Wednesday 5 June 2013

GAGAL JADI PM, BARAT TINGGALKAN ANWAR






SELEPAS menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.

Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.

Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.





Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai ‘West’s best ever friend’ atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar. (PISAU.NET)

76 comments:

  1. Anwar Ibrahim kini seorang yang penat, letih dan kecewa. Sepanjang tempoh berkempen pilihan raya Anwar cukup yakin impian pembangkang menawan Putrajaya akan tercapai tetapi apakan daya takdir tidak menyebelahinya.

    ReplyDelete
  2. Setelah mengadakan siri jelajah seluruh negara sejak 8 Mei lalu kerana tidak dapat menerima kekalahan pembangkang di tangan Barisan Nasional, beliau masih juga gagal menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat.

    ReplyDelete
  3. Walau puluhan ribu penyokongnya hadir pada setiap perhimpunan yang diadakan, namun hakikatnya mereka tidak dapat mengubah kenyataan bahawa majoriti rakyat menolak Anwar dan masih mahukan BN memerintah negara.

    ReplyDelete
  4. Kehendak rakyat dan takdir Ilahi nampaknya tidak mahu Anwar memimpin tanah Islam yang bernama Malaysia. Kini kebenaran telah timbul apabila media mendedahkan terdapat persefahaman ‘gentleman’ antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar April iaitu beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan.

    ReplyDelete
  5. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 secara baik dan menjanjikan peralihan kuasa secara aman dan tenteram sekiranya berlaku perubahasn dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Malah perkara ini telah ditegaskan di dalam ucapan Perdana Menteri semasa siaran langsung televisyen ke seluruh negara ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 Mei lalu.

    ReplyDelete
  7. Malangnya apabila kalah sahaja pakatan pembangkang, Anwar dengan pantas sekali melanggar perjanjian secara lisan tersebut antara pengerusi BN dan beliau sendiri. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Wall Street Journal yang dilihat sebagai sekutu media Barat yang kuat kepada Anwar.

    ReplyDelete
  8. WSJ menganggap Anwar sebagai seorang yang tidak ‘gentleman’ kerana gagal mematuhi syarat-syarat perdamaian yang dipersetujui bersama. Integriti adalah satu nilai yang amat penting ang diperlukan oleh seseorang jika mahu menjadi pemimpin yang berwibawa dan diyakini rakyat.

    ReplyDelete
  9. Rakyat tertanya-tanya apa telah terjadi dengan janji Anwar beliau akan mengundur diri daripada politik sekiranya pembangkang kalah atau adakah ini satu lagi pembohongan yang sudah menjadi ‘trademark’ politiknya.

    ReplyDelete
  10. Datuk Seri Najib secara berani dan terang menyatakan kesediaan beliau untuk menerima kekalahan sekiranya BN kecundang pada PRU lalu tetapi Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin politik yang tidak boleh dipegang kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat.

    ReplyDelete
  11. Malah akhbar itu menyatakan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla telah menalipon Anwar secara peribadi sehari selepas pilihan raya untuk mengingatkan beliau tentang perjanjian yang dibuat dengan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  12. Sebagai seorang sahabat, Jusuf menasihati Anwar supaya menerima kenyataan dan melihat kepada realiti dengan hati yang terbuka. Sungguh malang nasihat yang berguna daripada seorang negarawan seperti Jusuf diketepikan begitu sahaja dan Anwar memilih untuk mengengkari akur janji yang dibuat hanya beberapa minggu sebelumnya.

    ReplyDelete
  13. Pendedahan yang dibuat oleh WSJ sudah cukup mencerminkan kepada rakyat jenis pemimpin mana satu Anwar tergolong – pemimpin yang mempunyai harga diri dan integriti atau pemimpin yang suka menabur janji dan pada masa yang sama mengkhianati janji-janji yang dibuat?

    ReplyDelete
  14. Kepada penyokong pembangkang mereka mungkin buta untuk melihat bagaimana Anwar telah memanipulasi kepercayaan yang diberi untuk keuntungan dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  15. Tetapi kepada masyarakat antarabangsa dunia seluruhnya, karektor Anwar sebagai seorang yang suka berbohong, pengkhianat dan takut menerima kekalahan tidak dapat diselindungi lagi apatah lagi yang mendedahkan itu adalah salah satu akhbar yang paling berpengaruh di dunia.

