Tuesday 21 May 2013

TUKAR SEGERA PENGARAH KPDNKK SABAH?






Oleh : CHAN TZUN HEI

“Ke mana sudah pergi semua diesel di Sandakan?” demikian dipersoalkan oleh Au Kam Wah, ADUN N.45 Elopura. Pihak pengusaha stesen minyak telah dibekalkan dengan kuota yang mencukupi untuk keperluan warga Sandakan, namun perkara ini masih berlaku dan belum dapat diselesaikan dengan segera. Pihak pemantau gagal dan amat lemah serta perlu mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya untuk hal ini.

Wakil rakyat yang baru menang kali ketiga ini menyesal kerana setiap bulan hampir pada 20 haribulan dalam tahun ini berlakunya aduan masalah stesen minyak daripada rakyat kerana stesen kehabisan bekalan minyak diesel atau dihadkan untuk mengisi minyak diesel dalam lingkungan antara RM20 hingga RM60 di sesetengah stesen minyak Sandakan.

Stesen minyak tidak boleh menghadkan pengguna untuk mengisi jumlah diesel yang diperlukan. Perkara ini memerlukan satu penyelesaian dengan serta merta dan bukan hanya setakat meminta tambahan kuota pada bulan tersebut apabila masalah timbul.

Tambahnya, Sandakan dijangka kehabisan diesel pada 25 haribulan Mei ini kerana masing-masing stesen minyak telah habis kuotanya untuk bulan ini.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - KPDNKK di Sabah gagal melaksanakan tugas mereka untuk memantau perkara ini.

Prestasi dan tahap penyelesaian mereka dalam perkara ini disifatkan gagal dan lemah serta adalah bercanggah dengan konsep 1 Malaysia dalam rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sebaik sahaja lesen 'community drumming' ini dilaksanakan, masalah kekurangan diesel mulai berlaku. Au turut khuatir sekiranya perkampungan dan kepulauan mempunyai permintaan yang tinggi seperti ini, penghantaran diesel ini sepatutnya dilakukan dari depot atau stesen minyak yang terdekat dengan kampung tersebut kerana ini lebih ekonomi dari segi kos penghantaran dan lebih senang untuk membuat pemantauan.

Beliau mempersoalkan di mana diesel yang secukupnya telah pergi sehingga tertimbulnya insiden seperti ini pada setiap hujung bulan. Beliau tidak rasa hairan jika antaranya melibatkan penyelewengan dan penyeludupan.

Beliau turut minta perhatian daripada ahli-ahli parlimen untuk mengambil perhatian dalam perkara ini. Bukan sahaja rakyat jelata menghadapi kesusahan mengisi minyak diesel, para pengusaha pengangkutan, kilang, pembinaan dan perindustrian yang menyumbang dalam pembangunan ekonomi setempat turut menjadi mangsa.

Au bercadang perkara pertama yang harus lakukan adalah kuota bulanan untuk setiap stesen ditambah untuk mengatasi masalah ini berlaku tiap-tiap bulan. Kemudian, siasatan dalaman dan luaran dilakukan untuk mencari akar umbi masalah ini.

Berikutan dengan penukaran jawatan oleh Pengarah KPDNKK Sabah ke jabatan lain, Au menggesa supaya pengarah baru yang bakal mengambil alih nanti dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah kekurangan pembekalan diesel di Sandakan ini.

20 comments:

  1. Krisis diesel, angkara siapa?

    SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengarahkan semua stesen minyak supaya dibekalkan dengan kuota minyak diesel yang secukupnya.

    Berhubung dengan krisis kekurangan diesel dan soalselidik terhadap pejabat PPDNKK, perkara ini telah mendapat perhatian daripada peringkat Kementerian dan seterusnya diarah supaya kuota diesel ditambah dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bahan bakar ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga pekara ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

      Delete
  2. Dalam pada itu, siasatan dalaman turut dijalankan atas sebab-sebab seperti disebutkan oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Elopura, Au Kam Wah.

    Beliau mendakwa krisis kekurangan diesel ini sengaja dicetuskan oleh pegawai yang bertanggungjawab yang menyalahguna kuasa, terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan.

