Monday 3 June 2013

APA SALAH NURUL BERBANDING PATI?






OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong berkata  tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman  mengarahkan Jabatan Imigresen agar tidak membenarkan sama sekali Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Sabah, termasuk para pemimpin pembangkang.

“Kita nak tahu lebih terperinci, apa sebabnya Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah walaupun beliau menggunakan pasport yang sah. Lagipun  Nurul juga seorang rakyat Malaysia. Apa salah dia? Kita nak tahu selanjutnya daripada Musa," kata Wong (Gambar Sisipan).

Tegas Wong lagi, Musa sebagai Ketua Menteri memang mempunyai kuasa mutlak untuk menahan sesiapa sahaja, tetapi tindakannya menahan Nurul amat tidak wajar kerana tidak jelas kesalahan apa yang telah dilakukannya sehingga telah menimbulkan kemarahan rakyat Sabah kerana tidak demokratik.

"Orang asing begitu mudah memasuki Sabah dan sebahagian mereka datang dengan tidak diketahui tujuan sebenar; berbanding dengan Nurul. Seorang Ahli Parlimen yang langsung tidak dibenarkan sama sekali memijak di bumi Sabah di bawah bayu ini,” tanya Wong.

Wong menambah perbuatan Musa  bukan saja menjadi kemarahan di kalangan rakyat yang cintakan Demokrasi Berparlimen di negara ini;  bahkan kurang disenangi   oleh ahli politik  BN sendiri termasuk seorang Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden yang mengeluarkan kenyataan  bertajuk: “Apa Agenda Bung Bela Nurul” di Sabahkini.Net pada 31 Mei 2013.

Dakwa Wong lagi, tindakan Musa menghalang Nurul memasuki Sabah kerana beliau  telah hilang keyakinan ekoran BN Sabah telah kehilangan 12 kerusi DUN pada PRU 13 lalu lantas dia marah atau malu; maka Musa menggunakan kuasa vetonya menghalang kemasukan Nurul ke Sabah.

Sementara itu, mantan Calon PKR kawasan DUN Sungei Sibuga,  Irwanshah Mustapa turut memuji keberanian Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang menyelar tindakan Musa Aman menghalang Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah yang merupakan satu kesilapan besar dan malapetaka.

“Saya berharap Nurul akan merujuk perkara ini kepada Mahkamah mengenai tindakan Musa menghalangnya memasuki Sabah walaupun menggunakan Passport yang sah berbanding dengan orang asing begitu bebas tanpa sekatan membolosi ke negeri ini,” kata Irwanshah  lagi.

114 comments:

  1. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta seluruh rakyat mensyukuri nikmat kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang terpelihara untuk kekal bersatu-padu bagi memajukan negeri ini di semua peringkat.

    Sehubungan itu, Musa berkata semua rakyat harus menginsafi nikmat itu yang bukan sesuatu yang wujud secara semula jadi, sebaliknya hasil usaha dan pengorbanan pemimpin, kerajaan dan seluruh lapisan rakyat sejak dahulu hingga kini.

    ReplyDelete
  2. "Secara tradisinya, sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut adalah untuk melahirkan rasa syukur terhadap hasil tuaian padi dan memperingati pengorbanan Puteri Huminodun yang sanggup dijadikan korban bagi menyelamatkan kaumnya daripada kebuluran serta memulihkan semula keadaan bumi pada ketika itu.


    "Kedua-dua peristiwa ini memberikan pengajaran dan mesej penting kepada kita pada hari ini akan pentingnya untuk kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada kita dan negeri Sabah pada keseluruhannya," katanya.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, semua pihak perlu sentiasa memelihara dan mengukuhkan semangat perpaduan, muhibah dan persefahaman agar sentiasa teguh dan berakar umbi dalam masyarakat serta tidak mampu diganggu-gugat oleh anasir dan golongan yang tidak bertanggungjawab.

