Saturday 11 May 2013

WARGA TENTERA BAKAL TERBELA?







GEMPUR WIRA.....Laksamana (B) Hj Imran Abd Hamid (PKR) Menewaskan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Har di Parlimen Lumut.

Saudara Pengarang,

TINDAKAN bijak Ketua Umum Parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid sebagai calon PKR di Parlimen Lumut memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik sebanyak mungkin undi anggota tentera laut di pengkalan TLDM di Lumut pada PRU-13.

Syabas buat PKR dan Pakatan rakyat yang membarisi calon-calon yang berwibawa yang membawa legasi Suara Pakatan Rakyat ke Parlimen. Secara peribadi saya amat mengenali beliau semasa berkhidmat  bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Imran bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seorang Pegawai Kejuruteraan TLDM berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UTM), pernah menyandang pelbagai jawatan lain.

Banyak kegiatan di masjid, (pergaulan) masyarakat semua bagus. Malah saya kenal isteri beliau, seorang bekas pengetua Sekolah Menengah Batu 10, Manjung.

Pada PRU-13 ahad lalu, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR) memperolehi undi sebanyak - 40,308 undi mengalahkan Datuk Seri Kong Cho Ha (BN) dengan majoriti - 8,168 setelah mendapat 32,140 undi.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Laksamana Pertama (B) Imran bin Abd Hamid, calon KEADILAN yang telah berjaya merampas Kerusi Parlimen Lumut.

Mudah-mudahan kemenangan beliau itu boleh mewakili suara keseluruhan warga tentera dan bekas tentera untuk dibawa ke Parlimen. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Lumut termasuk warga tentera di sana yang berani melakukan perubahan.

Salam Hormat,

SYED KAMALRUL SUFIAN (PNBB (Somalia),PPA,PPS)
Bekas Anggota Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 1993-2005

No comments:

Post a Comment