Sunday 9 June 2013

DUA KALI UBAH KEPUTUSAN PRU13?






KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dua kali mengubah keputusan penuh pilihan raya ke 13 apabila undi yang hilang sudah menjadi 53, 045 undi selepas diubahsuai (Corrigendum) pada 22 Mei 2013.

Sebelum diwartakan iaitu keputusan pada 5 Mei 2013 undi hilang adalah 65,286 undi manakala selepas warta pada 22 Mei 2013 adalag 53,045 undi.

Undi hilang adalah jumlah kertas undi yang tidak dimasukkan ke dalam tong undi selepas ia dikeluarkan kepada pengundi.

"Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013," kata seorang pengundi yang membuat kajian terperinci mengenai perkara ini, Mohd Azlan Mohd Sharif.

Menurutnya, alasan tidak rasmi oleh SPR (yang diberitahu wartawan kanan kepada beliau) iaitu kerani tersalah masuk data atau salah kira akibat salah tekan kalkulator.

"Ia tidak masuk akal. Saya sedang menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu," kata Azlan dalam kenyataannya.

Bagi Azlan, membawa keluar kertas undi adalah satu jenayah seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Ia perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya," katanya dan mendakwa SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku.

Sehingga kini, tujuh laporan polis telah beliau lakukan bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan 'jenayah' ini.

Menurut analisa beliau juga, undi rosak juga sudah dua kali berubah.

Undi rosak (Bagi 727 kerusi)

1) Sebelum warta (Keputusan 5 Mei 2013) = 323,353 undi.

2) Selepas warta(22 Mei 2013) = 326,668 undi

3) Selepas Corrigendum (31 Mei 2013) = 326,707 undi


Sumber : HARAKAH DAILY

30 comments:

  1. Menurut laporan media, Datuk Wan Ahmad turut menjelaskan gambar di internet yang menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU-13 lalu adalah fitnah dan dirakamkan sebelum PRU-13 lagi berdasarkan siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


    ReplyDelete
  2. Kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya yang melihat ia tidak mengikut Prosedur Operasi Standard, SOP dan tatacara kerja yang sepatutnya

    ReplyDelete
  3. Menurutnya, pihak terbabit telah melakonkan perkara itu sebelum PRU-13 untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan konon berlaku kejadian lampu padam sedangkan ia karut

    Pada gambar itu juga petugas berkenaan juga tidak memakai baju SPR.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar itu menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi

    Sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat itu melainkan petugas SPR dan ejen calon.

    ReplyDelete
  5. Semua pihak diseru supaya menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membangunkan negara khususnya negeri ini serta mengeratkan semula perpaduan di antara rakyat.

    ReplyDelete
  6. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, masa akan terbuang begitu sahaja sekiranya setiap hari digunakan untuk berpolitik dan ini akan merugikan rakyat serta negara.

    ReplyDelete
  7. "Rakyat sudah membuat keputusan di Kelantan, kita gagal untuk mengambil alih negeri dan kita terima keputusan itu, tiga minggu masa berlalu dan masa sudah tiba untuk tumpu kepada pembangunan, kebajikan dan perpaduan rakyat, sekiranya kita terus berpolitik ia akan memecah belah rakyat.

    ReplyDelete
  8. "Saya merasa dukacita kerana selepas pilihan raya, saya mendapat berita boikot-memboikot bermula. Semalam saya melawat sebuah kedai dan dimaklumkan penyokong parti tertentu mendapat arahan jangan pergi ke kedai berkenaan.

    ReplyDelete
  9. "Pagi tadi saya mendapat laporan, timbul balik isu pengebumian di tanah perkuburan, masalah ini tidak sepatutnya berlaku, kita harus bersatu, semuanya sudah selesai, Allah tentukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, Pas memerintah Kelantan, kita reda dengan keputusan ini,"

    ReplyDelete
  10. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan parti pembangkang yang semakin rancak mengadakan perhimpunan dan ceramah politik walaupun pilihan raya umum sudah berlalu.

    ReplyDelete
  11. Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, semua pihak harus mengamalkan politik matang dengan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

    ReplyDelete
  12. "Pilihan raya lima tahun sekali jadi kalau kita buat program seolah-olah pilihan raya setiap hari, maka ini menimbulkan banyak gangguan kepada kelancaran negara termasuk pelaburan, ini satu keadaan yang amat tidak sihat.

    ReplyDelete
  13. "Sekarang tumpu perhatian untuk membina minda masyarakat dan menyatukan semula masyarakat, saya takut kalau kita sibuk berkempen kerja-kerja asas untuk membangunkan masyarakat, membawa perubahan dan membina perpaduan ini akan dipinggirkan dan ini akan merugikan umat kita," katanya.

