Wednesday 19 June 2013

DR M AKUI KESILAPAN TIDAK SEKAT INTERNET






Oleh : MD IZWAN

TUN DR MAHATHIR Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan.

Dr Mahathir berkata beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996.

"Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.

"Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre disini.

Beliau juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain.

"Bila berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.

"Sekarang kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain, kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama lain," katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial.

Najib menegaskan kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan blog sebagaimana dilakukan negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Media sosial, terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.

Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan. (TMI)

24 comments:

  1. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sadong Jaya Ir. Aidel Lariwoo menasihatkan anggota masyarakat khasnya generasi muda menggunakan sebaik mungkin kemudahan komputer riba 1Malaysia (KR1M) yang diberikan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata kemudahan itu yang disediakan untuk tujuan pendidikan tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menimbulkan propaganda yang boleh memburukkan kerajaan dan menghancurkan masa depan negara.

    ReplyDelete
  3. Menurutnya, KR1M memberi faedah kepada generasi muda bagi mengetahui lebih luas dunia digital serta satu langkah untuk mengenali alam siber dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) dalam dunia yang semakin maju dan membangun.

    ReplyDelete
  4. “Pelbagai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bertujuan menaik taraf kehidupan rakyat, membangun sesuatu kawasan agar rakyat tidak ketinggalan daripada masyarakat lain di dunia ini.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Komputer 1Malaysia (KR1M) SKMM di Dewan Sri Sadong Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sadong Jaya.
    Katanya, bagi pelajar yang telah menerima KR1M, mereka harus berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan kemudahan bagi pendidikan supaya mereka setaraf dengan masyarakat lain dengan mendedahkan penggunaan komputer dan kemudahan mendapatkan maklumat pembelajaran melalui internet.

    ReplyDelete
  6. Beliau memberitahu kebebasan bersuara menerusi laman sosial tidak harus disalah guna untuk menghasut yang boleh menggugat keamanan negara kerana mereka yang didapati melakukan kesalahan seperti menghasut di laman sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  7. “Kita kesal kerana ada individu yang menggunakan laman sosial untuk menghina institusi Raja, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) seperti yang berlaku baru-baru ini, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

    ReplyDelete
  8. Budaya inovasi

    Sementara itu di KOTA SAMARAHAN, Minggu Inovasi dan Kreativiti 2013 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak menjadi platform untuk membudaya inovasi yang merupakan agenda penting bagi Malaysia demi meningkatkan daya saing negara supaya dapat bergerak seiring bersama negara-negara maju yang lain.

    ReplyDelete
  9. Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Sarawak Prof. Madya Dr. Rashidah Mahdi berkata, langkah untuk menyemai budaya inovasi perlu dilakukan secara menyeluruh semenjak dari bangku sekolah, universiti, industri serta kerajaan.

    ReplyDelete
  10. “Usaha itu perlu mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk ahli akademik bagi membolehkan inovasi dan produktiviti yang kompetitif untuk memacu peningkatan nilai tambah kepada ekonomi negara,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Menurutnya, sambutan yang bertemakan ‘Inovasi: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi’ lebih bermakna kerana ia bersamaan dengan Sambutan Ulang Tahun UiTM Sarawak Ke-40.
    “Kita harap program ini dapat menggalakkan budaya inovasi dan meningkatkan daya kreativiti di kalangan warga UiTM Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Minggu Inovasi & Kreativiti 2013 UiTM Sarawak.

    ReplyDelete
  12. Di samping itu katanya, pendedahan mengenai kepentingan perlindungan harta intelek serta penerangan mengenai prosedur untuk mendapatkan perlindungan harta intelek dan pengisian borang permohonan perlindungan harta intelek juga akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  13. kebebasan media yang jgnlah disalah guna. gunakan ia untuk benda brmanfaat.

    ReplyDelete
  14. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa aduan yang diterima mengenai sekatan akses yang dikatakan dilakukan oleh Penyedia-penyedia Perkhidmatan Internet (ISP). Siasatan awal mendapati tiada sekatan dilakukan oleh pihak ISP seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  15. Namun, kesesakan yang mungkin dialami oleh orang ramai dalam mengakses beberapa laman web yang dikatakan telah disekat mungkin berpunca daripada peningkatan secara mendadak jumlah pelawat ke laman-laman web berkaitan PRU13.

    ReplyDelete
  16. SKMM memandang berat terhadap tuduhan sekatan akses kerana jika ISP telah melakukan sekatan tidak mengikut lunas undang-undang, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi & Multimedia 1998 kerana melanggar syarat-syarat lesen.

    ReplyDelete
  17. SKMM menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan secara terburu-buru sebelum siasatan lengkap dilaksanakan. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan seperti masalah laluan penghantaran data (network routing) atau kekangan kapasiti disebabkan peningkatan bilangan mereka yang melayari laman-laman web tersebut.

    ReplyDelete
  18. uruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengkaji aspek penggunaan internet di negara ini secara holistik, termasuk keperluan dan kesesuaian mewujudkan undang-undang tertentu untuk mengawalnya.

    ReplyDelete
  19. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata perkara itu akan diteliti secara rasional, tidak terburu-buru tanpa membabitkan tempoh masa, dan bukan berdasarkan pertimbangan atau perspektif politik.

    ReplyDelete
  20. Katanya, kerajaan tidak boleh terlalu sensitif dengan segelintir kandungan online berbaur politik yang melakukan penyalahgunaan atas tujuan tertentu, sebaliknya perlu melihat kegunaan internet secara menyeluruh, termasuk untuk kepentingan perniagaan, mempromosi negara dan perkongsian maklumat serta pendapat dalam pelbagai bidang.

    ReplyDelete
  21. Bagaimanapun pada masa sama, beliau berkata, kajian SKMM juga akan mengambil kira langkah negara lain seperti Australia dan United Kingdom yang walaupun mengamalkan dasar liberal, tetap melaksanakan inisiatif kawalan terutama bagi melindungi kanak-kanak daripada pornografi serta mengelak ancaman pengganas.

    ReplyDelete
  22. “Kita akan pantau perkara ini. Ada sesetengah perkara itu tidak perlu kita buat undang-undang seperti di Singapura. Undang-undang yang ada sudah memadai... boleh gunakan akta sedia ada, tidak semestinya kita kena buat satu peraturan perlesenan untuk tujuan itu,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Ahmad Shabery berkata, kerajaan perlu terlebih dulu memantau keberkesanan tindakan Singapura itu, memerhati pelbagai aspek yang masih kabur berhubung pelaksanaan berkenaan, selain mengenal pasti sama ada ia dianggap suatu kaedah untuk menyekat kebebasan.

    ReplyDelete
  24. Bagaimanapun, beliau menegaskan, paling penting dalam konteks ini ialah rakyat Malaysia mempunyai kawalan kendiri, lebih bertanggungjawab dan bijak dalam memanfaatkan kemudahan internet, termasuk tidak menyalahgunakannya untuk mencetuskan sentimen perkauman, menabur fitnah, meracuni fikiran masyarakat sehingga merosakkan ketenteraman awam, atau terperdaya dengan pembohongan.

    ReplyDelete