Tuesday 11 June 2013

ANIFAH KE AZERBAIJAN UNTUK MISI KHAS






PERSIDANGAN.... Anifa juga akan menghadiri Persidangan Mengenai Penubuhan Rangkaian Keselamatan Kewangan Islam bagi membantu negara Palestine.

KUALA LUMPUR : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan lawatan kerja Azerbaijan hari ini bagi menghadiri Persidangan Mengenai Pembiayaan Pelan Strategik bagi Pembangunan Sektor Penting di Baitulmaqadis.

Anifa juga akan menghadiri Persidangan Mengenai Penubuhan Rangkaian Keselamatan Kewangan Islam bagi membantu negara Palestine.

Kedua-dua persidangan dijadual berlangsung di Baku, menurut kenyataan Wisma Putra.

Persidangan itu dihoskan bersama kerajaan Azerbaijan dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) susulan kepada keputusan pemimpin negara Islam semasa Sidang Kemuncak OIC di Kaherah, Mesir, awal tahun ini.

“Semasa lawatan, Anifah dijangka mengunjungi Presiden Republik Azerbaijan dan bertemu rakan sejawatan T.Y.T ElmarMammadyarov bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu. (Bernama)

7 comments:

  1. Pendekatan kesederhanaan yang digunakan Malaysia bagi menangani pelbagai aspek dalam hubungan antarabangsa berjaya mencatat kejayaan sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  2. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pendekatan melalui aplikasi peraturan, rundingan, dialog dan perbincangan lanjutan berpaksikan kepada kesederhanaan telah berjaya mencapai kejayaan yang diinginkan.

    ReplyDelete
  3. ''Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia berusaha mencapai dan mengekalkan objektif sama yang dikemukakan ketika menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu membentuk hubungan baik dengan semua negara.

    ''(Dengan itu) kesederhanaan merupakan karektor utama dalam mendefinisikan polisi dalam dan luar termasuk meliputi aspek sosial, politik dan ekonomi," katanya.

    ReplyDelete
  4. Menurut Anifah, kekuatan Malaysia adalah kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya tetapi saling menghormati antara satu sama lain.

    Katanya, amalan itu telah menjadi asas dalam menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.

    ReplyDelete
  5. "Namun, saya mengaku tetap berlaku perbezaan dan masalah dalam masyarakat dan dengan negara jiran. Tetapi yang ingin saya utarakan adalah ia berjaya diselesaikan tanpa menggunakan pendekatan ekstrem,'' ujarnya.

    ReplyDelete
  6. Beliau memberitahu, pendekatan kesederhanaan yang dikongsi bersama dengan negara jiran membantu mengelak kejadian yang tidak diingini.

    "Nilai dan amalan inilah yang menyaksikan kejayaan di peringkat serantau dan ASEAN," katanya.

    ReplyDelete
  7. anifah mmg menteri luar yang aktif

    ReplyDelete