    "Persefahaman, penglibatan dan komitmen suku kaum dan etnik yang lain dalam menjayakan perayaan ini melalui persembahan-persembahan tarian kebudayaan dan pameran seperti pakaian, muzik, tarian dan makanan tradisi bukan sahaja mengeratkan lagi silaturahim bahkan membolehkan kita lebih memahami, mengenali dan menerima secara terbuka warisan dan khazanah yang harus kita pelihara bersama," katanya.

    ReplyDelete
  4. Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal sama sekali.

    ReplyDelete
  5. Anwar Ibrahim yang cuba menggunakan anak perempuannya sebagai umpan untuk Blackout 505

    ReplyDelete
  6. nampaknya terpaksa tepuk dahi sendiri apabila Nurul Izzah tidak
    dibenarkan menjejakkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa
    Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  7. Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Nurul Izzah ke Sabah sebagai
    persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti.

    ReplyDelete
  8. Nurul Izzah diharap dapat menarik golongan muda untuk berhimpun dan cuba
    menggerunkan Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelbagai tohmahan seperti
    penipuan SPR, penipuan BN dan sebagainya

    ReplyDelete
  9. Anwar Ibrahim melihat ‘kejayaannya’ membuat perhimpunan haram atau lebih
    dikenali sebagai ‘Himpunan Black 505′ sebagaimana di Pulau Pinang,
    Selangor, Melaka, Pahang dan yang terbaru di Armcorp Mall, Petaling Jaya
    Selangor, perlu dipanjangkan ke Sabah

    ReplyDelete
  10. Sabah adalah negeri yang sangat ingin dikuasainya semenjak dari zaman dia bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi.

    ReplyDelete
  11. Pakatan Rakyat kerap kali mempotretkan rakyat Sabah sebagai golongan yang boleh diperbodoh-bodohkan dengan sedikit tipu daya.

    ReplyDelete
  12. Bagaimanapun, sesuatu yang tidak mereka sangka sama sekali ialah, rakyat
    Sabah yang biasanya pasif dan kurang bertindak, kali ini telah mendesak
    pihak Imigresen agar melakukan sesuatu untuk menyekat niat jahat
    Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
  13. Tindakan pihak berkuasa yang menghalang Nurul Izzah daripada memasuki
    Sabah adalah untuk menghalang anak perempuan Anwar Ibrahim itu daripada
    mencetuskan huru hara dan berbuat sesuka hati seolah-olah negara ini
    tidak mempunyai undang-undang.

    ReplyDelete
  14. Seharusnya, selesai sahaja pilihanraya, semua pihak perlu menerima
    apa-apa sahaja keputusan rakyat dan tidak perlu lagi berkempen atau
    membuat perhimpunan yang menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  15. PRU13 bukannya penamat memandangkan dalam tempoh lima tahun lagi, PRU14 pula akan menjelang.

    ReplyDelete
  16. Dalam Facebook, Nurul Izzah mendakwa sepanjang dia ditahan, dia langsung tidak diberi makan.

    ReplyDelete
  17. Bagaimanapun bukti yang dihantar kepada SEL13.COM menunjukkan Nurul
    Izzah melantak ayam KFC dan diberi pula minuman yang nampaknya dibeli
    khas untuknya.

    ReplyDelete
  18. Kalau dah jenis pembohong, semua benda pun hendak dibohonginya.

    ReplyDelete
  19. Bukankah dia dan gerombolan PKR bukan main kuat lagi membuat temberang kononnya Sabah tidak mempunyai sebarang kuasa autonomi.

    ReplyDelete
  20. Apa agaknya yang hendak diterangkan oleh Nurul Izzah bagaimana Jabatan
    Imigresen Sabah boleh menahannya dan tidak membenarkan dia memasuki
    Sabah walhal di Semenanjung dia bebas bergerak dari satu negeri ke satu
    negeri tanpa perlu melalui pintu Imigresen?

    ReplyDelete
  21. Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak
    dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan
    Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

    ReplyDelete
  23. Salah satu perkara (perkara 6) yang dipersetujui adalah kawalan imigresen.

    ReplyDelete
  24. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak
    mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan
    orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka.

