Tuesday 18 June 2013

GADIS DICULIK 12 LELAKI BERPAKAIAN HITAM.







TANYA.....Pasukan keselamatan bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang mendakwa diculik di Kampung Tanagian, Lahad Datu semalam.

VIDEOKLIP



 KOTA KINABALU : Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.

"Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ," kata wanita itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang. (KOSMO)

15 comments:

  1. masih ada pengganas yang berani mahu masuk Lahad Datu ka?? tempat tu sudah jadi markas tentera.. sia2 mati katak kalau kedapatan..

    ReplyDelete
  2. ada ura2 mengatakan bahawa 12 lelaki itu adalah saki-baki pengganas Kiram.. betul atau tidak, yang pasti mereka tetap akan diburu sampai ke lubang cacing..

    ReplyDelete
  3. Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  4. Sabah, tegas beliau, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

    Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.

    ReplyDelete
  5. "Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.

    ReplyDelete
  6. "Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

    Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.

    ReplyDelete
  9. Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

    ReplyDelete
  10. Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.

    Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.

    ReplyDelete
  11. Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

    ReplyDelete
  12. Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou,
    Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah
    faham pihak tertentu di media sosial.

    ReplyDelete
  13. Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri
    (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan
    di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12
    individu.

    ReplyDelete
  14. Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.
    Adik Nurul Zulaikha Abdullah, 14 Tahun didakwa diculik di Kampung Tanagian dalam zon Tanjung Labian, Lahad Datu

    ReplyDelete
  15. Ada yang mengatakan terdapat pencerobohan semula tentera Kesultanan Suluk ke Lahad Datu.

    Namun berita itu telah dinafikan oleh sumber KDN

    ReplyDelete