    ReplyDelete
  16. Anwar bukan sahaja telah mengecewakan penyokong pembangkang terutamanya Dap kerana gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang kerap dijanjikan dalam ceramah dan ucapan beliau, tetapi juga dilabel sebagai seorang yang membuat pelbagai alasan dan helah untuk menyelamatkan dirinya.

    ReplyDelete
  17. Perhimpunan haram yang diadakan untuk membantah keputusan PRU13 dan mendesak supaya pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meletak jawatan tidak akan memberi apa-apa kesan hatta disokong oleh 500,000 atau satu juta sukarelawan sekalipun.

    ReplyDelete
  18. Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi. Pembangkang perlu mengotakan janji untuk menghormati konsep ‘rule of law’ atau negara daulat yang sering kali diwar-warkan oleh pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  19. Jika mereka fikir, pembangkang adalah golongan yang mengatasi undang-undang dan segala tindak tanduk mereka yang melanggari undang-undang tidak diambil tindakan, mereka silap besar sebenarnya.

    ReplyDelete
  20. Rakyat yang cintakan keamanan sudah cukup muak dengan sikap angkuh pemimpin pembangkang yang hanya mengatakan mereka sahaja di pihak yang benar serta tidak memperdulikan pandangan orang lain.

    ReplyDelete
  21. perhimpunan Blackout yang dianjurkan oleh Pakatan. Nampak macam senang sangat mereka ini membuat onar di jalanan.

    ReplyDelete
  22. Belum ada lagi yang angkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri selepas pembubaran tempohari dan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Jadi siapa yang patut ambil tindakan jika tiada Menteri Dalam Negeri?

    ReplyDelete
  23. Malaysia ini kan ada Ketua Polis Negara dan KSU KDN. Jika berlaku sebarang insiden atau tragedi yang parah sampai boleh menyebabkan darurat, tentera akan mengambil alih atau suatu badan seperti MAGERAN boleh ditubuhkan.

    ReplyDelete
  24. jika perhimpunan itu dilakukan dengan aman, erti kata lain tidak menggugat keselamatan negara dan mematuhi syarat-syarat mengikut akta maka tiada sebarang tindakan akan diambil. Namun jika tiada permit atau terdapat salahlaku sepanjang perhimpunan aman dijalankan, pasti pihak Polis akan melakukan siasatan berkaitan salahlaku perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
  25. Tindakan boleh diambil jika perhimpunan dianjurkan dalam had kawasan larangan, jika dianjurkan oleh warga asing, dianjurkan oleh individu berumur di bawah 21 tahun, jika ia menjadi protes jalanan dan jika ia melibatkan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  26. Tindakan juga boleh diambil jika penganjur gagal memaklumkan kepada pihak polis lebih awal tentang penganjuran perhimpunan. Siapa yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

    ReplyDelete
  27. Ramai juga yang bising pasal jalan jammed masa Anwar buat himpunan blackout tu sampaikan dia sendiri kena naik motor ke Stadium. Namun kita perlu tahu jika sebarang perhimpunan yang diadakan mengakibatkan kesesakan lalu lintas akibat kenderaan diletakkan sesuka hati, pihak polis boleh mengeluarkan saman kesalahan trafik. Maka serahkan tugas itu kepada polis.

    ReplyDelete
  28. polis boleh membuat tahanan, menyoal siasat dan serahkan kes kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan. Setakat ini, Peguam Negara memang tak boleh pakai dalam mengendalikan kes-kes hasutan dengan cepat lebih-lebih lagi yang melibatkan pemimpin dan penyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  29. Kalau berlaku sebarang pembunuhan semasa perhimpunan ataupun pertumpahan darah yang melibatkan semua yang ada disitu, pembunuh akan ditahan mengikut undang-undang kesalahan jenayah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

    ReplyDelete
  30. ISA telah diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012. SOSMA hanya boleh digunakan untuk menangani ancaman keselamatan negara dan keganasan.

    ReplyDelete
  31. SUDAH JELAS LAGI BERSULUH ANWAR MEMANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

    DENGAN ISU TUDUHAN MELIWAT ANTARA ISU YANG MENGUGAT KEPIMPINAN ANWAR

    MESKIPUN RAMAI YANG MASIH MENYOKONG AKAN TETAPI TIDAK TERFIKIRKAH ANDA BAK KATA PEPATAH MELAYU KALAU TAK ADA ANGIN, MASAKAN POKOK BERGOYANG.

    INILAH DIA ANWAR IBRAHIM

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.

    Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.

    Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

    "Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.

    "Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.

    Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

    Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).

    Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.

    Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.

    "Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.



