Sunday 9 June 2013

DAP SASAR 13 KERUSI DI SABAH






Oleh : CLARA CHOOI

KUALA LUMPUR : DAP memulakan kempen menghadapi Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan mengumumkan pelan tindakan 'kawasan angkat', di mana wakil yang dipilih akan menjaga 13 kerusi negeri untuk tempoh lima tahun.

Penasihat DAP Lim Kit Siang menyenaraikan kerusi sasaran semasa lawatan ke negeri tersebut kelmarin, lebih satu daripada wakil DAP sama ada dari Sabah ataupun luar boleh dilantik untuk berkhidmat di setiap 13 kawasan tersebut.

"Saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam PRU13, selain untuk memastikan yang kita berjaya membina asas yang kukuh untuk turut memenangi kerajaan negeri Sabah dalam PRU14," kata Lim dalam satu kenyataan media yang merujuk kepada pilihan raya 5 Mei lalu yang baru berakhir.

Pilihanraya 2013 menyaksikan BN kembali berkuasa di Sabah dengan majoriti selesa dua pertiga tetapi gabungan pemerintah tersebut kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi mereka pada tahun 2008.

PR mencatatkan kemenangan bersejarah di kubu kuat BN, menambah 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 60 keseluruhan dan tiga kerusi parlimen.

Pada pilihan raya umum 2008, pembangkang hanya memenangi satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Sabah, kedua-duanya dimenangi oleh DAP.

Lim berkata walaupun PR tidak mencapai sasaran asal untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 26 kerusi Parlimen di Sabah, negeri tersebut tidak lagi boleh dianggap sebagai "deposit tetap "BN".

Beliau menegaskan situasi sama kini berlaku di Sarawak dan Johor, dua buah negeri yang dahulunya dianggap kubu BN, sambil menambah pertarungan untuk gabungan pemerintah dalam pilihan raya mendatang "sudah terbuka sepenuhnya kepada semua parti".

Memetik keputusan pilihan raya di Sabah, Lim mengulangi kekecewaannya terhadap pertikaian kerusi saat-saat akhir antara parti pembangkang di negeri tersebut dengan parti tempatan, Parti Progresif Sarawak (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (STAR).

Beliau berkata, jika tidak kerana pertikaian tersebut, BN akan kalah empat lagi kerusi Parlimen dan lapan DUN, iaitu Kota Marudu, Keningau, Tenom dan Pensiangan bagi kerusi Parlimen dan Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Nabawan dan Elopura bagi kerusi DUN.

Sekiranya semua pembangkang bersatu sepenuhnya, BN sekurang-kurangnya akan tewas lagi di 11 kerusi Parlimen dan 26 DUN, dakwa Lim lagi.

Walau bagaimanapun, MP Gelang Patah tersebut mahu melihat ke hadapan dan menggesa PR kini sepatutnya fokus untuk memenangi kedua-dua kerusi persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah, dengan mengambil kira kemenangan yang memberangsangkan dalam pilihan raya yang lalu.

"Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam PRU14 - kerusi yang dinamakannya ialah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai," kata Lim.

"Untuk membantu kempen DAP dan PR di Sabah bagi PRU14, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat," tambahnya lagi.

Jawatankuasa perhubungan DAP negeri Sabah dan juga Ahli Parlimen Teresa Kok yang telah dilantik sebagai penyelaras bagi Sabah dan Sarawak akan mengumumkan butiran lanjut mengenai program anak angkat itu, kata Lim.

Bagi sebelah pihaknya, ahli politik itu berkata beliau akan mengambil DUN Karanaan sebagai kawasan angkatnya.

60 comments:

  1. Sejak kebelakangan ini sangat popular ungkapan RED BEAN ARMY!Apa benda Read Bean Army ni? Ianya adalah satu kumpulan cybertrooper yang telah ditubuhkan oleh DAP dengan begitu lama sekali, kumpulan ini sangat besar. Mereka juga dikenali sebagai CYBER BULLY!

