Tuesday 21 May 2013

'YA, NEGERI INI PUN BUKAN BAPA ANWAR PUNYA'






Oleh : ABDUL RAHIM SABRI

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Enggan ulas isu tahan Adam Adli

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.

"Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian.

22 comments:

  1. bagaimana pula dengan mandat yang diberikan kepada kerajaan BN oleh rakyat?? bukankah tindakan anwar menganjurkan perhimpunan membantah keputusan rakyat, juga boleh disifatkan sebagai menghina keputusan rakyat?

    ReplyDelete
  2. Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

    ReplyDelete
  3. Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.

    ReplyDelete
  4. "SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  5. "Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara hari ini.

    ReplyDelete
  6. Pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU13 di Stadium Kelana Jaya, Rabu lepas, semalam di Pulau Pinang, dan hari ini dilapor akan berbuat demikian di Ipoh.

    ReplyDelete
  7. Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, berkata siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  8. Beliau berkata ini penting kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh.

    ReplyDelete
  9. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak akan ada lagi amaran terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan dan kestabilan di negara ini.

    ReplyDelete
  10. "Waktu untuk amaran sudah berakhir... tindakan tegas akan diambil," katanya, sambil menambah bahawa "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati" dan maka adalah wajar dengan melakukan tindakan segera.

    ReplyDelete
  11. Dr Ahmad Zahid berkata, polis telah mengenal pasti individu-individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan akan ada lagi banyak tangkapan.

    ReplyDelete
  12. Ditanya sama ada amaran beliau meliputi perhimpunan di seluruh negara, Dr Ahmad Zahid berkata, mereka ini termasuk individu-individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di tempat-tempat lain, seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baru.

    ReplyDelete
  13. Beliau menambah, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi sekiranya ia mendatangkan kesan kepada keselamatan dan keselamatan rakyat.

    "Kami melihat perkara yang mempengaruhi rakyat yang menyebabkan kekacauan adalah amat serius," katanya.

    ReplyDelete
  14. Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
    mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang
    bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan
    di negeri itu.

    ReplyDelete
  15. Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi
    bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan
    undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.

    ReplyDelete
  16. Kumpulan NGO itu termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM)
    cawangan Terengganu, Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu
    (MBFMWT), Pertubuhan Belia 4B Terengganu serta beberapa pertubuhan belia
    lain.

    ReplyDelete
  17. Mereka berhimpun selama hampir sejam bermula kira-kira pukul 3.30 petang
    di Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, di sini
    hari ini untuk membantah hasrat pembangkang itu sambil membawa poster
    'Kami Bersama PM', 'Halau Pengkhianat Negara' dan 'Kami membantah Black
    Out 505' .

    ReplyDelete
  18. Ketua Pegawai PTCM cawangan Terengganu, Mohd. Bali Muda berkata,
    pembangkang cuba mengganggu keamanan dan keharmonian dalam kalangan
    rakyat negeri itu selepas merancang mengadakan demonstrasi di Kuala
    Ibai,

    ReplyDelete
  19. Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mahu pasukan keselamatan mengambil
    langkah drastik dengan bertindak tegas ke atas mereka yang terlibat
    menggerakkan perhimpunan haram itu terutama Ketua Pembangkang, Datuk
    Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  20. Kami desak Anwar dan pengikutnya dikenakan tindakan segera, jangan buang masa lagi.

    ReplyDelete
  21. Anwar dan pengikutnya sepatutnya akur dengan keputusan pilihan raya umum
    lalu. Kenapa terus mempersoalkannya sedangkan di negeri yang dikuasai
    pembangkang seperti Kelantan dan Selangor, mereka sudah mengangkat
    sumpah jawatan masing-masing, maknanya mereka terima keputusan itu.

    ReplyDelete

  22. Perhimpunan itu turut disertai Bendahari Pertubuhan Belia 4B
    Terengganu, Apli Yusoff, Exco MBFMWT, Mohd. Laisani Dollah serta
    Timbalan Ketua Turus PTCM Terengganu, Sanek Awing.

    Menurut Mohd. Bali, mereka tetap membantah perhimpunan itu bagi
    mengelak sebarang kejadian tidak diingini selain terbukti menyusahkan
    orang ramai.

    ReplyDelete