    ReplyDelete
  32. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai antara sebab ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu 'chow liao' atau cabut lari kerana sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

    ReplyDelete
  33. Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu ”chow liao” atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Ahli Parlimen (MP) Padang Serai, N. Gobalakrishnan, yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.

    "Semua pengasas bersama sudah ”chow liao”, lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.

    "Terbaru Gobalakrishnan... mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara,” katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari ini.

    Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.

    Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya.



    ReplyDelete
  34. GOLONGAN MUDA MENGAKUI ANWAR TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

    Golongan muda di negara ini mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana ketua pembangkang itu berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukannya demi kepentingan rakyat.

    Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili generasi itu berkata, Anwar bukan sahaja gagal melakukan transformasi sebagaimana diharapkan golongan muda, sebaliknya merosakkan institusi negara selain terpalit pelbagai masalah moral.

    Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan majalah antarabangsa, The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai adalah tepat.

    "Kami generasi muda yang berpendidikan tinggi sudah lama mengetahui bahawa Anwar bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Ambil sahaja kes liwat sebagai contoh, beliau bukan sahaja sengaja melengah-lengahkan kes tetapi mahu hakim dipecat.

    "Namun, ironinya hakim yang sama akhirnya membebaskan beliau daripada tuduhan liwat. Persoalannya di mana dakwaan yang beliau jaja selama ini kata semua itu konspirasi kerajaan sehingga institusi kehakiman negara dicemuh dan dituduh.

    "Semua ini kami nampak. Jangan anggap generasi muda tidak boleh menilai semua ini. Apa yang dikatakan The Economist memang benar dan kami sudah lama menyedari hakikat itu

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun ketua pembangkang itu baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

    Menurut majalah tersebut, imej serta reputasi Anwar telah tercemar khususnya di kalangan generasi muda di negara ini dan pada masa sama gagal membawa pemodenan dalam politik kerana beliau sendiri mengamalkan nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Dalam pada itu, sebuah lagi NGO yang mewakili orang muda, Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap sikap talam dua muka yang menjadi pegangan Anwar untuk menghalalkan nafsu politiknya sangat dikesali generasi muda di negara ini.

    Naib Presiden MBM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, generasi muda hari ini mahukan seorang pemimpin yang mampu menjayakan transformasi pentadbiran negara dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan melebihi segala kepentingan lain.

    "Tindak-tanduk Anwar ini sebenarnya sangat berbahaya kerana apabila pemimpin itu meletakkan kepentingan peribadi sebagai asas perjuangan, negara boleh runtuh kerana pemimpin sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi cita-citanya.

    "Bukan sahaja kami generasi muda kenal siapa sebenarnya Anwar tetapi masyarakat antarabangsa juga sudah sedar masalah yang dibawanya dan kalau Anwar merasakan The Economist memfitnahnya, saya cabar beliau saman majalah itu," katanya.




    ReplyDelete
  35. Fitnah SPR, Tipu Rakyat… SPR Digesa Segera Saman Anwar

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Anwarlah yang cuba menipu rakyat hari ini dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) menipu undi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

    Tambah beliau lagi, Anwar telah menjadikan SPR sebagai kambing hitamnya dalam usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes-kes jenayah seksual yang menyelubungi dirinya hari ini.

    “Kita semua tahu, apa yang Anwar lakukan hari ini adalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes jenayah seksual yang dihadapinya.

    “Selain itu, ia juga juga bertujuan untuk menutup penipuan Pakatan pembangkang yang mendakwa kononnya berlaku penipuan undi, blackout dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini mereka masih lagi gagal membawakan bukti yang kukuh atas dakwaan mereka itu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

    ReplyDelete
  36. Fitnah SPR, Tipu Rakyat… SPR Digesa Segera Saman Anwar

    Beliau turut mengesyorkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, yang kini secara berterusan memburukkan imej badan tersebut.

    Katanya, SPR perlu bertindak tegas dengan menyaman Ketua Pembangkang sebagai satu pengajaran agar Anwar berhenti daripada terus menabur fitnah dan memburukkan imej SPR di mata rakyat di negara ini.

    “Saya sendiri pun tak tahu kenapa SPR lambat mahu bertindak untuk memfailkan saman terhadap Anwar. SPR sepatutnya tak boleh biarkan Anwar terus-terusan memburukkan imej SPR dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar,” jelasnya.

    Beliau seterusnya mempersoalkan sampai bila SPR harus membiarkan Anwar melempar dakyah dan tohmahan terhadap badan tersebut sehingga sedikit sebanyak hari ini penipuannya itu telah mempengaruhi segelintir dari rakyat di negara ini.