    ReplyDelete
  25. Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak
    pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut. Kerana
    itu adalah perjanjian dan hak Sabah.

    ReplyDelete
  26. Jadi kerajaan pusat kena hormat walaupun gaji kakitangan imigresen itu dibayar oleh kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  27. Tak perlu untuk kita nak bincang jauh-jauh sebab apa dia dihalang masuk
    Sabah atau sebagainya. Cukup itu sahaja. Itu hak Sabah dan itu
    undang-undang mereka.

    ReplyDelete
  28. Sabah boleh halang sesiapa dan mereka boleh benarkan sesiapa sahaja
    orang luar dari memasuki negeri mereka. Tolong belajar hormati hak orang

    ReplyDelete
  29. Nurul Izzah mungkin terlupa bahawa bapanya salah seorang 'Jurutera' di
    belakang tabir dalam 'Ops Durian Buruk' terutama usaha merampas kuasa
    daripada Kerajaan PBS pada 1994.

    ReplyDelete
  30. Kebolosan sempadan bukan sahaja berlaku di Sabah, malah sehingga ke Lembah Kelang (Chow Kit dibanjiri PATI)

    ReplyDelete
  31. bukan kerana Sabah gagal menjaga sempadan dan kedaulatan negara tetapi
    kerana kekangan Akta Imigresen yang bolos; termasuk 'tidak ada
    undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa menangkap PATI ketika
    berada di Perairan Negara, melainkan setelah PATI berkenaan mendarat'.

    ReplyDelete
  32. PATI ramai di Sabah kerana terlalu dekat dengan Sempadan Indonesia dan
    Filipina, serta banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di Sabah
    sehingga 'Orang Malaya' juga berpusu datang ke Sabah, sekalipun dihalang
    melalui kuasa Imigresen

    ReplyDelete
  33. Persoalan yang terlupa kita fikir ialah siapa yang beri kebenaran kepada
    'Orang Malaya' termasuk Nurul izzah masuk sesuka hati ke Sabah dan
    seenaknya memaki Anak Negeri Sabah dan pemimpinnya dengan pelbagai
    gelaran dan panggilan?

    ReplyDelete
  34. Keputusan kerajaan untuk letakkan Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah mengawasan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan betapa seriusnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu menepati janji yang dibuat kepada rakyat perihal memastikan ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini.

    Sekaligus keputusan tersebut juga menandakan kejayaan program transformasi pentadbiran di bawah Perdana Menteri yang ingin mengangkat martabat dan kualiti sistem kerajaan bertaraf dunia.

    Langkah ini seterusnya menyangkal segala dakwaan pembangkang sebelum ini yang menuduh kerajaan Barisan Nasional memperkudakan SPR bagi memastikan kemenangannya setiap kali tiba pilihan raya.

    ReplyDelete
  35. Seperti juga mana-mana jawatankuasa khas parlimen yang ditubuhkan sebelum ini, ia adalah bersifat bipartisan iaitu mempunyai wakil bukan sahaja daripada kalangan ahli parlimen BN tetapi juga pembangkang.

    Mungkin sekali pandang tindakan berani Datuk Seri Najib akan mengundang masalah bagi kerajaan BN tetapi sekiranya ini tidak dilakukan pembangkang akan terus menerus memberikan persepsi buruk dan negatif serta membuat bermacam-macam tuduhan terhadap SPR sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

    Keadaan politik negara seterusnya akan terus bergolak dan pembangunan negara di bawah program transformasi akan turut terjejas dengan perbalahan yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  36. Jawatankuasa khas parlimen tersebut sudah tentunya akan lihat operasi SPR secara keseluruhan demi memantapkan lagi perkhidmatan yang telah dijalankan dengan begitu cemerlang sekali.

    Segala kelemahan dan lompang-lompang dalam sistem pilihan raya negara ini akan diteliti dengan lebih dekat supaya rakyat akan lebih yakin dengan proses pilihan raya di masa depan.

