Tuesday 11 June 2013

BN SABAH BIMBANG HILANG BANYAK KERUSI?






KUSYUK....Sahar Saka (bersongkok) begitu kusyuk mendengar ucapan Stephen Wong DAP.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Sebenarnya rakyat dinegara ini telah menyedari apa yang telah berlaku pada pilihanraya umum (PRU 13) yang lalu bukan sahaja tidak bersih dan tidak adil; bahkan wujudnya unsur-unsur penipuan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),

Ini jelas di mana seorang pengundi Mohd Azian telah melaporkan tujuh (7) kali semasa pilihanraya terdapat undi hilang, salah kira dan maklumat yang berubah-rubah dan perbezaan kertas undi yang keluar di kawasan parlimen dan DUN di samping terdapat perbezaan maklumat sebelum dan selepas diwartakan.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Stephen Wong mendedahkan perkara kini semasa beliau  berucap di majlis Himpunan Blackout 505 Sabah yang diadakan di Dewan Hakka Batu 6 Jalan Labuk baru-baru ini di hadapan lebih 2,000 orang para penyokong parti Pakatan yang terdiri daripada DAP-PKR dan PAS.

"Dalam pada itu, rakyat juga ingin melihat peranan sebenar sebuah organisasi yang dapat mengendalikan pilihan raya bebas dan telus tidak memihak mana-mana badan pertubuhan politik sama ada pembangkang, mahupun parti pro kerajaan,” tambah Wong.

Kata Wong lagi, negara ini memerlukan satu badan baru yang akan mengendalikan sistem  pilihan raya, terutamanya pada PRU 14 nanti, dan rakyat  mengharap satu badan  pengendalian pilihanraya berwajah baru akan dapat diwujudkan untuk menjalankan amanah, tanggung jawab dan lebih adil.

“Kita sedia maklum kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan kerajaan minoriti undi popular 47 peratus berbanding dengan parti Pakatan Rakyat  seluruh Malaysia meraih  51 peratus undi,” ujar Wong.

Sementara itu, tambah Wong, Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa rakyat rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu; di samping perlu mencari formula untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai perilaku Datuk Musa Aman kenapa tidak membenarkan ahli Parlimen Lambah Pantai Nurul Izzah memasuki Sabah yang tidak jelas apa kesalahannya.

"Tindakan demikian bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, bahkan menjadi bahan ejekan di kalangan para pemimpin negara luar kenapa rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki negara sendiri.

"Mungkin Musa takut kerana para pemimin Pakatan Rakyat hebat-hebat belaka sehingga berjaya merampas 12 kerusi di DUN di Sabah. Jika dibenarkan lebih ramai masuk, mungkin mereka akan hilang lebih banyak kerusi sekalipun PRU-13 sudah tamat," ujar Stephen Wong lagi.

Ditanya mengenai tindakan Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran,  Sahar Saka yang menyertai PKR bersama-sama 4,600 ahli daripada 38 cawangan UMNO Libaran, Wong menyifatkan ia merupakan satu langkah bijak kerana jelas menunjukkan mereka telang hilang kepercayaan kepimpinan Musa sebagai Ketua Bahagian UMNO Libaran, malahan mereka juga tidak mempercayai pucuk pimpinan UMNO pusat di bawah pimpinan Najib.

104 comments:

  1. Komulakan UPKO has reiterated its stance on additional parliamentary and state seats to be created in Sabah under the upcoming re-delineation exercise by the Election Commission at the end of the year.

    ReplyDelete
  2. “As we are celebrating the golden jubilee of the formation of Malaysia this year, we are hoping to see a fairer re-delineation exercise which adheres to the spirit of the Malaysia Agreement and as stated in the Cobbold Commission, giving the Borneo states no less than 34% of the total parliamentary seats as in the first election in 1967,” said its chief, Ewon Benedick.

    ReplyDelete
  3. “Autonomy of the Borneo states was an important issue being brought up in the just concluded GE13 and that could be a reason for the swing of votes in several seats in Sabah. More and more Sabahans are concerned about their constitutional rights being eroded in the present situation,” he added.

    ReplyDelete
  4. Under the present electoral boundary, Peninsular Malaysia is allocated 165 seats as opposed to 56 to the Borneo states and one to Labuan, of the total 222 seats in Parliament.

