Wednesday 15 May 2013

WARAS BANTAH PRU13






KETUA....Cikgu Abdul Halim Bandan, seorang Pensyarah Universiti menubuhkan Badan NGO Waras untuk  anak Semporna.

Oleh : ABBAS AHMAD

SEBUAH NGO, Warisan Anak Anak Semporna (WARAS) telah ditubuhkan bagi membantah perilaku SPR dalam penyelenggaraan PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu.

Badan NGO ini yang dipimpin oleh anak tempatan Semporna, Cikgu Abdul Halim Bandan akan membuat laporan Polis bagi membantah keputusan PRU 13 di Parlimen Semporna dan ketiga-tiga DUN iaitu Sulabayan, Senallang, Bugaya.

Mereka merancang akan mengadakan rapat umum bantahan pilihanraya yang dijangkan pada 26 Mei 2013 sebaik sahaja mendapat Permit Polis yang sedang dalam proses permohonan.

Difahamkan sebahagian besar calon-calon pembangkang dari USNO, PKR, PAS, MUPP dan Calon-Calon bebas di Parlimen Semporna telah menyatakan sokongan mereka untuk menyertai perhimpunan berkenaan yang dicadangkan di kawasan Dataran STRIP Semporna atau Padang Semporna.

Rakyat Semporna diminta keluar beramai-ramai menyokong bantahan pilihanraya ini kerana terdapat dan berlaku penyelewengan pilihanraya oleh Pihak SPR dan ciri-ciri rasuah bagi menjalankan perjalanan pilihanraya pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Abdul Halim  menggariskan 21 perkara yang bakal diedarkan dalam masa terdekat setelah laporan polis dibuat di di Balai Polis Semporna, kelmarin.

No comments:

Post a Comment