    Pembangkang telah banyak membuat dakwaan yang tidak masuk akal dan tidak berasas pasca PRU13 lalu dengan harapan rakyat memberontak menentang kerajaan.

    ReplyDelete
  37. Bagaimana pun ini tidak berlaku kerajaan kerana bukan sahaja pemantau pilihan raya dalam dan luar negara telah mengiktiraf ketelusan proses pilihan raya lalu tetapi kerajaan asing juga turut menerima kemenangan BN dengan perasaan gembira dan keyakinan.

    Percubaan Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat dalam siri perhimpunan haram 505 yang dianjurkan nyata gagal untuk membuahkan hasil yang diharapkan beliau.

    Dalam agenda jahat Anwar, jutaan rakyat akan bangkit dan memenuhi jalan raya untuk menumbangkan kerajaan setelah termakan dengan dakyah beliau mengenai insiden ‘blackout’, pengundi hantu Bangla, undi popular dan penipuan SPR.

    ReplyDelete
  38. Namun setelah perhimpunan terakhir di adakan di Dataran Petaling Jaya yang hanya mengumpulkan setakat 5,000 sahaja, Anwar mahu mengadakan ‘finale’ di Kuala Lumpur pada 15 Jun depan.

    Dengan sengaja tidak mahu mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012, Anwar mahu mengajar rakyat supaya berani menentang kerajaan walaupun di atas landasan mengingkari undang-undang negara.

    Anwar mahu mendidik rakyat supaya menjadi pemberontakan tanpa hala tuju semata-mata untuk memenuhi nafsunya terhadap jawatan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  39. Ini adalah usaha penghabisan beliau dan kemungkinan besar ini juga akan gagal menepati matlamat asal untuk mencetuskan huru hara jalanan seperti yang diharapkan Anwar.

    Bak kata laporan media pemberontakan ala ‘Arab Spring’ yang mahu dinamakan sebagai ‘Malaysian Spring’ sebenarnya adalah lebih kepada ‘Anwar Spring’.

    Ini kerana semua yang dilakukan beliau adalah dengan satu tujuan unggul iaitu untuk menaikkannya sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  40. Anwar tidak peduli pasal ketelusan proses pilihan raya kerana dulu semasa beliau di dalam kerajaan, pihak pembangkang juga sentiasa membuat pelbagai dakwaan terhadap SPR.

    Kali ini ketika Anwar memimpin puak pembangkang dan sistem pilihan raya yang sama sejak lebih 50 tahun digunakan, mengapa pula nada beliau bertukar pula?

    ReplyDelete
  41. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Pemimpin DAP jelas tidak mempunyai kemahiran untuk memerintah negara apabila semakin banyak kelemahan dan kemerosotan berlaku di bawah pentadbiran mereka di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  42. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Antara isu yang dibangkitkan adalah berlakunya kemerosotan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang pada tahun lepas yang mana jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sesebuah negeri.

    ReplyDelete
  43. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Perkara itu juga turut diakui Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang berkata Lim Guan Eng gagal mentadbir Pulau Pinang apabila negeri itu gagal menarik pelaburan dan menggambarkan kerajaan negeri tidak mempunyai pemikiran dan perancangan yang holistik.

    ReplyDelete
  44. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Hanya BN yang mampu mentadbir negara kerana mempunyai 55 tahun pengalaman dan kematangan serta berhadapan dengan pelbagai krisis dan berjaya mengatasinya dalam tempoh itu.

    ReplyDelete
  45. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Kerajaan negeri Pulau Pinang pula kerana tiada perancangan holistik, mencetuskan kekeliruan dan huru-hara, contohnya sebagai contoh isu terowong.

    Naib Pengerusi Gerakan negeri Ong Thean Lye juga mendedahkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73 peratus pada tahun lepas dengan mencatatkan jumlah RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion yang direkodkan pada tahun 2011.

    ReplyDelete
  46. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Ong berkata Pulau Pinang adalah antara lima negeri teratas dalam menarik pelaburan semasa di bawah pimpinan BN, namun pada 2012 negeri ini berada di tangga keenam.