    ReplyDelete
  5. According to Ewon, the Cobbold Commission Report which was the basis for the Malaysian Agreement clearly stated that ‘the representation of the Borneo territories in the Federal Parliament should take into account not only their populations but also their size and potentialities’.

    ReplyDelete
  6. In GE13, Sabah and Sarawak makes up 15% or 2,065,786 of the total 13,268,007 voters in Malaysia.

    But a careful analysis of the geographical sizes of the two territories showed that the Borneo states with a land size of 198,081 sq km or 60% of the total 329,081 sq km (Peninsular Malaysia is 131,598 sq km) land size of Malaysia.

    ReplyDelete
  7. “We are also strongly pushing for a fairer distribution of state seats which reflect the true racial composition in Sabah as we have seen the systematic reduction of the non-Muslim native and Chinese dominated seats since the 1993 re-delineation exercise.

    “Therefore, for Komulakan UPKO, we suggest at least six additional parliamentary seats and 12 additional state seats to be created under the new re-delineation exercise,” he said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan ini harus dikaji secara mendalam.

      Delete
  8. Ewon said some of the proposed additional parliamentary seats are Bengkoka, Sorob, Tamparuli, Inanam, Bukit Padang and Tambunan, and for the additional state seats are Sikuati, Kanibongan, Langkon, Wariu, Marabahai, Menggatal, Lokawi, Biau, Sunsuron, Apin-Apin, Telupid and Bukit Garam.

    He said this when commenting on the statement by EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar on Monday that the re-delineation exercise would be done at year end.

    ReplyDelete
  9. He said the proposal for additional parliamentary and state seats would also be a test for the Pakatan Rakyat lawmakers to prove their sincerity if they really mean their manifesto of respecting and giving more autonomy to Sabah and Sarawak.

    “Pakatan Rakyat has nine lawmakers from the Sabah and Sarawak and they need the commitment of just one lawmaker from the peninsula to give a two-third vote to the new proposed election boundary by the EC, provided that it gives 34% to the Borneo states,” said Ewon.

    ReplyDelete
  10. “I supposed certain segment of the rakyat voted for the Pakatan Rakyat candidates because they wanted to give them a chance to prove what they have been hearing since four years ago, especially on the issue of autonomy.

    “So if they cannot vote a motion that is in favour of the interest of the two states, then what is it? As I see it now, their peninsula counterparts are propagating for the one-vote-one-value which will further erode the interest of the two states if implemented,” he added.

    ReplyDelete
  11. Ewon said Komulakan UPKO would put forward its suggestion to the party to be submitted to the EC.

    He also supported the move by the Prime Minister to the control and monitor the functions of the EC by a bipartisan parliament select committee.

    “Enough has been said about the EC, but putting them under a parliament select committee will see the impartiality of the commission that is no longer questioned and strengthening the confidence of the people in the EC,” he said.

    ReplyDelete
  12. Walaupun baru sebulan lebih bergelar Ahli Parlimen Sandakan, namun Stephen Wong sudahpun menunjukkan wajah sebenar beliau yang boleh dikatakan sangat mirip dengan big bosnya Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  13. Tanpa melakukan kerja-kerja sebagai Ahli Parlimen, Wong lebih gemar menyalak diatas pentas menuduh SPR melakukan penipuan pilihanraya sedangkan realitinya beliau berjaya merampas kerusi Parlimen Sandakan dari Datuk V.K Liew.. Adakah kemenangan itu menggambarkan wujud penipuan sebagaimana yang dimomokkan beliau??

    ReplyDelete
  14. Berucap pada majlis Himpunan Blackout 505 yang diadakan di dewan Hakka Batu 6 Jalan Labuk Sandakan, Wong dengan bangga menuduh SPR sengaja menghilangkan undi dan juga salah kira undi. Namun seperkara yang agaknya lupa disentuh atau diulas oleh Wong dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain ialah mengenai peranan wakil atau agen yang dilantik mereka untuk memantau dan memerhati proses pilihanraya.

    ReplyDelete
  15. Malah setakat ini tidak adapun wakil atau agen pembangkang yang ditugaskan untuk memantau dan memerhati proses mengundi pada 5 Mei lalu tampil membuat laporan polis mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR. Ini kerana, jika benar berlaku penipuan, agen-agen pembangkang inilah yang lebih dulu menyedarinya dan seterusnya membuat laporan polis.