    Au yang pada asalnya mempunyai program kempennya untuk berjumpa dengan para pengundi di kawasannya terpaksa menangguhkan program itu untuk memberi sepenuh perhatian bagi menyelesaikan krisis kekurangan minyak diesel di bandar Sandakan ini.

    Beliau juga telah dimaklumkan bahawa kuota diesel telah dilepaskan atas arahan pihak Kementerian tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuota harus dibuat mengikut prosedur yang betul. Bekalan harus cukup untuk menampung keperluan.

      Delete
  3. Pengarah PPDNKK Sabah Noor Alam Khan turut memberi maklum balas kepada Au bahawa pihaknya telah menerima arahan dan mendapat persetujuan dengan tiga pembekal minyak utama, Shell, Esso dan Petronas bagi menambah bekalan.

    Perbekalan akan disalurkan mulai hari ini kepada stesen yang mengalami kekurangan bekalan. Dengan itu, dipercayai bahawa krisis ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. Pemantauan

    Calon BN ini turut memberitahu kepada media bahawa beliau akan terus memantau isu ini bagi mengelakkan perkara ini berulang.

    Au turut merakamkan penghargaannya kepada kedua-dua Calon BN bagi Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong dan Datuk Raymond Tan yang bertanding di Tanjung Papat kerana usaha mereka berhubung dengan Kementerian sehingga mendapat maklum balas positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah jika pemimpin mengambil berat tentang pekara seperti ini.

      Delete
  5. Didapati bahawa lesen “Community Drumming” ini telah diluluskan tahun ini dan tujuan lesen ini adalah untuk menghantar diesel ke kampung-kampung dan kepulauan yang mana telah diperuntukan dengan kuota sebanyak 1.1 juta liter sebulan.

    Adakah kampung-kampung ini betul-betul memerlukan sebegitu banyak bekalan turut dipersoalkan oleh Au.
    Pengeluaran lesen “Community Drumming” telah dipersoalkan samada kampung-kampung tersebut memerlukan diesel yang banyak dan sepatutnya minyak tersebut diangkut di stesen yang paling berdekatan atau terus membina sebuah stesen untuk kampung tersebut.

    Kini bekalan minyak diangkut dari depot ke stesen dan kemudiannya diangkut semula ke kampung masing-masing untuk dijual.

    ReplyDelete
  6. Penyeludupan

    “Bahan bakar ini mudah diselewengkan. Terlalu banyak ruang untuk berlakunya penyeludupan ke kilang-kilang industri atau kawasan ladang yang kini membeli diesel industri dengan harga di antara RM2.60 hingga RM2.70 seliter sedangkan diesel yang dinikmati rakyat berharga RM1.80 seliter.

    Tidak hairan sekiranya penyeludupan ini dilakukan sehingga dijual ke negara-negara jiran. Tujuan pemberian subsidi minyak didiesel ini adalah merupakan usaha kerajaan BN agar rakyat menikmati harga minyak yang lebih rendah dari harga di pasaran antarabangsa.

    ReplyDelete
  7. “Ini adalah hak yang dinikmati oleh rakyat yang tidak boleh sekali-kali dirampas atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak,” tegas
    Au.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak dan kepentingan harus diutamakan.

      Delete
  8. Calon BN ini turut merasa tidak puas hati dan tidak dapat menerima bahawa Sandakan boleh menghadapi masalah kekurangan diesel.

    Sekiranya betul-betul berlaku penyeludupan, sindiket ini semestinya melibatkan orang yang berkuasa yang berselindung disebalik tabir yang begitu berani menjual hak rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus mengambil langkah wajar.

      Delete
    2. pihak berkuasa harus mengambil langkah yang perlu.

      Delete
  9. Orang ini disifatkan sebagai penjual negara sehingga negara rugi, kehidupan rakyat terjejas. Mereka tidak boleh ditoleransi dan dimaafkan kerana hak rakyat telah dinafikan.

    Pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Sandakan telah dimaklumkan tentang perkara ini agar dapat menjalankan siasatan lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga SPRM tidak berat sebelah.

      Delete
    2. biaarlah pihak yang berkaitan melakukan apa yang patut berhubung pekara ini.

      Delete
  10. sebarang isu yang berlaku harus diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  11. KPDNKK Sabah harus laksanakan tanggugjawab dgn baik

    ReplyDelete