Tuesday 11 June 2013

'DESPERADO' JUMPA 'KU LI'






CABAR.....Tengku Razaleigh mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak.

Oleh : JAHABAR SADIQ


KUALA LUMPUR : Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.

“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.

“Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka.

“Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu.

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN.

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya.

Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya,” tambah beliau.

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi “bilik perang”, dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka.

“Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka.

“Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun.

“Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, “katanya.

16 comments:

  1. bermakna perkhidmatan dan perjuangan mereka kepada rakyat hanya untuk mengaburi mata rakyat? sedangkan niat sebenar mereka hanyalah untuk mendapatkan ganjaran dari persekutuan??

    ReplyDelete
  2. cubalah ahli politik Malaysia berfikiran matang.. siapa2 pun yang jadi perdana menteri, MUSTAHIL beliau mampu memberikan jawatan persekutuan kepada semua ahlinya atau calonnya yang menang PRU13..

    ReplyDelete
  3. kalaulah tujuan mereka berpolitik hanya untuk mendapatkan jawatan, baik bersara sajalah dari politik.. pemimpin2 macam inilah yang banyak menyusahkan rakyat..

    ReplyDelete
  4. sepatutnya sabahkini dedahkan saja nama2 MP yang kononnya mahu mendapatan ganjaran atas kemenangan mereka pada PRU lepas.. biar rakyat tahu mana MP yang tidak ikhlas berjuang untuk rakyat..

    ReplyDelete
  5. Kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.

    Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.

    ReplyDelete
  6. Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.

    Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.

    ReplyDelete
  7. Orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Mohamad Saupi Deraman tidak
    dapat mengesahkan laporan ahli parlimen Gua Musang itu bertemu dengan
    ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah.

    ReplyDelete
  8. Mohamad Saupi berkata, beliau belum mendapat berita itu, tetapi ada kemungkinan pertemuan itu berlaku.

    ReplyDelete
  9. Tengku Razaleigh macam-macam hal boleh jadi, kerana dia nak jadi Perdana Menteri,” tambah Mohamad Saupi.

    ReplyDelete
  10. Tengku Razaleigh pula adalah
    Ketua Umno Gua Musang sejak puluhan tahun lalu

    ReplyDelete
  11. kemungkinan ahli parlimen bertemu Ku Li ada asasnya.
    “Khabar angin mengatakan mereka tidak puas hati…orang muda diberi jawatan, orang lama tidak ada jawatan.

    ReplyDelete
  12. Mungkin mereka kecewa tetapi belum sampai ke tahap melompat parti.
    Cakap-cakap di kedai kopi ada ahli-ahli parlimen yang tidak puas hati,

    ReplyDelete
  13. Tengku Razaleigh layak menjadi Perdana Menteri kerana beliau berpengalaman, ada rekod…cuma dia tak ada peluang

    ReplyDelete
  14. Umno akan mengadakan pemilihan jawatan-jawatan penting pada akhir tahun
    ini dan menjadi tumpuan sama ada Tengku Razaleigh bertanding jawatan
    presiden atau tidak.

    ReplyDelete
  15. Pada pemilihan lepas, Tengku Razaleigh tidak layak bertanding jawatan
    tersebut mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak cukup kuota.

    ReplyDelete
  16. Bagaimanapun, Umno telah menghapuskan kuota dalam pemilihan tahun ini.

    ReplyDelete