    ReplyDelete
  2. Mereka dibayar sebanyak RM3000 ke RM8000 sebulan, mereka berkerja 24 jam sehari, memantau semua blog dan FB rakyat Malaysia. Budak kat atas ni tau apa yang sedang berlaku dalam DAP sekarang ni. Modus operandi mereka mudah saja.

    ReplyDelete
  3. Sesiapa kaum Cina yang menyokong selain DAP, maka mereka akan mencari segala butiran terperinci orang Cina tersebut dan akan menyerang mereka seperti menelefon dan mengugut kaum Cina yang menyokong BN! Macam-macam mereka ugut, rogol dan membunuh dan bermacam lagi la!

    ReplyDelete
  4. Tapi hingga kini mereka iaitu parti komunis cuba menafikan, sudah ada banyak bukti pasal read bean army. Elok juga mereka ni digelar RED BEAN COMMUNIST! Ingat lagi Michelle Yeoh diserang? Inilah kerja Read Bean Communist.

    ReplyDelete
  5. Sedikit pandangan tentang rahsia kejayaan DAP ialah pasukan tentera maya mereka yang berjaya meracuni fikiran rakyat untuk membenci kerajaan. Kita perlu memiliki Pasukan Cybertrooper seperti Red Bean Army ini.

    ReplyDelete
  6. Jangan dipandang sebelah mata kekuatan media baru di dalam mempengaruhi rakyat Malaysia. RBA jelas berkesan membuat gelombang menukar persepsi rakyat cina kepada negara.

    ReplyDelete
  7. Penolakan Tsunami Cina tidak mustahil akibat pengaruh puak ini. Iktibarnya kita perlu ada pasukan yang lebih kuat dan fokus seperti RBA ini. Pasukan ini perlu diwujudkan sekarang dan sepenuh masa pertahan negara di alam maya.

    ReplyDelete
  8. Itupun jika pemimpin kita telah sedar kepentingan media baru di dalam mempengaruhi masyarakat. Seperti tahun 2008 dahulu. Selain itu pakar bahasa Cina juga perlu ditambah untuk menjawab komen negatif terhadap Kerajaan di blog FB Page twitter YouTube. Jika tidak maka kita kena siap sedia menunggu tsunami lebih besar lagi dari kali ini.

    ReplyDelete
  9. DAP tubuhkan pasukan tentera sibernya untuk menyerang dan meruntuhkan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi beberapa tahun sebelum PRU13 berlangsung. Dikatakan anggotanya berjumlah 1500 orang yang menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka dalam dunia IT untuk menimbulkan kekacauan dan kekeliruan dikalangan ahli masyarakat.

    ReplyDelete
  10. Tugas mereka ialah membuka sebanyak mungkin akaun emel/fb/blog/twitter atau apa saja yang berkaitan dan terus melakukan serangan. Ada yang jadi tukang jawab soalan, ada yang jadi tukang komen, ada yang jadi kaki penghasut, ada yang timbulkan elemen perkauman dan rasis dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. Mereka bekerja sepenuh masa dan dibayar gaji secara tetap dan beroperasi di Penang. Utusan Malaysia turut buat pendedahan bertulis tentang surat yang dihantar kepada mereka sebagaimana berikut :

    ReplyDelete
  12. Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.

    ReplyDelete
  13. Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

    ReplyDelete
  14. Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.

    ReplyDelete
  15. Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  17. Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.

    ReplyDelete
  18. Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  19. Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.

    ReplyDelete
  20. Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.

    ReplyDelete
  21. Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.

    ReplyDelete
  22. Sabah Umno Liaison Committee deputy chairman Datuk Seri Salleh Said Keruak suggested the quota system for the post of president and deputy president be revived.

    ReplyDelete
  23. He said the move was thought to be relevant by taking into account the views of numerous quarters lately who wanted both the top party posts to be uncontested in the party election this year.

    ReplyDelete
  24. "More importantly, the reintroduction of the quota system for candidacy to the post of president and deputy president is to ensure those contesting the two posts have credibility as leaders," he told.

