Thursday 9 May 2013

WANITA SUMBANG KEMENANGAN BN




KOTA KINABALU: Kemenangan dan peringkatan majoriti calon wanita dalam pilihan raya adalah manifestasi dan testimom pengikhtirafan kepada kredibiliti dan keupayaan golongan wanita dalam membawa perubahan berterusan.

Kecenderungan persepsi ketidakupayaan golongan wanita dalam mengemudi atau membawa perubahan kini boleh disangkal berikutan keupayaan mereka dalam memberi keyakinan kepada masyarakat terutamanya dalam pilihan raya kali ini.

Calon wanita yang memenangi kerusi dewan undangan negeri Karambunai untuk tiga penggal berturut-turut Datuk Jainab Ahmad melahirkan sykur atas keyakiinan yang berterusan rakyat terhadap pemimpin Barisan Nasional yang membawa kepada kemenangan beliau.

"Bukan sesuatu yang mudah sebagai seorang wanita dibentuk untuk menjadi pemimpin.

"Bagaimanapun, bersandarkan sokongan dan tunjuk-ajar selain nasihat pucuk pimpinan negeri, cabaran ini mampu ditempuhi. Apa yang penting keikhlasan dalam perjuangan," katanya, yang merupakan salah seorang daripada 168 calon wanita seluruh negara yang diketengahkan dalam pilihan raya ke-13.

Menurut Jainab kemenangannya mempertahankan kerusi DUN Karambunai meskipun ditentang oleh empat pencabar calon lelaki adalah satu kemenangan kepada golongan wanita dan satu pengiktirafan kepada kepimpinan wanita seluruh negara.

Keputusan pilihan raya yang melihat kepada peningkatan majoriti berbanding pilihan raya lalu membuktikan wanita masih mendapat sokongan pengundi untuk membawa suara rakyat. Jainab memperolehi 14,074 undi dengan majoriti 8,532 undi dua kali ganda diperolehinya pada pilihan raya lalu.

Beliau yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Industri sebelum memegang jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi, berkata sokongan berterusan rakyat Karambunai kepadanya akan membolehkannya meneruskan agenda transformasi negeri ke arah Karambunai Cemerlang.

"Satu kemenangan yang dianggap sebagai pengiktrafan terhadap kebolehan golongan wanita untuk menjadi sebahagian dalam kepimpinan Negara," katanya.

BN Sabah menampilkan beberapa calon wanita bagi pilihan raya umum ke13 ini, termasuk muka baharu masing-masing di kerusi Parlimen Tawau dan kerusi negeri Luyang; manakala Jainab dan Datuk Azizah Mohd Dun mempertahankan kerusi negeri Karambunai dan parlimen Beaufort.
Azizah berjaya merampas semula kerusi BN Beaufort daripada penyandangnya yang telah keluar dari BN, Datuk Lajim Ukin, dalam persaingan sengit.

Daripada empat wanita ini, hanya calon untuk kerusi dewan undangan negeri Luyang sahaja yang tinggal menang iaitu calon MCA-BN Datuk Agnes Shim yang kalah dengan Penasihat DAP negeri, Hiew King Cheu.

Lebih membanggakan ialah kemenangan untuk kerusi Parlimen Tawau yang menyaksikan calon wanita baharu BN Yap Kain Ching berjaya merampas semula kerusi parlimen itu yang dipegang pembangkang sejak dua penggal dengan meraih undi sebanyak 21,331 dan undi majoriti 4,979.

Jainab berkata kesemua calon wanita yang berjaya memenangi dan mempertahankan kerusi masing-masing telah diperingat agar tidak leka dan ghairah serta dan berusaha meneruskan perancangan yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan dengan baik demi mandat rakyat.

No comments:

Post a Comment