Wednesday 5 June 2013

BLOGGER POPULAR HINA YDP AGONG






WALAUPUN membenci parti Barisan Nasional (BN) dan Yang di-Pertuan Agong, namun mengeluarkan kenyataan menghina yang terlampau sepatutnya tidak berlaku.


Begitulah yang berlaku kepada seorang blogger popular, Effi Obefiend, penulis Blog Serius di mana beliau dengan beraninya telah mengutuk dan menghina kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dari Twitternya.

Dalam keratan Twitter Obefiend tersebut, dia telah menyamakan YDP Agong sebagai anjing dan patung kerajaan.

Di bawah adalah gambar keratan Twitter Effi Obefiend yang menghina YDP Agong.






15 comments:

  1. Kenyataan menghina Raja perkara serius dan perlu diambil tindakan tegas supaya rakyat mengambil iktibar terhadap perkara ini. Perkara sama jika dilakukan di Thailand, hukuman berat mengikut undang-undang juga akan dikenakan.

    ReplyDelete
  2. Di Johor Bahru, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan laman sosial dengan menghina institusi Diraja di negara ini.

    ReplyDelete
  3. SKMM perlu menggunakan segala peruntukan undang-undang bagi memastikan tindakan menghina institusi berkenaan tidak berulang.Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap individu, yang menghina institusi Diraja terutama Yang di-Pertuan Agong menerusi laman sosial seperti Facebook.

    ReplyDelete
  4. Adinda Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Datuk Seri Syed Razlan, berkata individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah perlu dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada orang lain.

    ReplyDelete
  5. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata tindakan individu terbabit menghina Yang di-Pertuan Agong tidak dapat dimaafkan.Sepatutnya perkara itu tidak timbul. Ia hanya menyebabkan keadaan menjadi huru hara. Rakyat perlu mematuhi Rukun Negara dan wajib memahami apa yang terkandung dalam Rukun Negara itu, katanya.

    ReplyDelete
  6. Khairy Jamaluddin semalam menggesa SKMM bertindak tegas terhadap individu yang menghina Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di laman Facebook.

    ReplyDelete
  7. Khairy berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu diambil kerana ia melampaui batas. Pemuda Umno memandang serius beberapa ‘posting’ yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah ‘posting’ dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  8. Walaupun beliau selaku Ketua Pemuda Umno menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab

    ReplyDelete
  9. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh juga minggu lalu mengesahkan pihaknya telah menerima enam laporan polis berhubung tindakan menghina Yang di-Pertuan Agong tersebut.

    ReplyDelete
  10. Beliau berkata kesemua enam laporan tersebut dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    ReplyDelete
  11. Kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat ada kalanya tidak boleh keterlaluan dan sebagai rakyat Malaysia hormat harus diberi kepada raja negara.

    ReplyDelete
  12. kebebasan bersuara yg diberi jgn pula di salah guna. memberi pendapat tu berpada-pada la, lebih-lebih lagi kalau ramai yg mendengar dan melihat

    ReplyDelete
  13. She should watch what she posted, especially on sensitive issue.

    ReplyDelete
  14. no younger generation should follow and take what she done as something rightful and can be done freely. a bad example

    ReplyDelete
  15. kenakan tindakan tegas kepada mereka yang menghina Agong

    ReplyDelete