    ReplyDelete
  16. Dalam majlis itu juga, Wong tidak menjelaskan kepada para hadirin tentang kewujudan pemerhati luar negara yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa proses pilihanraya negara ini berjalan mengikut prosedur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem PRU masih banyak perlu diperbaiki lagi.

      Delete
  17. Semua perkara yang baik tentang SPR akan disembunyikan dari pengetahuan rakyat agar pembangkang boleh terus memperbodohkan rakyat untuk kepentingan mereka dan juga insan yang bernama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPR harus membuktikan kesanggupan menegakkan keadilan dan memastikan PRU yang bersih dan amanah.

      Delete
    2. PRu harus bersih dan terbuka.

      Delete
    3. PRU13 tidak menyakinkan.

      Delete
  18. Malahan hujah-hujah Wong juga lebih kepada teori tanpa ada sebarang bukti dari pihak beliau, sekaligus menunjukkan niat sebenar Ahli Parlimen baru ini seiring dengan niat Anwar yang mahu menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya bagi menggulingkan kerajaan.

    ReplyDelete
  19. Wong berkata, rakyat juga ingin melihat peranan sebenar sebuah organisasi yang dapat mengendalikan pilihan raya bebas dan telus tidak memihak mana-mana badan pertubuhan politik sama ada pembangkang, mahupun parti pro kerajaan. Namun, apakah makna istilah BEBAS dan TELUS jika pembangkang sendiri menyimpulkan bahawa hanya jika Pakatan Haram menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri, barulah proses pilihanraya itu disifatkan sebagai BEBAS dan TELUS...?? dan adakah tindakan menyembunyikan fakta-fakta sebenar mengenai proses pilihanraya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan boleh dianggap sebagai BEBAS dan TELUS??

    ReplyDelete
  20. Dalam hujah Wong juga, beliau sempat meremehkan kemenangan Barisan Nasional dengan mengatakan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan minoriti dengan undi popular sebanyak 47 peratus berbanding dengan parti Pakatan Rakyat seluruh Malaysia meraih 51 peratus undi.

    ReplyDelete
  21. Jesteru, jika keputusan undi popular itu benar belaka dan Wong berbangga dengan keputusan itu, kenapa beliau masih menuduh SPR melakukan penipuan??? Bersetujukah beliau jika Bullet dan pemimpin-pemimpin BN yang lain mengatakan bahawa jumlah undi popular itu tidak benar???

    ReplyDelete
  22. Lebih menimbulkan rasa meluat apabila Wong mengatakan bahawa ""..Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa rakyat rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu.."" Persoalannya, siapakah yang tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya lalu?? rakyat atau ANWAR IBRAHIM??

    ReplyDelete
  23. Jika benar rakyat tidak puas hati, tanpa hasutan Anwar dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, rakyat dengan sendirinya turun ke jalanraya bagi melancarkan protes. Namun peliknya, dalam kes ini, pihak yang kalah lebih dulu melakukan pelbagai tindakan yang membelakangkan undang-undang bagi membantah keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  24. Tidak malukah Wong menuduh rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13 sedangkan pemimpin-pemimpin Pakatan yang memulakan protes tersebut?? Yang memulakan huru-hara ialah Pakatan Haram, namun yang dituduhnya pula adalah rakyat?? Kenapa Wong tidak tukar saja ayat itu kepada ""...Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa ANWAR IBRAHIM rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu..""

    ReplyDelete
  25. Apakah maksud ayat dibawah::

    "Mungkin Musa takut kerana para pemimin Pakatan Rakyat hebat-hebat belaka sehingga berjaya merampas 12 kerusi di DUN di Sabah. Jika dibenarkan lebih ramai masuk, mungkin mereka akan hilang lebih banyak kerusi sekalipun PRU-13 sudah tamat,".

    Apakah benar tujuan Nurul Izzah ke Sabah adalah untuk menggerakkan demonstrasi jalanan atau Blackout 505??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demontrasi tidak harus dilaksanakan sebab ini tidak memanfaatkan mana-mana pihak.

      Delete
    2. Tuntuan harus melalui laluan yang lebih berpatutan. Demon cuma mengakibatkan ketenteraman digugat.

