli Parlimen Sabah daripada parti lain selain UMNO. Selain TPM, Menteri penuh Kabinet juga harus diberikan kepada ahli parlimen dari Sabah.

Kabinet Malaysia yang lepas, menyaksikan hanya 4 ahli parlimen Sabah sahaja yang diberikan jawatan penuh ini. Maka inilah masanya Perdana Menteri memberi laluan kepada ahli parlimen dari Sabah bagi mengisi jawatan ini.

Sama juga dengan Sarawak yang banyak menyumbang kepada kemenangan BN. Kerajaan BN tidak mampu dibentuk oleh UMNO sendirian melainkan atas bantuan parti lain. Penghormatan perlu diberikan atas sumbangan yang sangat berharga ini.

Selain pengiktirafan perlantikan jawatan Menteri penuh dan TPM, persekutuan juga perlu melihat semula keadaan di sabah yang serba kekurangan terutama di luar bandar.

Kawasan ini perlu diberi dana yang cukup dan memberikan peruntukan mengikut keluasan yang selama ini kita lihat sangat tidak adil. Kajian berhubung persempadanan semula dan menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri perlu dilaksanakan.

Dengan penambahan ADUN ini, akan dapat memajukan sesebuah kawasan dengan suntikan dana yang diberikan setiap tahun kepada setiap ADUN.

Selain itu juga, Sabah dan Sarawak boleh menuntut perjanjian yang terkandung daman Perkara 20 Sabah dan perkara 18 Sarawak. Inilah masanya untuk menuntut dan meminta kepada persekutuan berhubung dengan apa yang sepatutnya menjadi hak rakyat Sabah dan Sarawak.

1 comment:

  1. apa macam mo kasi. .balik balik umno juga laa dapat tu jawatan menteri kabinet !!! mo kasi sama c pairin dia nda mau ,, mo kasi dumpoookk suda kiokkk ,,, mo kasi corrupt pun dia manang buyokkkk. .. kasi sama itu Ommm sama pilakk bule laaa. .. :-P:-P:-P:-P:-P

    ReplyDelete