    Sudah jelas hanya BN yang mampu membawa perubahan dan meningkatkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  47. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan tender projek terowong dasar laut bagi menghubungkan kawasan pulau dan tanah besar negeri ini menunjukkan belang sebenar parti itu yang tiada pengalaman dalam melaksanakan urusan takbir urus kerajaan.

    Langkah diambil kerajaan negeri dalam meluluskan tender projek itu jelas menggunakan kaedah terbalik tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak yang akan menerima kesan secara langsung sekiranya projek itu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  48. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Sedangkan kaedah itu bukan merupakan pendekatan terbaik dalam proses membuat keputusan oleh sebuah kerajaan.

    Pembinaan projek terowong dasar laut itu mula dibantah apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) mendedahkan mengenai pemberian tender projek mega bernilai RM6.3 kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2.

    ReplyDelete
  49. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Guan Eng bagaimanapun mendakwa berlakunya kesilapan 'salah taip' berhubung kos sebenar projek terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang diumumkan, beliau berkata itu tidak menjadi masalah.

    Jelas mereka tidak berpengalaman mentadbir sebaliknya hanya merapu mengatakan mereka menguruskan tata-kelola yang baik, sedangkan hakikatnya adalah jauh panggang dari api.

    ReplyDelete
  50. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Pemilihan parti sendiri pun hari biru, lagikan nak memerintah negara.

    DAP juga terpaksa mengubah keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mengesan kesilapan pengiraan undi.

    ReplyDelete
  51. HANCUR MALAYSIA JIKA PEMBANGKANG TADBIR NEGARA
    Ahli akar umbi parti itu sehingga hari ini terus mendesak agar DAP mengadakan pemilihan semula untuk membuktikan ketelusan, namun mendapat respon hambar daripada pemimpin tertinggi.

    ReplyDelete
  52. Mereka fikir mentadbir negara sama macam mentadbir kumpulan kongsi gelap ke?

    Hancur Malaysia jika mereka bejaya menawan Malaysia.

    ReplyDelete
  53. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menyemai politik kebencian di kalangan rakyat semata-mata untuk menjayakan cita-citanya menjadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  54. Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang melahirkan kebimbangan terhadap perkara itu berkata, ia menyebabkan rakyat terutamanya golongan muda terperangkap dalam permainan pemimpin PKR itu sehingga ramai yang menolak kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lepas.

    ReplyDelete
  55. "Saya agak bimbang dengan keadaan politik pada masa kini dengan DAP membawa politik perkauman manakala Anwar membawa politik 'pecah dan perintah' menyebabkan rakyat terperangkap dengan taktiknya. "Malah beliau juga menggunakan taktik tersebut terhadap PAS tanpa memikirkan kesan politiknya itu boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum selain umat Islam di negara ini," dakwanya.

    ReplyDelete
  56. Beliau turut menyelar Anwar yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 dengan menuduh berlaku penipuan sedangkan Pakatan Rakyat masih kekal berkuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  57. "Dia hendak buat road show seperti yang dilakukan di (Stadium)Kelana Jaya (Selangor), kali ini dengan menggunakan slogan 'tipu'. Dah menang di negeri berkenaan masih lagi kata tipu, jadi apakah keputusan pilihan raya di Batu Pahat ini juga tipu?

    ReplyDelete
  58. Seluruh kaum kerabat dan panglima pakatan pembangkang menggunakan “line of propaganda” yang baharu, iaitu mendakwa UMNO-BN “sedang melaksanakan “Teori Huru Hara” bagi semua situasi yang melibatkan komponen parti pemerintah selama 56 tahun itu untuk memulihkan perngaruh yang hilang.” Itu adalah label yang diciptakan oleh AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusoff.

    ReplyDelete
  59. Kenapa Mujahid membuat kesimpulan sedemikian kejam dan bohong itu? Ia hanyalah berdasarkan sebutan perktaan itu sahaja yang merupakan “kecenderungan Dato’ Seri Naji Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan serta pemimpin UMNO-BN yang lain secara berulang kali…seolah-olah mereka inginkan keadaan tersebut berlaku bagi menyelamatkan BN.”