      Delete
  26. Adakah ayat itu membawa maksud, mana-mana kerusi yang menyaksikan Pakatan Rakyat kalah akan dirampas semula melalui jalanraya?? Jika benar jawapannya, maka tindakan Datuk Seri Musa Aman menyekat kemasukan Nurul Izzah adalah tepat belaka..

    ReplyDelete
  27. Tindakan menghalau Nurul Izzah balik ke semenanjung bukan menjadi bahan ejekan, sebaliknya menjadi kebanggan rakyat di negeri ini kerana memiliki pemimpin yang berani bertindak tanpa perlu khuatir dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh puak-puak pembangkang sehingga boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan ini mengancam kebebasan sebagai seorang warganegara Malaysia.

      Delete
  28. semua Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional yang menang dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka berdasarkan mandat yang diberikan.

    ReplyDelete
  29. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan sebagai wakil rakyat mereka hendaklah bekerja untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili.

    ReplyDelete
  30. Musa berkata demikian dalam mesyuarat khas Wakil-wakil Rakyat BN di Bangunan Dewan Undangan Negeri di Likas kelmarin.

    ReplyDelete
  31. Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata mandat yang diberikan adalah amanah yang perlu ditunaikan kepada rakyat dan apa yang diperlukan oleh rakyat mereka perlu terus turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadpai.

    ReplyDelete
  32. Musa juga meminta mereka menyampaikan maklumat tentang pelbagai pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan B.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek pembangunan harus berada di landasan yang betul.

      Delete
    2. Rakyat akan menikmati perkembangan yang berterusan yang akan membawa perubahan dari segi taraf kehidupan.

      Delete
  33. 24 Jun ini bakal membongkar keikhlasan ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat pada PRU13 yang lepas. Rakyat harus bersikap terbuka bagi memastikan penilaian mereka itu benar, ikhlas dan tidak berat sebelah. Tujuan ahli Parlimen kawasan anda dipilih bagi memastikan bahawa suara rakyat dibawa ke Parlimen bukannya suara Anwar dan Lim Kit Siang yang kemaruk kuasa menghuru-harakan sidang Parlimen yang telah diamanahkan oleh rakyat.



    Sikap bertanggungjawab dan amanah setiap ahli Parlimen bakal dinilai secara terperinci kerana rakyat bukan bodoh bagi memastikan mereka dapat membuat keputusan yang terbaik pada PRU14 yang akan datang. Kehadiran ramai muka baru bakal menghangatkan perdebatan samada bagi menentukan dasar yang baik untuk rakyat atau dasar untuk memusnahkan Negara oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  34. Senario politik Malaysia bakal dizahirkan menerusi persidangan Parlimen 2013-2018. Ianya merupakan medan perjuangan menentukan hala tuju negara. Kita dapat meramalkan bahawa hanya ahli Parlimen Barisan Nasional bakal bersidang dengan berhemah dan membawa suara rakyat untuk diperjuangkan. Manakala ahli Parlimen pembangkang bakal cuba mencetuskan kontroversi semata-mata untuk memastikan siding berjalan dalam keadaan huru-hara.

    Rafizi Ramli mahu menjadi hipokrit dan munafik dengan membawa isu penggunaan dakwat kekal PRU13, 5 Mei lalu sedangkan selama ini telah penggunaan dakwat kekal telah dicadangkan oleh pihak pembangkang. Kononnya beliau sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini. Hakikat sebenarnya Anwar telah mengarahkan Rafizi menggunakan isu dakwat kekal ini untuk mengganggu sidang Parlimen yang sepatutnya dapat membincangkan isu yang dapat membantu rakyat bukannya melayan sawan Anwar yang gagal menjadi Perdana Menteri.

    Rafizi juga akan cuba memutarbelitkan isu kononnya penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sedangkan didalam setiap pusat daerah mengundi wakil calon mereka ada bersama bagi memastikan perjalanan PRU13 berjalan dengan telus. Sepatutnya mereka akan malu dengan diri sendiri dengan segala fitnah dan penipuan yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  35. “Kita juga perlu menolak segala dakwaan dan fintah yang dilemparkan oleh pembangkang kerana ini amat penting agar rakyat tidak termakan dengan dakwaan pembangkang,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat harus bijak menilaikan yang benar dan tidak.

      Delete
    2. Rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

      Delete
  36. Beliau berkata wakil-wakil rakyat juga perlu menyampaikan maklumat yang tepat terutama sekali mengenai agenda pembangunan kerajaan untuk faedah rakyat.