    ReplyDelete
  25. Salleh, who is also Kota Belud Umno division chief, said the quota system for the posts of president and deputy president was the best mechanism to ensure the integrity of the party as the backbone in ruling the country. Otherwise, he said, anybody including those without credibility could offer themselves to contest for the two posts, which was not good for the party.

    ReplyDelete
  26. "Meanwhile, other posts including vice-presidents, supreme council members (AMT), division heads and all wings of the party can use the existing nomination and polling systems," he said.

    This, he said, was in line with the spirit of the amendment of the constitution of Umno which was made previously, which enabled more members to decide on the direction of the party leadership.

    ReplyDelete
  27. The former Chief Minister said the spirit in the amendment of the constitution must be defended to ensure the continuity of the party struggle. Prior to this, candidates aspiring to contest for the post of president must get 30 per cent nomination from 191 divisions, deputy president (20 per cent), vice-president (10 per cent) and supreme council members (five per cent).

    ReplyDelete
  28. On April 24, 2009, the Umno Supreme Council agreed that the party constitution, touching on the method and process of election, be amended so that it was more transparent, open and democratic. The amendment to the Umno constitution was made at the Umno Annual General Assembly in October the same year.

    ReplyDelete
  29. Jambatan kedua Pulau Pinang yang runtuh telah mengorbankan beberapa nyawa. Para pemimpin DAP Pulau Pinang memberikan reaksi dengan pantas iaitu menyalahkan Kerajaan Persekutuan kononnya penyelewengan dan rasuah adalah punca jambatan itu runtuh.

    Lebih menarik lagi ialah apabila pecacai DAP mula membanjiri media-media sosial dan mewujudkan persepsi bahawa bencana tersebut adalah disebabkan Kerajaan UMNO-BN.

    ReplyDelete
  30. Lim Guan Eng sudah tentu merupakan orang yang paling panas punggung dan giat mencari alasan agar publik tidak menyalahkannya atau megaitkannya bencana berkenaan. Selagi boleh DAP dan Guan Eng perlu menutup dan menafikan perkara sebenar agar dia kekal dengan imej bersih dan bencikan rasuah serta penyelewengan.

    Bahagian yang runtuh tersebut dibina oleh Cergas Murni Sdn. Bhd, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik oleh PDC pada tahun 2010. PDC dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sendiri.

    ReplyDelete
  31. Tidak sampai seminggu selepas insiden bot karam di Belaga di mana bapa Guan Eng, Kit Siang segera menuding jari dan menyalahkan Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan Barisan Nasional, tragedi runtuhan susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang seharusnya menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran tudingan.

    Projek berkenaan memang projek kerajaan pusat tetapi yang mengendalikan projek tersebut adalah kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Kontraktor yang dilantik adalah kontraktor kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  32. Menghalakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Persoalan mengapa DAP dan Lim Guan Eng tidak pernah bertanggungjawab atas segala masalah yang ditimbulkannya bukanlah perkara baru.

    Hampir kesemua masalah yang diutarakan membabitkan dirinya akan dialihkan kepada kerajaan pusat. Keserakahan merampas tapak perumahan mampu milik untuk warga marhein di Taman Manggis sebagai contoh, dipersalahkan kepada kerajaan pusat. Kemudian apabila penyelesaian cuba dibuat, Guan Eng berdolak dalih dan kemudian mengumumkan bahawa tapak baru yang katanya lebih luas dan lebih dekat dengan pusat bandar.

    ReplyDelete
  33. Biarpun kemudiannya diketahui bahawa pengumum tersebut adalah penipuan semata-mata namun Guan Eng langsung tidak berasa bersalah dan malu.

    Tragedi runtuhnya susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang itu bakal menyaksikan Guan Eng berdrama lagi. Apatah lagi tiada mana-mana pihak dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional yang menuding jari kepadanya sepantas yang dilakukan oleh bapanya, Lim Kit Siang.

    Yang pasti tekanan akan dilakukan oleh para pecacai DAP dan pemuja tegar Lim Guan Eng untuk menyalahkan Kerajaan Pusat selain memutar belitkan fakta sedia ada.

