Monday 6 May 2013

TPM KEDUA UNTUK SABAH?





CADANG.... Jeffry akan mencadangkan jawatan TPM di kalangan pemimpin BN Sabah kepada Perdana Menteri Najib Razak terdekat ini.

Oleh : SYED KAMAL

KOTA KINABALU : Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) berkata, hanya dengan mewujudkan kuota jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Sabah, membolehkan kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat sehingga bila-bila.

Presiden persatuan itu, Dato Dr Mohd Jeffry Rosman, 38, berkata, jawatan TPM pemimpin dari Sabah amat menepati definasi negeri ini sebagai simpanan tetap dan penyelamat kepada kerajaan persekutuan. “Jeffry berpendapat bahawa cadangan ini amat baik dan relevan untuk menjadikan BN memiliki status yang benar-benar kukuh,” katanya.

Memberikan butiran cadangan itu kepada Sabahkini.net di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini, Jeffry menjelaskan bahawa Sabah akan lebih seimbang apabila negeri yang berada di tanah Borneo itu mempunyai pemimpin yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

 Katanya, dengan ada pemimpin yang menduduki kerusi nombor dua dalam kerajaan persekutuan, dan mereka yang berasal dari Sabah, BN memiliki perisai yang amat kuat untuk melindungi kerajaan daripada diperlekeh oleh pemimpin pembangkang.

Menurutnya perpaduan rakyat di negeri ini amat perkasa jika mereka mempunyai pemimpin Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Saya bercakap mengenai rasional kesamarataan kuasa dan pengaruh, dan resepi ini dicadangkan oleh PRIBUMI’S,” katanya.

PRIBUMI’S mempunyai pengaruh yang begitu kuat di kalangan pelbagai suku kaum yang mempunyai lebih 32 etnik di negeri Sabah, yang merupakan orang asal negeri ini.

Menjawab satu soalan, pemimpin berbangsa etnik Brunei, Papar itu menjelaskan bahawa persatuan itu tidak berminat untuk menyertai politik, namun menekankan sebuah kerajaan yang kukuh seharusnya dihormati oleh semua pihak termasuk pembangkang.

 Jesteru katanya, usaha persatuan itu untuk mencadangkan kaedah pengukuhan kerajaan, seperti mengwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi pemimpin daripada Sabah, sesuatu yang ikhlas dan tidak berunsur politik.

“PRIBUMI’S di tanah Borneo yang mengharapkan sebuah kerajaan yang kukuh dan tidak dicabar oleh pembangkang,” katanya.

“Sesuatu yang kita amat harapkan ialah sebuah kerajaan yang tidak ada pihak yang menganggu,” tambahnya dan berkata, pemimpin-pemimpin BN perlu melihat cadangan itu dalam sudut positif.


No comments:

Post a Comment