    ReplyDelete
  60. Sebagai seorang yang memahami latar sejarah, sepatutnya Mujahid tidak cuba membutakan mata rakyat mengenai perkara itu. Rakyat semua sudah faham dan sedar, pokok persoalannya memang berpunca daripada sikap pakatan pembangkang yang terlalu ghairah untuk berkuasa sehingga lupa bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan yang sah dan dipilih oleh rakyat.

    ReplyDelete
  61. Kekuatan orang Melayu itulah sebenarnya yang ditakuti oleh British, maka apabila ada cawangan ulama dalam UMNO berhasrat keluar dan menubuhkan sebuah parti politik baharu yang berideologikan Islam, British menanti dengan penuh harapan. Apbila PAS membuat permohonan, maka British meluluskan pendaftarannya pada 31 Mei 1955 dengan no,pendaftarannya 733.

    ReplyDelete
  62. Sejak penubuhan parti itu, PAS tidak pernah memberikan komitmen berjuang dalam satu platform sebaliknya terus membina selekoh yang tajam termasuklah “mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuang PAS” atas dasar berkawan dengan bukan Islam. PAS telah memulakan konflik itu pada tahun 1964 di Pasir Mas, Kelantan dan kemudiannya berusaha memecahbelahkan pula perpaduan politik semasa bekerjasama dengan UMNO dalam BN pada tahun 1977.

    ReplyDelete
  63. Semua orang tahu, PAS tidak menyumbang peranannya untuk membina iklim pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh dasar yang pragmatik kerana parti itu hanyalah tahu berceramah dan bercakap sehingga apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka bermain dengan kata-kata, “undi PAS dapat pahala” manakala sebaliknya, “Undi UMNO bawa ke neraka.” Itu hanyalah doktrin politik yang penuh kepalsuan, dan itulah juga “line of propaganda” yang dilaksanakan hingga sekarang.

    ReplyDelete
  64. Semasa PAS memerintah Terengganu, Haji Hadi lakukan politik “hura-hara” dengan menggerakan JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat) untuk mengunci semua premis tadika dan tabika yang dikendalikan oleh KEMAS dan Jabatan Perpaduan, kerana didirikan atas tanah kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  65. Semasa pemerintahan Haji Hadi, PAS membuat terlalu banyak kesilapan sehingga menamatkan kontrak pengusaha balak lebih awal, dan setelah PAS tewas pada tahun 2004, dalam perbicaraan akibat “breach of contract”, ratusan juta ringgit terpaksa dibayar pampasan oleh BN.

    ReplyDelete
  66. Bukankah ini suatu bentuk “huru-hara” yang sengaja ditimbulkan oleh PAS? Pun begitu, selain PAS, PKR juga sudah terkenal dengan pelaku utama teori “huru-hara” kerana Ketua Umumnya adalah tokoh perusuh jalanan yang handal. Setelah terkeluar dari UMNO pada tahun 1998, pelbagai bentuk tunjuk perasaan jalanan telah dilakukan, termasuklah Bersih 3.0 yang mencetuskan keganasan kesan seruan untuk merusuh. Maknanya, pelaku kepada politik ganas adalah pakatan pembangkang sedangkan mereka mempunyai banyak saluran untuk menyatakan bantahan, termasuk menggunakan Dewan Rakyat untuk meminda ISA ataupun AUKU.

    ReplyDelete
  67. Semuanya mereka tahu, sesuatu undang-undang yang hendak dipinda atau dimansuh, ia bukan boleh diputuskan dijalanan. Ia memerlukan proses penggubalan dan kelulusan Parlimen. Tetapi, disebabkan mahu menunjukkan “rakyat terpaksa menyokong” mereka heret rakyat untuk merusuh di Kuala Lumpur. Untuk apa mereka lakukan di Kuala Lumpur. Jawabanya, kerana Kuala Lumpur merupakan nadi pentadbiran negara, mereka sengaja nak melumpuhkan kerajaan yang sah dan bertekad memberikan gambaran buruk terhadap negara.