    “SPR tidak perlu tunggu lagi. Anwar dan pembangkang telah memburukkan imej SPR sebelum pilihanraya lagi, dan hari ini mereka masih lagi menjaja cerita tidak benar tentang SPR di dalam ceramah-ceramah mereka. Saya harap, SPR perlu lakukan sesuatu dengan kadar segera agar fitnah dan tohamahan itu dapat dihentikan.

    “Tindakan Anwar yang mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU ini bukan saja menjatuhkan imej SPR, tetapi sebenarnya turut memburukkan imej kerajaan Malaysia,” tegasnya

    ReplyDelete
  37. Anwar Reka Cipta Fitnah Najib Untuk Tutup Isu Moralnya

    Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berpandangan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membuat tohmahan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi melarikan dari isunya sendiri memandangkan Anwarkini sedang bergelumang dengan pelbagai isu.

    “Oleh kerana dia (Anwar) banyak isu, yang dia sendiri tak boleh nak jawab, yang tak mungkin dia nak jawab, kerana isu-isu itu mengaitkan peribadinya sendiri. Kita tahu, jika dia jawab isu-isu ini, rakyat akan tahu siapa diri dia yang sebenarnya. Oleh itu, demi untuk mengelak dan mengalihkan isunya itu, dia akan menuduh dan menfitnah PM seperti isu kapal selam Scorpene dan sebagainya.

    ReplyDelete
  38. Anwar Reka Cipta Fitnah Najib Untuk Tutup Isu Moralnya

    “Dia cuba memburukkan PM memandangkan Datuk Seri Najib hari ini, mula disayangi rakyat 1Malaysia,” ujarnya mengulas kenyataan Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini bahawa Anwar sedang mencipta dan mereka fitnah terhadap Perdana Menteri.

    Justeru tegasnya BN tidak perlu gentar dengan fitnah yang direka cipta Anwar ini, sebaliknya BN harus terus bekerja keras mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat, daripada melayan atau menjawab isu dan fitnah yang dicipta Anwar ini.

    “PM dan TPM memang dah cantik gerak kerjanya dengan rakyat. Tapi apa yang kita bimbang, pemimpin-pemimpin BN dan UMNO di peringkat akar umbi tidak bergerak sebagaimana PM dan TPM buat.

    “Kalau semua bergerak sama, permasalahan rakyat kita selesaikan, saya yakin BN tidak ada masalah. Isu-isu yang mereka bangkitkan kita boleh tangkis, tetapi apa yang penting, penjelasan harus diberikan kepada rakyat,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini

    ReplyDelete
  39. Minta Bantuan Asing : Satu Ancaman Politik Awal Anwar Untuk Tutup Kekalahan PRU 13

    Pas dan DAP hari ini diminta memberikan pendirian rasmi berhubung pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

    Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata pendirian itu cukup penting untuk diketahui umum sejauh manakah pendirian mereka terhadap isu berkenaan.

    Menurut beliau tindakan meminta bantuan asing untuk mencampuri urusan demokrasi negara boleh dianggap sebagai perbuatan biadap dan satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

    ReplyDelete
  40. Minta Bantuan Asing : Satu Ancaman Politik Awal Anwar Untuk Tutup Kekalahan PRU 13

    “Kita pun ingin tahu apa pendirian kedua-dua parti berkenaan. Jika mereka berdiam diri ianya seolah-olah menjulang terhadap pengkhianatan negara. Perbuatan itu cukup memalukan.

    “Perbuatan tersebut seharusnya ditolak dan tidak sewajarnya dibenarkan bermahrajalela di negara kita. Apakah kita sanggup melihat negara luar campur tangan dalam urusan demokrasi negara kita,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

    Fairus seterusnya menambah pendedahan berhubung tindakan Anwar itu jika berasas ianya adalah satu perang psikologi awal terhadap pilihan raya umum akan datang selain ianya satu bentuk ancaman politik kepada rakyat dan ugutan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  41. Minta Bantuan Asing : Satu Ancaman Politik Awal Anwar Untuk Tutup Kekalahan PRU 13

    “Maknanya beliau seolah-olah ingin menunjukkan kepada umum bahawa jika partinya kalah kelak, itulah alasannya dan kepada rakyat dan negara, beliau seolah-olah ingin menggambarkan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah tidak telus.