    ReplyDelete
  37. Fitnah pihak pembangkang yang kononnya 40,000 Mat Bangla akan mengundi sesungguh amat tidak masuk akal. Namun apa yang cukup menghairankan bagaimana mereka yang kononnya berpelajaran dan professional seperti peguam memilih untuk mempercayai fitnah pembangkang ini. Persoalannya adakah ini kerana mereka mempunyai dendam peribadi terhadap Barisan Nasional sehinggakan mereka memilih untuk mempercayai pembohongan dan fitnah melampau ini.

    Sepintas lalu “post mortem” fitnah Mat Bangla ini. Maka untuk membawa 40,000 Mat Bangla yang pertama kita perlu memohon visa untuk mereka. Kemudian kita perlu mengajar mereka yang berjumlah 40,000 ini cara untuk mengundi .

    Isu yang cukup tidak masuk akal pula kita perlu menyediakan 100 penerbangan jumbo jet samada melalui KLIA atau subang dan 100 buah jumbo jet tersebut terpaksa pula disembunyikan yang bermakna mereka terpaksa mendarat pada waktu tengah malam . Sebuah bas muatan 40 orang oleh itu 1000 buah bas pula terpaksa disediakan untuk membawa 40,000 Mat Bangla ini ke pusat-pusat Daerah Mengundi di seluruh Negara di mana ada polling dan counting agen BN dan pembangkang yang akan memeriksa senarai dank ad pengenalan.

    ReplyDelete
  38. Mat Bangla kena harus ada kad pengenalan yang bermakna nama mereka kena ada dalam senarai sebelum proses pengundian berjalan. Penipuan dan fitnah ini walaubagaimana pun tidak dapat menipu rakyat Malaysia. Oleh itu Barisan Nasional terus dapat meneraju Negara. Hanya mereka yang bersikap hasad dengki dan busuk hati sahaja terutama mereka yang mempunyai dendam peribadi akan mengundi pembangkang.

    Kemenangan Barisan Nasional merupakan kemenangan yang sah dan mutlak namun kesawanan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan beliau dengan menggunakan pengaruh dan kekuatan sokongan kewangan dari sekutu mereka untuk cuba meracun rakyat dengan fitnah yang kemenangan Barisan Nasional dengan fitnah penipuan Mat Bangla , SPR, Blackout dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
  39. Mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 minggu depan, Ketua Menteri berkata kelab penyokong kerajaan sudah bersedia untuk berdepan serang isu yang ditimbulkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi isu penting yang memerlukan perhatian yang wajar.

      Delete
  40. Beliau berharap persidangan Dewan Negeri akan diadakan dengan debat yang sihat dan membina dan bukan membuat fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saingan sihat adalah memanfaatkan agar semua pihak dapat bekerja dengan lebih mantap.

      Delete
    2. Debat cuma memberi peluang untuk mereka menunjuk siapakah hero.

      Delete
  41. The moderation concept adopted by Malaysia is an example for other countries to learn how a country with a large Muslim majority operates and how its people from different culture, background and religion can live together in peace and harmony, said Dewan Negara secretary Datuk Zamani Sulaiman.

    ReplyDelete
  42. "We wish to show the outside world that as a developing country with a Muslim majority population can live together in peace and harmony through the moderation concept,"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangsa dan agama bukan satu isu di Malaysia, kami dapat hidup dengan aman dan damai antara satu sama lain.

      Delete
  43. Meanwhile, vice-president of the Islamic Council of Victoria Maryum Chaudhry said the visit had allowed her to see for herself and learn how a country with a large Muslim majority operated and how the people from different culture and background can live together in peace and harmony.

    ReplyDelete
  44. Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein today described the failure of the opposition leaders to attend a parliamentary briefing session yesterday, apparently to boycott the results of the 13th General Election (GE13), as irresponsible.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang tidak terima keputusan PRU13. Tuntutan masih dalam perkembangan.

      Delete
    2. Mereka harus bertindak lebih professional.

      Delete
  45. Former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Ibrahim says it is time the Barisan Nasional (BN) government considered allowing non-Malays to enjoy bumiputra status and giving fair amount of aid to all races to promote national unity.

