Tuesday 28 May 2013

WARGA PAKISTAN PERNAH UNDI DUA KALI





         
Oleh : AIDILA RAZAK

SEORANG warga Pakistan yang memperolehi kad pengenalan Malaysia dengan cara yang diragui mendakwa beliau pernah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum dan namanya masih kekal dalam daftar pemilih.

Abdul Latif Jumaani, yang menerima kad pengenalan pada 1992 di sebuah restoran di Kota Kinabalu, mendakwa beliau pernah mengundi pada kali pertama di Ampang, Selangor dan kemudiannya di Bahau, Negeri Sembilan.

"Saya mahu mengundi sekali lagi dalam pilihan raya umum (ke-13) memandangkan nama saya masih wujud dalam daftar pemilih, namun saya tiada dokumen untuk pergi ke Semenanjung,” katanya dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai pendatang asing Sabah.

Katanya, beliau dimaklumkan “empat atau lima bulan lalu” oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa kad pengenalannya telah dibatalkan.

No comments:

Post a Comment