Sunday 16 June 2013

15 PESERTA 'FLASHMOB' DITAHAN DEPAN SOGO





         
Oleh :  AHMAD FADLI KC

SERAMAI 15 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang kelmarin.

Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan

Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada peserta yang ditangkap.

Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.

Penahanan tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob' berkenaan menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Mereka berdiri di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang.

Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'.

Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.

Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini.




Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi itu untuk menemui mereka yang ditahan polis.

Anggota polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk atas alasan beliau perlu menunggu arahan pegawai atasan sebelum dibenarkan berbuat demikian.

"Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui beliau," katanya.

Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan.

Sementara itu, Bernama melaporkan lima belas individu termasuk kanak-kanak lelaki 10 tahun ditahan selepas ingkar arahan bersurai dalam perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak itu ditahan dalam perhimpunan bermula pukul 2 petang.

"Kita tahan mereka kerana tidak mahu bersurai bila diarahkan dan membuat gangguan awam di hadapan pusat membeli belah itu. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Difahamkan, perhimpunan tersebut diadakan bagi menggesa orang ramai menyertai satu lagi perhimpunan di Padang Merbok, di sini 22 Jun depan untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). (MKINI) 

24 comments:

  1. Aktiviti yang menjadi fenomena di seluruh dunia, ia dimulakan sejak tahun 2003. Tetapi apakah sebenarnya flash mob, dalam wikipedia mengtakrifkan 'flashmob' bermaksud ;
    A flash mob (or flashmob) is a group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and seemingly pointless act for a brief time, then quickly disperse, often for the purposes of entertainment, satire, and artistic expression.

    ReplyDelete
  2. The term, coined in 2003, is generally not applied to events and performances organized for the purposes of politics (such as protests), commercial advertisement, publicity stunts that involve public relation firms, or paid professionals

    ReplyDelete
  3. Perkataan 'flashmob' dimasukkan dalam kamus oxford edisi ke-11 pula mentakrifkan ;
    "perbuatan yang luar biasa dan tidak bermakna" memisahkan ia daripada lain-lain bentuk protes, dan perhimpunan lain.

    ReplyDelete

  4. Manakala dalam Webster New Millennium pula mentakrifkan perkataan 'flashmob' bermaksud ;
    "sekumpulan orang yang menganjurkan di Internet dan kemudian dengan cepat berkumpul di tempat awam, melakukan sesuatu yang pelik, dan bersurai "

    ReplyDelete
  5. Aksi ini jika diaplikasi untuk tujuan politik, tujuan untuk membantah sesuatu - ia ditakrifkan sebagai perbuatan tunjuk perasaan, protes, rusuhan.

    ReplyDelete
  6. Bila kena tangkap, mula melalak kepada pihak polis - "Kita bukan demontrasi, kita buat flashmob!"

    Perkataan 'flashmob' digunakan sekadar menggantikan 'himpunan' yang selalu mereka gunakan. Tujuan mereka untuk menarik sokongan dan minat anak muda.

    ReplyDelete
  7. Sejak bila 'Flashmob' melalak tepi jalan dua tiga jam dengan pegang manila kad kutuk orang lain?

    Itu bukan 'FLASHMOB' tapi adalah aksi PROTES dan TUNJUK PERASAN...

    Bongok! punya geng Black Out 505...

    ReplyDelete
  8. Langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa pemimpin politik mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 adalah tepat dan berlandaskan undang-undang dalam memastikan negara kekal aman dan tidak diruntuhkan pihak berkepentingan.

    ReplyDelete
  9. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penguatkuasaan undang-undang bukan tindakan zalim tetapi perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan umum terutama majoriti rakyat Malaysia yang mahu menjalankan kegiatan harian dalam suasana aman.


    ReplyDelete
  10. "Jika sesebuah negara ada undang-undang tapi tidak dikuatkuasakan, maka negara akan runtuh, ini bukan kezaliman atau mahu menjaga masyarakat tertentu, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhan tambahan pula rakyat mahu melihat pihak berkuasa bertegas," katanya.

    ReplyDelete
  11. Mustapa berkata, ketegasan PDRM itu adalah amaran kepada setiap rakyat Malaysia supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan terutama membabitkan hasutan.


    ReplyDelete
  12. "Undang-undang perlu dikuatkuasakan kerana jika tidak, rakyat negara ini akan mengamalkan undang-undang rimba seperti haiwan di dalam hutan," katanya.


    ReplyDelete
  13. SATU fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara-suara ‘lantang’ yang berkumandang dari lubuk pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang pakatan pembangkang mahu agaknya? Pilihan raya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

    ReplyDelete
  14. Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan ‘kecohnya’. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelosok negara di bawah sepanduk Black 505, menyuarakan ketidakpuasan hati atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Anwar menganggap kekalahan pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN), walaupun pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihan raya telah dicuri oleh BN menerusi penipuan dan manipulasi.

    ReplyDelete
  16. Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  17. Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah smokescreen Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalahan pakatan pembangkang adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah.

    ReplyDelete
  18. Anwar sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah dan ini menyumbang kepada kegagalan pakatan memenangi kerusi-kerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan Kerajaan Pusat.

    ReplyDelete
  19. Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihan raya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

    ReplyDelete
  20. Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu ‘menghadiahkan’ kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung. Kerana kegagalan percaturan itu, pakatan kehilangan Sabah, dan sekali gus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  21. Menurut datuk Abdul Rahman Dahlan, masanya sudah tiba bagi pakatan pembangkang untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

    ReplyDelete
  22. Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular pakatan pembangkang adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000), Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majoriti itu datang dari kawasan DAP.

    ReplyDelete
  23. Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya pakatan rakyat memenangi undi popular, tetapi BN menerima sokongan ‘takdir’ yang membantu gagasan itu memenangi PRU-13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

    ReplyDelete