    “Dalam soal ini, saya ingin bertanya kemenangan beliau di Permatang Pauh khususnya bukankah ianya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dan begitu juga kemenangan pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Bukankah institusi yang sama menguruskannya pada PRU kali ini,“ katanya.

    Tambah beliau maklum balas daripada Australia berhubung perkara itu sebenarnya memalukan Ketua Pembangkang berkenaan.

    ReplyDelete
  42. Minta Bantuan Asing : Satu Ancaman Politik Awal Anwar Untuk Tutup Kekalahan PRU 13

    “Saya difahamkan Australia sudah memberikan maklum balas mengenainya dan jika Anwar manusia yang mempunyai perasaan malu, tentunya maklum balas tersebut memberikan keinsafan kepada beliau.

    “Tetapi apakan daya…..Anwar adalah manusia yang tidak tahu malu dan tidak ada keinsafan. Beliau sendiri menunjukkan belang sebenar wajahnya kepada umum. Kepada rakyat nilailah dan hayatilah apa yang berlaku agar sistem demokrasi negara terus bertahan dengan acuan kita sendiri,“ katanya.

    ReplyDelete
  43. Jika benar Anwar Ibrahim adalah individu yang melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki di sebuah bilik seperti yang tersebar di sesawang internet, maka Ketua Pembangkang itu tidak layak menjadi calon Perdana Menteri, kata Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim.

    ReplyDelete
  44. Justeru, Anwar harus melupakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri pertama Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  45. Beliau menegaskan, untuk menjadi pemimpin tertinggi negara, seseorang itu haruslah bebas dari masalah moral kerana ia akan memberi kesan kepada kewibawaan dan integritinya bukan sahaja di mata rakyat malahan juga dikalangan masyarakat dunia.

    ReplyDelete
  46. "Kalau dia tidak sewajarnya dia buat macam tu dah tu pula dia bercadang nak jadi Perdana Menteri, kalau macam tu kalau dia maka dia tidak layak jadi PM.

    "Kalau benar dia (Anwar) tidak seharusnya dia bersikap atau berkelakuan begitu," katanya.

    ReplyDelete
  47. Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan menyokong pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberi peluang untuk terus mentadbir negara.


    ReplyDelete
  48. Beliau juga bersetuju dengan pandangan Daim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

    Katanya, beliau cukup mengenali Anwar sepanjang 30 tahun persahabatan mereka dan yakin moral serta kerakusan politik Ketua Pembangkang itu hanya akan meletakkan Malaysia dalam keadaan tidak menentu jika menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  49. Menurutnya, Anwar tidak pernah berubah walaupun telah dihadapkan ke mahkamah pada 1998 dan kemudian dipenjara selama enam tahun, sebaliknya semakin rakus dalam usahanya mengejar cita-cita peribadi menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

    ReplyDelete
  50. Nallakaruppan berkata, rakyat kini mengenali belang sebenar Anwar dan kegagalan Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan meyakinkan mengenai pelbagai perkara termasuk isu moral membuktikan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.


    ReplyDelete
  51. "Anwar sudah menimbulkan banyak masalah kepada rakyat dan negara, beliau yang mencipta masalah tetapi kemudian menuding jari kepada pihak lain khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk dalam isu moral jadi bagaimana kita mahu memilih pemimpin seperti ini," ujarnya.

    ReplyDelete
  52. Better give short or/and brief comments instead of copying news yg panjang-panjang..tq

    ReplyDelete
  53. Macam mana Anwar tipu barat untuk dapatkan sumber kewangan dengan berjanji akan jadi PM Malaysia.

    1. Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.

    ReplyDelete
  54. 2. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.

    ReplyDelete
  55. 3. Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

    ReplyDelete
  56. 4. Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

    ReplyDelete
  57. 5. Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

    ReplyDelete
  58. 6. Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

    ReplyDelete
  59. 7. Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

    ReplyDelete
  60. 8. Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

    ReplyDelete
  61. 9. Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

    ReplyDelete
  62. 10. Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

    ReplyDelete
  63. 11. Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

    ReplyDelete
  64. 12. Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

    ReplyDelete
  65. 13. Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

    ReplyDelete
  66. 14. Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

    ReplyDelete
  67. 15. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

    ReplyDelete
  68. 16. Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

    ReplyDelete
  69. 17. Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

    ReplyDelete
  70. 18. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

    ReplyDelete
  71. 19. Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

    ReplyDelete
  72. 20. Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

    ReplyDelete
  73. 21. Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

    ReplyDelete
  74. 22. Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

    ReplyDelete
  75. 23. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.

    ReplyDelete
  76. 24. Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.

    ReplyDelete