    ReplyDelete
  46. Discriminatory policies do not contribute to national unity, he noted, adding that all Malaysians born and bred in the country should enjoy bumiputra status

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warganegara juga diserang dan disekat kebebasannya, apakah manfaat yang rakyat dapat nikmati?

      Delete
  47. Tunku Aziz said allowing non-Malays to enjoy bumiputra status will make some who are enjoying the status unhappy, but he felt this group should be prepared to sacrifice and share with others for the sake of the nation's future.

    ReplyDelete
  48. he pointed out that Malays are not the only people facing poverty and as such, the government should assist the various ethnic groups through equitable policies.

    ReplyDelete
  49. A delegation from China’s Tsinghua Investment Consortium paid a courtesy visit to Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) and was welcomed by the Authority’s Chief Executive, Datuk Dr. Mohd Yaakub Johari, today at Wisma SEDIA.

    ReplyDelete
  50. The seven-delegation was led by Mr. Ma Mingqiang, Secretary General of the ASEAN-China Center. Datuk Dr. Mohd Yaakub gave a short briefing regarding Sabah Development Corridor (SDC) and the business opportunities that awaits prospective investors.

    ReplyDelete
  51. Datuk Dr. Mohd Yaakub was pleased to convey that foreign investors are still interested and are confident in the still conducive investment atmosphere in Malaysia, and Sabah, in particular. He stated that SEDIA welcome inquiries and engagement with SDC, investment opportunities, business and employment opportunities, incentives and related policies and procedures.

    ReplyDelete
  52. The keen interest on investment opportunities in SDC by foreign investors indicated their confidence in the political stability and security of Sabah in particular and Malaysia in general. They took note the state’s strategic geographical location, richness of the culture and biodiversity and abundance of agricultural and natural resource

    ReplyDelete
  53. The oil, gas and energy industry and the green field opportunities in human capital development are also among the potential investment opportunities that discerning investor took heed of.

    ReplyDelete
  54. The ASEAN China Center, an intergovernmental organization, that was officially launched in 2011 to boost closer ties within the 10 ASEAN states and China, has also forwarded a list of investment proposals in SDC and among them are an international school, 5 star hotels, a Tsinghua Hi-tech Innovation Centre, healthcare centre, corporate headquarters, agricultural base, marine farming base, food processing base, shopping mall, regional logistic centre, golf courses, water recreation centre and yacht yard, and a 20,000 unit residential area in Sabah.

    ReplyDelete
  55. The SDC tax incentives package was also outlined during the briefing. It was developed by SEDIA, to attract investors globally and within Malaysia and was approved last year by the Ministry of Finance.

    ReplyDelete
  56. Ketika mengulas pencapaian sebenar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan
    Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
    menyifatkan berlakunya ‘tsunami pengundi Cina’ dan seterusnya
    membangkitkan cadangan untuk melaksanakan ‘penyatuan nasional’ secara
    lebih berkesan bagi membendung politik perkauman yang berjaya dilakukan
    oleh DAP.

    ReplyDelete
  57. Penelitian awam seterusnya melihat keputusan kekalahan BN di kawasan
    bandar bukan disebabkan ‘tsunami pengundi Cina’, ia lebih kepada
    ‘tsunami pengundi bandar’. Kedua-dua generalisasi itu boleh diterima
    berdasarkan struktur pengundi bandar jika dilihat dalam perspektif
    etnik.

    ReplyDelete
  58. Kadar urbanisasi di Malaysia sudah berlipat dari 34.2 peratus pada 1980
    kepada 71 peratus pada 2010 dan ia membuktikan pertambahan penduduk
    bandar semakin besar sehingga menjadikan penduduk luar bandar dihuni
    golongan tua dan kanak-kanak. Golongan muda berhijrah dan tinggal di
    kawasan bandar kerana peluang pekerjaan lebih besar.

    ReplyDelete
  59. Fenomena ini yang menyebabkan setiap kali berlakunya PRU atau pilihan
    raya kecil (PRK), ada gerakan balik kampung yang dalam PRU-13 dilihat
    pula sebagai kemasukan ‘pengundi hantu’.

    ReplyDelete
  60. Tsunami pengundi bandar
    dikatakan berlaku kerana setiap pertimbangan yang dilakukan atas jenama
    produk 1Malaysia dilihat lebih mengutamakan golongan berpendapatan
    rendah di luar bandar dan miskin tegar di bandar. Tidak ada kesungguhan
    tertentu diambil untuk menyelesaikan masalah dihadapi kelas menengah di
    bandar.

