Tuesday 11 June 2013

DAKWAT KEKAL : MANA SURAT LOGAM BERBAHAYA?






SETIAUSAHA agung DAP Lim Guan Eng menuntut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengemukakan surat yang didakwa dihantar oleh Kementerian Kesihatan untuk membuktikan dakwaan mengenai kandungan logam berbahaya dalam dakwat kekal.

Lim berkata, Aziz harus meletak jawatan sebagai pengerusi SPR sekiranya gagal berbuat demikian, katanya.

Lim merujuk kepada dakwaan Aziz bahawa Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan keselamatan yang memberi amaran mengenai risiko kesihatan yang timbul daripada kandungan lebih satu peratus argentum nitrat dalam dakwat kekal.

Kandungan sebatian itu membolehkan dakwat tersebut kekal apabila digunakan ke atas satu permukaan.

Ketua menteri Pulau Pinang tersebut berkata SPR secara tidak langsung menyalahkan Kementerian Kesiahatan kerana menyebabkan kerugian RM6 juta daripada penggunaan dakwat berkenaan, yang dapat ditanggalkan dengan mudah.

"Jika Kementerian Kesihatan tidak boleh percayakan SPR, bagaimana orang mahu percaya bahawa SPR bersih, adil dan bebas semasa mengendalikan pilihan raya. (MKINI)

15 comments:

  1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada PRU14 dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata penggunaan dakwat kekal itu akan tetap dilaksanakan kerana ia diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan dimaktubkan dalam undang-undang pilihan raya.

    ReplyDelete
  3. "Kami akan kaji ramuan dakwat itu, serta meletakkan satu standard terhadap kualiti dakwat itu," katanya. Beliau berkata, tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata.

    ReplyDelete
  4. Wan Ahmad berkata, penggunaan dakwat itu hanyalah untuk menghalang pengundi mengundi dua kali, namun jika dakwat di jari mereka hilang, ia tidak bermakna mereka dapat mengundi sekali lagi kerana asas utama yang dilihat oleh SPR ialah nama pengundi dalam daftar pemilih.

    ReplyDelete
  5. "Masyarakat perlu faham kami (SPR) baru pertama kali menggunakan dakwat kekal dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan...kami telah lantik satu syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU13 yang mana syarikat itu turut menghasilkan dakwat kekal di negara-negara lain. Mungkin ada kelemahan daripada syarikat itu sendiri yang menyimpan dakwat terlalu lama.

    ReplyDelete
  6. "Kami sudah tempah 250,000 botol dakwat kekal pada PRU ini dan dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan kami simpan di lokap balai polis daerah untuk memastikan ia selamat.
    "Mungkin akibat disimpan terlalu lama kandungan dakwat sudah menurun dan menjadi cair," katanya.

    ReplyDelete
  7. dakwat kekal yang SPR gunakan masih tertakluk kepada syarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghendaki ramuan dakwat itu tidak ada unsur haram dan tidak menyekat air wuduk kepada orang Islam.

    ReplyDelete
  8. Syarat dikenakan Jabatan Kesihatan pula dakwat kekal itu mengandungi tidak lebih satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.

    ReplyDelete
  9. Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk menentukan ketahanan dakwat kekal itu.

    ReplyDelete
  10. Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

    ReplyDelete
  11. Jangan kerana terlalu ghairah hendak guna dakwat kekal, ada pula pengundi yang menghidap penyakit buah pinggang dan kanser selepas pilihan raya.

    ReplyDelete
  12. sebelum lim guan eng minta spr dedahkan surat yang menunjukkan logal dalam dakwat kekal itu bahaya, bukankah lebih baik jika lim guan eng dedahkan fakta2 yang menunjukkan silver nitrat selamat digunakan???

    ReplyDelete
  13. mahukah lim guan eng bertanggungjawab sekiranya semua pengundi di Malaysia mengidap kanser??

    ReplyDelete
  14. jika lim guan eng terus menunjukkan kebodohannya enggan mengakui bahaya silver nitrat, saya cadangkan kepada SPR supaya simbah manusia bodoh ini dengan dakwat kekal yang mempunyai lebih 20% silver nitrat..

    ReplyDelete
  15. pastikan dakwat kekal benar2 kekal dan selamat

    ReplyDelete