Tuesday 4 June 2013

BANGLA MENGUNDI HANYA REKAAN





         
Oleh : AIDILA RAZAK
           
SURUHANJAYA Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai 'tidak masuk akal' dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan.

Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.

"Propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 itu saya pasti, tidak lebih dari satu rekaan oleh kumpulan tertentu dan gambaran fakta yang salah,” katanya kepada pemberita hari ini. (MKINI)

20 comments:

  1. Secara keseluruhannya SPR berpuas hati dengan proses pengundian seperti pengundian pos, pengundian awal pada 30 April dan pengundian biasa pada 5 Mei lalu yang berjalan lancar. Daripada 13,268,002 pemilih berdaftar, 12,885,434 pengundi biasa, 146,742 pengundi pos dan 235,826 pengundi awal menunaikan hak dan tanggungjawab mereka dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  2. Peratusan keluar mengundi juga tertinggi dalam sejarah pilihan raya umum negara, iaitu 85 peratus bagi bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sepanjang PRU-13 juga tidak berlaku apa-apa perkara tidak diingini sehingga menjejaskan proses pilihan raya.

    ReplyDelete
  3. SPR melaksanakan tanggungjawabnya menguruskan PRU mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan. SPR juga merancang dan melaksanakan PRU-13 supaya menjadi PRU terbaik. Walau bagaimanapun, manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Ada beberapa cabaran yang timbul tanpa diduga seperti kehadiran pengundi yang begitu ramai pada waktu pagi terutama kehadiran warga emas yang di luar jangkaan.

    ReplyDelete
  4. Kedua, masalah penggunaan dakwat kekal yang dikatakan boleh dibasuh dengan mudah. Hakikatnya, kebanyakan pengundi yang dicalit dakwat kekal mendapati dakwat itu kekal pada jari jika proses penggunaannya betul dan cara pelaksanaannya di jari tepat. SPR juga sedang mengumpulkan maklumat dari seluruh negara mengenai kelemahan yang timbul dan akan berusaha memperbaikinya bagi menghadapi apa-apa pilihan raya pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. SPR sebenarnya hairan mengapa kumpulan ini tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 kerana PKR, DAP dan PAS memenangi tiga negeri dan bukan saja menang dengan bergaya tapi mendapat majoriti yang begitu tinggi. Begitu juga di peringkat Parlimen, pembangkang memperoleh kemenangan dengan majoriti tinggi.

    ReplyDelete
  6. Tetapi hakikatnya, parti ini tidak dapat kerusi Parlimen yang mencukupi bagi menubuhkan kerajaan. Maknanya, dalam PRU-13 mereka mendapat kemenangan besar dalam satu segi, tetapi tidak dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  7. Mengadakan perhimpunan di sana-sini tidak mampu mengubah keputusan PRU-13. Undang-undang tidak menyatakan begitu, tetapi keputusan boleh diubah jika dibawa dalam petisyen dan kalau mahkamah boleh buat keputusan untuk mengarahkan PRU dibuat semula jika mendapati PRU yang lalu tidak sah.

    ReplyDelete
  8. Namun, kalau membuat demonstrasi, ia hanya akan memberi akibat tidak baik kepada keamanan dan kemakmuran negara. Demonstrasi yang dilakukan pembangkang ini adalah strategi untuk menggambarkan kepada masyarakat antarabangsa kononnya pilihan raya kita tidak telus atau bersih. Ini akan mengakibatkan keadaan negara menjadi tidak stabil.

    ReplyDelete
  9. Bagi yang tidak faham dengan proses pilihan raya di Malaysia, mereka pasti akan mempercayai dakwaan yang dibawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan pembangkang. Sejujurnya, saya sangat suka dengan kenyataan pemimpin PAS yang menganggap kegagalan pembangkang menguasai Putrajaya adalah kehendak Allah. Itu satu pendirian yang baik. Maknanya kita menghormati keputusan dibuat pengundi dan tidak semua yang kita tanding itu mesti menang. Ada masanya menang dan ada masa kalah.

    ReplyDelete
  10. Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu ‘pengundi hantu’ untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/Umno dalam pilihanraya umum yang lalu.

    ReplyDelete
  11. Ekoran terlalu ghairah untuk mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya, mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla. Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya. Menarik bukan!

    ReplyDelete
  12. Terbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ yang dilemparkan sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.

    ReplyDelete
  13. Lai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.

    ReplyDelete
  14. Dr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.

    “Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya,” kata wakil DAP itu yang turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  15. Mudah bukan!!! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.

    Isu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.

    ReplyDelete
  16. Malah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah ‘diragut’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi. Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah ‘Kemerahan Rakyat’ sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga ‘Bangla’ di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.

    ReplyDelete
  17. Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Kenapa dakwaan terbabit seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri? Jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak berpijak kepada fakta.

    ReplyDelete
  18. Impian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya. Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

    ReplyDelete
  19. Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang menang untuk bekerja.

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya tidak wujud pengundi hantu, yang wujud hanyalah pemimpin hantu, Pemimpin hantu ini setiap hari menghasut rakyat kononnya pilihan raya tidak adil biar pun satu demi satu tuduhan dibuktikan palsu.

    ReplyDelete