    ReplyDelete
  61. Kelas menengah di bandar, meskipun dari segi ukuran pendapatannya di
    atas paras kemiskinan, sebahagian besar daripada mereka masih
    bergelumang dengan pelbagai masalah beban hutang dan tekanan kos.

    ReplyDelete
  62. Tahap
    maksimum pendapatan keluarga yang boleh dipertimbangkan antara RM5,000
    hingga RM8,000 sebulan, ia tidak bermakna keluarga kelas menengah di
    bandar boleh hidup selesa kerana terpaksa menampung perbelanjaan harian
    yang kian meningkat, termasuk perbelanjaan pendidikan anak.

    ReplyDelete
  63. Ada ketikanya, kos pemilikan rumah yang kian meningkat menyebabkan
    sebahagian daripada mereka tidak mampu membeli rumah yang selesa,
    menjadikan mereka amat mengharapkan pembinaan lebih banyak rumah mampu
    milik.

    ReplyDelete
  64. Bagaimanapun, kosnya menjadi semakin mahal yang dilihat tidak terkawal.
    Jika dalam PRU-12, soal keperluan hidup menjadi faktor penolakan
    terhadap BN, kali ini kos sara hidup dan harga rumah tanpa kawalan turut
    menyumbang berlakunya tsunami pengundi bandar.

    ReplyDelete
  65. Kecenderungan pengundi muda menolak BN disebabkan batasan pendapatan
    bulanan mereka terpaksa dibahagi-bahagikan antara keperluan sara hidup
    dan membayar hutang (kenderaan, pinjaman pendidikan dan perumahan).

    ReplyDelete
  66. Jika
    dalam PRU-12, pengundi golongan muda terpengaruh dengan bawaan ideologi
    pakatan pembangkang, PRU-13 masih memberikan interpretasi bahawa logik
    mudah pakatan pembangkang lebih mudah dipercayai kerana bagi mereka
    persepsi lebih mendekati daripada realiti.

    ReplyDelete
  67. Pengundi muda lebih menilai sesuatu berdasarkan ideologi, manakala
    pengundi lebih dewasa lebih menilai persoalan realiti dan kerana itu
    penekanan semula pemasaran politik dengan kaedah yang lebih berkesan
    perlu diteliti bagi menentukan BN akan terus memerintah dalam PRU-14.

    ReplyDelete
  68. Pendekatan BN perlu memahami betapa dinamiknya media sosial sebagai
    kaedah penyatuan sosial iaitu jika dalam PRU-12, ramai mengakui
    kehebatan pakatan pembangkang ialah kerana berjaya menguasainya.

    ReplyDelete
  69. Kesannya, beberapa bulan selepas PRU-12, masing-masing bercakap mengenai
    kewajaran maklumat menerusi media sosial berdasarkan kesahihannya,
    akhirnya ramai mengakui PRU-13 bakal ditentukan menerusi ‘permainan
    persepsi’.

    ReplyDelete
  70. Sayangnya, kesedaran itu tidak kekal lama dalam kalangan pemimpin BN, ia
    seolah-olah hangat pada awalnya saja. Sehingga 2010, ramai pemimpin BN
    dilihat tidak lagi aktif menggunakan media sosial, kerana melihat ia
    sesuatu yang remeh dan sukar mendedikasikan masa serta perhatian kerana
    banyak perkara lain yang perlu dilaksanakan, maka lebih ramai pemegang
    akaun Facebook saban minggu mendapat ‘notification pending’

    ReplyDelete
  71. Mungkin ada segelintir mula menggerakkan semula laman sosial beberapa
    bulan sebelum PRU-13, tetapi sebahagiannya tidak dikemaskinikan untuk
    beberapa hari, ia menyebabkan apa yang dihidangkan itu tidak lagi
    menarik.

    ReplyDelete
  72. Keadaan ini bertentangan dengan operasi media sosial oleh pendukung
    pakatan pembangkang. Mereka bersedia mengeluarkan belanja yang besar,
    misalnya Red Beans Army oleh DAP yang beroperasi sejak tahun 2008 secara
    berterusan dan melatih 200 hingga 300 orang ‘askar siber’.