    ReplyDelete
  14. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Anwarlah yang cuba menipu rakyat hari ini dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) menipu undi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

    ReplyDelete
  15. Beliau turut mengesyorkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, yang kini secara berterusan memburukkan imej badan tersebut.Katanya, SPR perlu bertindak tegas dengan menyaman Ketua Pembangkang sebagai satu pengajaran agar Anwar berhenti daripada terus menabur fitnah dan memburukkan imej SPR di mata rakyat di negara ini.Saya sendiri pun tak tahu kenapa SPR lambat mahu bertindak untuk memfailkan saman terhadap Anwar. SPR sepatutnya tak boleh biarkan Anwar terus-terusan memburukkan imej SPR dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar, jelasnya.Beliau seterusnya mempersoalkan sampai bila SPR harus membiarkan Anwar melempar dakyah dan tohmahan terhadap badan tersebut sehingga sedikit sebanyak hari ini penipuannya itu telah mempengaruhi segelintir dari rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  16. Pihak pakatan pembangkang akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat termasuk menafikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan mengatakan pidak SPR tidak telus dan berat sebelah, sedangkan PRU12 yang lalu, terbukti mereka bukan sahaja menang lima buah negeri malah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat.Pengerusi Belia 4B Malaysia, Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin berkata kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang mampu menang 105 kerusi pada PRU13 kelak walaupun pihak SPR tidak telus dan berat sebelah, membuktikan mereka sendiri sekarang ini sudah gusar dan tidak yakin dengan kemampuan mereka, sehingga terpaksa memburukkan SPR demi untuk menghasut rakyat.

    ReplyDelete
  17. Belia melihat, kecenderungan rakyat terhadap menyokong sesuatu parti ketika ini bergantung kepada kawasan pedalaman dan kawasan bandar.

    ReplyDelete
  18. Kawasan luar bandar kurang terpengaruh isu semasa tetapi lebih melihat kepada kerja dan khidmat calon yang ditampilkan parti masing-masing. Apa yang dapat dilihat jelas sekarang, wakil rakyat atau jentera BN memang bekerja kuat dalam memenangi hati rakyat berbanding pihak pakatan pembangkang sendiri.

    ReplyDelete
  19. Dalam masa yang sama, isu-isu terkini sekarang pun banyak menyebelahi kepada BN. Transformasi Kerajaan, transformasi politik yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pasukannya juga telah berjalan dan rakyat mula merasai faedahnya,” ujarnya mengulas kenyataan Rafizi Ramli bau-baru ini yang yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi walaupun SPR berat sebelah dan tidak telus.

    ReplyDelete
  20. Dalam masa yang sama jelas beliau lagi maklum balas ahli 4B seluruh negara turut menunjukkan peningkatan sokongan orang muda kepada BN.Saya yakin jika isu dan cara kerja BN yang berkhidmat kepada rakyat di teruskan, BN akan mendapat lebih mandat rakyat dan akan menang lebih banyak kerusi dari sekarang.

    ReplyDelete
  21. Kalau SPR ini, pembangkang memang sengaja cakap begitu untuk menghasut rakyat. Mereka sudah tahu akan sokongan rakyat kembali kepada BN, jadi mereka sengaja mengeluarkan keraguan penyokong mereka kepada badan-badan seperti ini (SPR), dengan tujuan menghasut, membina kemarahan penyokong mereka apabila mereka kalah pada PRU13 kelak.Saya menyeru semua rakyat terutamanya golongan belia supaya jangan terpengaruh atau percaya dengan mereka yang telah terbukti menipu rakyat dari dulu lagi, dengan fitnah-fitnah jahat mereka dan janji-janji PRU yang sehingga kini masih tidak ditepati.

    ReplyDelete
  22. Menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan berat sebelah, namun dalam masa yang sama yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU13) ini menggambarkan betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin pakatan.

    ReplyDelete
  23. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit berkata, hakikatnya amalan matlamat menghalalkan cara telah manjadi darah daging mereka.

    ReplyDelete
  24. Kemenangan di 105 kerusi Parlimen sebagaimana yang dicanangkan itu hanya mungkin menjadi kenyataan jika imej institusi atau agensi-agensi kerajaan di mata awam termasuk SPR berjaya dirosak dan dicabuli.

    ReplyDelete
  25. Mereka tahu majoriti rakyat akan tetap mengundi dan memperakui keputusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR, mereka juga tahu dan sedar mereka telah banyak buat kesilapan terutama banyak janji-janji yang tidak ditunaikan.

    ReplyDelete
  26. Walau bagaimanapun mereka tetap menyalah dan memburukkan SPR untuk menutup kelemahan mereka sendiri, katanya.

    ReplyDelete
  27. Tambahnya, mereka sanggup membuat tuduhan membabi buta untuk menang walaupun caranya tidak betul dan mencabuli hak org lain.

    ReplyDelete
  28. Berkuasa di lima negeri dan berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat hasil daripada PRU12, sangat-sangat menyeronokkan mereka, apatah lagi apabila dapat menggunakan kuasa yang ada dengan sewenang-wenangnya,

    ReplyDelete
  29. Contohnya, jual harta-harta negeri untuk dapatkan hasil mudah, harta-harta negeri yang diusahakan oleh kerajaan BN terdahulu, bukankah harta-harta itu hak milik rakyat Selangor? Kalau begini cara mengurus negeri, seperti mengurus syarikat perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata maka memang tidak mengejutkan jika rakyat menolak mereka nanti.

    ReplyDelete
  30. pada PRU akan datang, perbaiki sistem pilihanraya.

    ReplyDelete