    ReplyDelete
  68. Sewaktu pemimpin demokrasi dibebaskan dari tahanan politik, Anwar menganggap diri akan mencapai kemenangan seperti wanita waja dari Myanmar itu. Apabila Barrack Obama menang dalam pilihan raya presiden pada tahun 2008, Anwar menyifatkan kemenangan itu akan berlaku kapada pakatan pembangkang, atas nama perubahan. Bagaimanapun, 16 September 2008, Anwar gagal dalam misi perubahan kerajaan.

    ReplyDelete
  69. Akibat malu dengan kegagalan itu, Anwar mencetuskan pula gelombang kebangkitan rakyat untuk Putrajaya dan sasarannya ialah PRU-13. Usaha untuk memperpanjangkan mood pilihan raya telah berjaya dilakukan, tetapi setelah tidak lagi dibenarkan pilihan raya kecil apabila hayat Dewan Rakyat masih tinggal tiga tahun, Anwar mencipta “huru-hara” yang lain, termasuk menyerang BN dengan pelbagai tohmahan.

    ReplyDelete
  70. Kini pakatan pembangkang berusaha untuk memulakan kebangkitan semula rakyat Mesir dan Tunisia sebagai daya tarikan seandainya parti-parti pembangkang kalah. Kekalahan tersebut akan menyebabkan berlakunya “Arab Spring II”.

    ReplyDelete
  71. Pakatan pembangkang akan tetap menganggap keputusan itu adalah tidak adil kerana kalah, kalau menang, ia sesuatu yang tidak perlukan pembersihan dan dicari semula “pengundi hantu.” Itulah sebenarnya muslihat pakatan pembangkang, mereka nak menang dengan apa cara sekalipun. Sebelum memperoleh kemenangan, akan dilakukan serangan tanpa fakta yang sahih, kerana mereka benar-benar mahukan membina persepsi buruk.

    ReplyDelete
  72. Kerana politik itu adalah kemahiran membina persepsi, maka LOP yang baharu mereka ciptakan itu dijangka dapat melemahkan serangan yang sedang dihadapi oleh PAS setelah dilihat kurang bertenaga untuk memaksa DAP dan PKR terims keputusan Majlis Syura Ulama. Bahkan, Pas mula membuat ancaman seperti dua orang wanita bermadu, hanya sekadar menarik kain yang singkat dan rambut yang semakin kurang, bersedia keluar pakatan pembangkang jika kedudukan Islam dan Melayu terancam.

    ReplyDelete
  73. Tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan YB. Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  74. Sudah tentu jika dibenarkan YB. Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil.

    ReplyDelete
  75. Persoalannya sekarang ialah YB. Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembankang juga memenangi beberapa negeri, jika mereka mengikhtiraf PRU13 tidak adil maka seharusnya mereka dengan terhormat tidak menubuhkan kerajaan negeri di kawasan yang mereka menangi, tetapi indah khabar dari rupa.

    ReplyDelete
  76. Tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan YAB. Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  77. Permintaan YB. Nurul Izzah Anwar supaya YAB. Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.

    ReplyDelete
  78. Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau.

    ReplyDelete
  79. Undang-undang Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  80. Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah. Namun, mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

    ReplyDelete
  81. Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

    ReplyDelete
  82. Anggapan bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.

    ReplyDelete
  83. Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  84. Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan

    ReplyDelete
  85. Seharusnya YB Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

    ReplyDelete
  86. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

    ReplyDelete
  87. Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”

    “Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya.

    ReplyDelete
  88. “Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa.

    ReplyDelete
  89. Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

    Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.

    ReplyDelete
  90. Beliau berkata, bertentangan dengan apa yang disebarkan di media sosial, larangan ke atas Nurul Izzah tidak bermotifkan politik.

    "Pemimpin-pemimpin pembangkang lain telah datang dan bergerak bebas di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya. Mereka menyebarkan resipi lama yang sama dengan pembohongan, penipuan dan fitnah untuk menipu rakyat. Kami tidak menghalang mereka," katanya.