    ReplyDelete
  73. Ini
    pelajaran yang kita peroleh daripada kejayaan besar DAP dan boleh
    dianggap terbaik dalam sejarah parti itu sejak penubuhannya pada 1966.

    ReplyDelete
  74. Jika dalam PRU-12, PAS dilihat lebih menonjol dalam penguasaan media
    sosial kerana parti itu belajar daripada kesilapannya pada 2004. Pada
    PRU-11, PAS hanya mampu memerintah Kelantan dengan majoriti tiga kerusi
    dan tewas kepada BN di Terengganu menyebabkan Datuk Seri Abdul Hadi
    Awang hanya mampu menjawat jawatan sebagai Menteri Besar selama
    sepenggal

    ReplyDelete
  75. Dalam kalangan pakatan pembangkang, penyokong PKR memangnya handal dan
    bijak memanipulasikan potensi media sosial dalam membangun persepsi
    umum, iaitu sejak internet mula menjadi medium komunikasi yang
    berpengaruh.

    ReplyDelete
  76. BN lebih mengutamakan interaksi secara formal dan lebih berstruktur
    sehingga menyebabkan begitu lambat menangkis atau mencipta agenda dalam
    membangunkan persepsi dalam kalangan pengguna internet yang sudah
    mencecah lebih 17 juta dan lebih 13 juta mempunyai akaun Facebook.

    ReplyDelete
  77. Kaedah pemasaran politik menerusi media sosial sebenarnya adalah kaedah
    moden daripada hubungan inter-personal atau komunikasi lisan dari
    seseorang kepada seseorang. Komunikasi bentuk ini lebih personal dan
    sesuatu yang bersifat personal lebih menarik dikongsikan kerana ia
    membabitkan emosi berbanding komunikasi menerusi media konvensional yang
    semakin dilihat berpihak dan lebih rumit.

    ReplyDelete
  78. Jadi, usaha melakukan penyatuan nasional wajar memikirkan bagaimana
    untuk menggerakkan percambahan dan membentuk ‘lebihan kognitif’ menerusi
    media sosial, agar ia benar-benar viral.

    ReplyDelete
  79. Tentunya, memerlukan sekumpulan penggerak yang dedikasi dan perancangan
    teliti, manakala pengurusan adalah lebih terbuka agar ia berlaku dalam
    kedinamikannya sendiri, tidak perlu melakukan sekatan kepada pendapat
    atau ulasan yang bertentangan, sebaliknya usaha meneutralisasikan atau
    ‘menyanggah’ dilaksanakan secara subliminial dan pada tahap psikologi
    menang-menang, bukannya bertaraf leteran, gugatan mahupun pelabelan.

    ReplyDelete
  80. Ini yang sebenarnya wajar difikirkan kerana dalam media sosial ada
    kalanya perkara sebenar sudah lama tenggelam, manakala perkara sampingan
    semakin mendapat perhatian besar dan memerlukan pendekatan yang
    berbeza.

    ReplyDelete
  81. Walau apapun, semangat gigih dan dedikasi amat diperlukan dalam media
    sosial kerana ia pernah dikaitkan dengan budaya narsistik, komuniti maya
    ada kalanya berada dalam dunianya sendiri, tanpa memerlukan realiti
    interaksi, kesemuanya terjalin secara halusinasi dan dalam bayangan.

    ReplyDelete
  82. Menyedari kepada perkembangan itulah saya melihat betapa perlunya setiap
    daripada pembuat dasar memikirkan semula bagaimana ‘hubungan’ boleh
    dilaksanakan, ia bukan lagi sekadar hubungan tradisional yang bersifat
    atas ke bawah, malah ia boleh berlaku dari atas ke bawah atau dalam
    pelbagai arah dan posisi.

    ReplyDelete
  83. Potensi itu akan terus berkembang, kerana kita sebenarnya tidak mampu
    menghalangnya. Semakin ketat kawalan, semakin melebarkan perlawanan
    kerana generasi alaf milenium akan mencabar nilai sebelumnya dan mereka
    generasi yang semakin tidak mahu mempertahankan status quo, mereka
    berada dalam dunianya yang tersendiri akibat tersalah kiprah, dan
    sebenarnya kita secara langsung atau tidak langsung gagal memugarkan
    mereka dengan agenda sosialisasi seperti yang kita alami ketika sebaya
    mereka oleh orang tua dan ahli masyarakat yang melindungi kita.

    ReplyDelete