    ReplyDelete
  34. DAP Negeri Sembilan mendapat tamparan hebat apabila tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.

    ReplyDelete
  35. Orang Melayu harus sedar bahawa DAP tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan mereka walaupun parti itu berdegar-degar melaungkan ia memperjuangkan masyarakat berbilang kaum

    ReplyDelete
  36. Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata masih terlalu awal untuk mengharapkan parti itu membela orang Melayu atau menerima kaum itu.

    ReplyDelete
  37. DAP menolak jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa parti itu bebas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR pada pemilihan tersebut.Keputusan itu diambil setelah ROS mempersoal keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang dipinda sendiri oleh pucuk pimpinan parti tiga minggu selepas pemilihan itu diadakan Disember lalu.

    ReplyDelete
  38. Tindakan DAP itu dilihat bertujuan meraih simpati pengundi Cina dengan memberi gambaran kononnya parti itu dizalimi oleh ROS.Dalam suratnya kepada DAP, ROS memberi parti itu sebulan untuk menjelaskan kemelut pindaan keputusan pemilihan CEC namun menegaskan, dalam satu lagi surat, bahawa, perkembangan itu tidak menjejaskan penyertaan DAP pada PRU13.

    ReplyDelete
  39. SPR turut memberikan jaminan bahawa DAP boleh bertanding menggunakan logo parti itu.Meskipun mendapat jaminan daripada dua badan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kononnya, ada cubaan jelas untuk mensabotaj atau mengkhianati DAP pada PRU13.Justeru, pucuk pimpinan DAP mengambil langkah julung kali untuk calon-calonnya bertanding menggunakan tiket PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak."Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete
  40. Perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor berpunca daripada sikap DAP yang menganggap dirinya 'Taiko' atau 'Abang Besar' dalam pakatan pembangkang, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, disebabkan anggapan itu, DAP mahu PKR dan PAS mengikut telunjuknya dalam isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13."Di Johor, memang DAP menganggap dia sebagai 'Taiko' atau 'Big Brother' di dalam pakatan pembangkang. Bermakna PKR dan Pas kena dengar cakap DAP dan harapkan sokongan DAP untuk menang mana-mana kerusi di Johor."PKR (dan Pas) di Johor kena mengakulah yang mereka tidak kuat dan terpaksa bergantung pada 'Big Brother' DAP, itu adalah keadaannya

    ReplyDelete
  41. DAP, menurut beliau, bersikap tamak mahu memonopoli kesemua kerusi di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina, kerana perjuangannya hanyalah untuk satu kaum sahaja.

    ReplyDelete
  42. Bekas menteri kabinet itu berkata, perbalahan DAP-PKR Johor jelas membabitkan isu pengagihan kerusi PRU-13 terutama Parlimen Gelang Patah.Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng sebagai seorang yang arrogant (angkuh) serta bertanggungjawab melancarkan 'serangan hendap' terhadap DAP di Johor.Dr. Boo, Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, mahukan pucuk pimpinan PKR melucutkan jawatan Chua, tetapi Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan berbuat demikian dan mempertahankan Chua.

    ReplyDelete
  43. dalam isu perbahagian kerusi pilihan raya di dalam pakatan pembangkang, hakikat yang perlu diterima oleh Pas serta PKR adalah keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan DAP

    ReplyDelete
  44. pilihan raya umum kali ini adalah pertembungan dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk pelbagai kaum dan DAP, yang hanya fokus terhadap kepentingan satu kaum sahaja.Shahrir menolak jangkaan PR bahawa pakatan itu akan memperoleh kemenangan besar di Johor pada PRU13, dan menyifatkannya jauh tersasar daripada realiti.

    ReplyDelete
  45. Tuntutan kerusi tambahan iaitu sebanyak tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang daripada DAP membuktikan parti itu tamak kuasa

    ReplyDelete
  46. Tuntutan itu juga katanya tidak lain dan tidak bukan adalah demi mengukuhkan parti dominasi Cina itu dalam Pakatan Rakyat sekaligus mahu mengangkat pimpinan tertinggi mereka sebagai Perdana Menteri kelak.