    ReplyDelete
  91. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendakwa dirinya difitnah oleh Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan ‘jahat’ yang dibuat sehari sebelum hari mengundi, bertindak menyaman Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

    ReplyDelete
  92. Writ saman Raja Nong Chik itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Julai lalu rentetan daripada tuduhan Nurul Izzah berhubung urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

    ReplyDelete
  93. Selain Nurul Izzah, 33, Raja Nong Chik, 60, selaku pihak plaintif menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini, dan wartawannya, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

    ReplyDelete
  94. Peguam M. Reza Hassan yang mewakili Raja Nong Chik memberitahu pemberita, Hakim Datin Yeoh Wee Siam menetapkan 19 Ogos ini bagi pengurusan kes tersebut.

    ReplyDelete
  95. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menyatakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 4 Mei lalu telah mendakwa kononnya beliau terlibat dengan urusan pindah milik tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

    ReplyDelete
  96. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menyatakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 4 Mei lalu telah mendakwa kononnya beliau terlibat dengan urusan pindah milik tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

    ReplyDelete
  97. Pihak defendan seterusnya menurut plaintif, dengan niat jahat menerbitkan kenyataan fitnah ketiga yang merujuk kepada beliau bertajuk, Nurul queries Nong Chik’s role in RM475mil deal (Artikel Malaysiakini kedua).

    ReplyDelete
  98. Bekas menteri Kabinet itu juga menyatakan, perkataan-perkataan tersebut secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau.

    ReplyDelete
  99. Menurut plaintif, pihak defendan menyatakan, perkataan-perkataan itu membawa maksud antaranya, beliau tidak jujur, terlibat dalam kegiatan rasuah dan tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  100. Fitnah tersebut menurut Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai itu menyebabkan, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik terjejas ekoran dipandang hina kerana kononnya telah terlibat dalam transaksi yang meragukan serta merugikan rakyat.

    ReplyDelete
  101. Justeru itu, Raja Nong Chik selain menuntut ganti rugi teruk dan teladan, turut memohon perintah injunksi agar pihak defendan tidak menerbitkan sebarang perkataan fitnah serta perintah memaksa mereka membuat permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh beliau.

    ReplyDelete
  102. Kelmarin Nurul buat taktik biasa dia, iaitu menyelit ke program yang tak dijemput. Program kali ini ialah program di Kuil Sri Nageswari Amman di Bangsar.

    ReplyDelete
  103. Dah lah datang tak berjemput, lepas tu kuncu-kuncu dia beria-ia minta supaya Nurul dikalungkan bunga, dijemput naik ke pentas dan diberi kesempatan berucap seolah-olah dia VIP.

    ReplyDelete
  104. AJK Kuil sudah tentulah tak bagi Nurul buat sesuka hati. Dah lah datang tak berjemput, tiba-tiba nak berlagak macam majlis tu majlis dia.

    ReplyDelete
  105. Bila AJK Kuil tak bagi Nurul naik pentas, terus kuncu-kuncu Nurul jerit-jerit maki AJK Kuil sehingga akhirnya berlaku pertengkaran mulut antara kuncu-kuncu Nurul dan AJK Kuil.

    ReplyDelete
  106. Lepas tu, si Nurul dan kuncu-kuncunya terus dihalau keluar dari Kuil tu.

    ReplyDelete
  107. Apa ni Nurul, dah lah kau datang menyelit tanpa dijemput, lepas tu kuncu-kuncu kau buat kecoh pula. Langsung tak hormat majlis yang sedang dijalankan. Kau ingat ni macam perhimpunan Bersih ke, boleh jerit-jerit maki orang?

    ReplyDelete
  108. Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

    Apa kecoh-kecoh ni Nurul?


    Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

    ReplyDelete
  109. Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

    Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

    ReplyDelete
  110. Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

    "Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

    ReplyDelete
  111. "Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

    Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

    ReplyDelete
  112. Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

    Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  113. Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

    Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu.

    ReplyDelete