    ReplyDelete
  47. Dalam Pakatan Rakyat, kerusi PKR paling banyak iaitu 31 kerusi, PAS 23 kerusi dan DAP 28 kerusi

    ReplyDelete
  48. DAP yang kononnya mengaku bahawa mereka adalah sebuah parti yang terbuka kepada semua dan telus dalam pentadbiran serta kepimpinan hanyalah satu retorik untuk mengaburi rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan daripada kepelbagaian masyarakat terutamanya di kalangan orang Melayu dan masyarakat tempatan seperti di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  49. Jika benar parti itu telus, cekap dan terbuka dalam segala hal, mengapa sehingga sekarang DAP masih tidak menjawab banyak persoalan yang diajukan kepada mereka seperti kes bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim dan yang terbaru membabitkan pemilihan Jawatankuasa Pusat CEC baru-baru.

    ReplyDelete
  50. DAP adalah sebagai sebuah parti yang hanya pandai bercakap tetapi apa yang diperkatakan itu tidak pernah betul, bukan sahaja di peringkat parti, malah sebagai kerajaan, DAP gagal dalam pentadbirannya.

    ReplyDelete
  51. Kepincangan DAP sebagai sebuah parti sudah lama terserlah, dari dahulu mereka kononnya sebagai parti pelbagai kaum.

    ReplyDelete
  52. parti untuk semua rakyat Malaysia, tetapi semua hanyalah cakap kosong sahaja, jika benar mereka parti pelbagai kaum, mengapa orang Melayu masih tidak mendapat tempat, apa yang dilakukan baru-baru ini tidak lebih kejadar nak mengaburi mata.

    ReplyDelete
  53. Kita lihat bagaimana DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang, apa yang sudah dilakukan untuk rakyat Pulau Pinang terutamanya kepada orang Melayu, orang Melayu terus terpinggir di kawasan bandar, orang Melayu yang tinggal di kawasan pinggir bandar turut terkena tempias sikap pilih bulu.

    ReplyDelete
  54. Musa berkata, DAP tidak perlu mendabik dada kononnya mereka telah banyak membuat perubahan sejak berada di Pulau Pinang, kononya mereka mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauantabiliti dan Telusa hanyalah sekadar slogan.

    ReplyDelete
  55. Beliau menyifatkan tindakan berdiam diri DAP berhubung kes rasuh membabitkan Tunku Abdul Azizi bukti jelas bahawa parti itu akan cuba menyembunyikan kes berkenaan dan cuba mengalihkan dengan isu baru supaya rakyat lupa dengan apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  56. Kepada pemimpin DAP, tidak perlulah mereka bermain wayang, tembelang mereka bukan sahaja sudah diketahui oleh rakyat Pulau Pinang, malah rakyat di seluruh negara sudah kenal belang sebenar DAP, hanya PAS sahaja yang masih terus percaya dengan permainan DAP.

    ReplyDelete
  57. Apakah kepeimpinan seperti ini yang kita mahu untuk memerintah negara, tidak perlu pergi jauh sejak memerintah Pulau Pinang lebih 4 tahun, apa yang sudah dilakukan untuk membela rakyat, jika di Pulau Pinang mereka tidak mampu, bagaimana nak perintah negara.

    ReplyDelete
  58. Menurutnya, tidak perlu DAP dan pembangkang bersusah payah mencari silap orang lain, sebaliknya perlu tunjukkan bahawa mereka mampu membawa perubahan bukannya sekadar bercakap sahaja dan menyalahkan orang lain apabila gagal.

    ReplyDelete
  59. Masih ada sebilangan besar rakyat Malaysia keturunan Cina menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN),

    ReplyDelete
  60. Oleh itu, ia adalah terlalu mengelirukan untuk mewujudkan persepsi yang salah bahawa semua rakyat Malaysia keturunan Cina mengkhianati masyarakat Melayu memandangkan terdapat juga di kalangan orang Melayu yang menyokong pembangkang,

    ReplyDelete