Wednesday 12 June 2013

HANYA SATU MP PAKATAN HADIRI TAKLIMAT








AHLI Parlimen Bakri, Er Teck Hwa memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini, yang sepatutnya dipulaukan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.

Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.

Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.

Katanya, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat parti yang mengesahkan bahawa arahan untuk memulaukan majlis tersebut dikeluarkan pada minggu lalu.

"Ini merupakan kesalahan saya kerana tidak meneliti kesemua pesanan dan emel untuk arahan khusus untuk memulaukan taklimat hari ini dan membangkitkan kontroversi lanjut dalam senario politik masa kini.

“Saya dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas saya,” katanya.

Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal hadir ke sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi kelmarin. (MKINI)

16 comments:

  1. Ahli Parlimen yang tidak hadir pada hari pertama tanpa sebab munasabah dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat serta negara ini.

    ReplyDelete
  2. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat, akan diadakan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. Menurutnya, semua ahli Parlimen perlu mengikut lima peraturan mesyuarat dan hanya surat pengesahan (sebab) boleh diterima jika gagal hadir."Jika mereka tidak mengikut peraturan pertama, bagaimana mahu yang seterusnya? Alasan memboikot tidak boleh diterima sama sekali dan menurut Akta 59, mana-mana ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan, mandat sebagai ahli Parlimen akan digugurkan secara automatik.

    ReplyDelete
  4. "Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.

    "Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya.

    ReplyDelete
  5. Tambah Pandikar, mereka yang tidak hadir akan menimbulkan masalah di kemudian hari di mana ahli Parlimen perlu mengambil tempahan untuk baju uniform serta memohon kad pengenalan ahli Parlimen.

    ReplyDelete
  6. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Gegak gempita seluruh penyokong Pakatan Rakyat apabila Anwar Ibrahim dengan penuh bangganya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memboikot sebarang upacara di Dewan Rakyat, kecuali pada hari pertama sebagai menghormati DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Alasannya, Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang menurut mereka telah dimanipulasi semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  7. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Antara yang paling lantang menjilat kata-kata Anwar Ibrahim dan diberikan tanggungjawab untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah benar dan Pakatan Rakyat menang besar adalah Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah mempopularkan UNDI POPULAR yang kemudiannya digunakan secara meluas oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan, hak menubuhkan Kerajaan Persekutuan sepatutnya diserahkan kepada Pakatan Rakyat memandangkan mereka lebih popular daripada UMNO-BN.

    ReplyDelete
  8. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Pakatan Rakyat secara keseluruhannya mendapat 52% UNDI POPULAR manakala Barisan Nasional pula hanya mendapat 48%. Undi Popular Pakatan Rakyat banyak disumbangkan daripada kerusi-kerusi bandaran yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP, manakala Barisan Nasional pula membolot undi-undi popular di kawasan luar bandar yang dimenangi oleh UMNO dan parti-parti berteraskan Bumiputera.

    ReplyDelete
  9. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Jumlah pengundi menjadi perkiraan wajib dalam menentukan undi popular. Dan oleh kerana DAP menang besar di kawasan-kawasan bermajoritikan pengundi Cina, 52% undi popular itu menjadi milik mereka. Bagaimanapun, kalau diambil kira daripada hak penubuhan Kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional lebih berhak memandangkan penguasaan 133 kerusi Parlimen, jauh lebih mencukupi untuk tujuan berkenaan.

    ReplyDelete
  10. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Pelbagai taktik telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka berhimpun dan cuba berarak di jalanraya bagi mencetuskan rusuhan, tetapi keberanian mereka tidak setara mana memandangkan PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

    ReplyDelete
  11. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Hanya ahli-ahli PAS yang mampu mencetuskan rusuhan di jalan-jalanraya sebagaimana yang dibuktikan sebelum ini. Manakala penyokong-penyokong PKR dan DAP pula sekadar menjadi anjing yang kuat menyalak tetapi tidak memiliki kekuatan dan keberanian untuk merealisasikan apa yang mereka laung-laungkan.

    ReplyDelete
  12. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Sesuatu yang amat menarik ialah, daripada pemboikotan yang dilakukan, adalah lebih baik sekiranya PKR membuktikan bahawa mereka bercakap benar dengan meminta Parlimen dan DUN setiap negeri membubarkan semua kemenangan yang telah kecapi. Adakan kembali pilihanraya di kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh PKR serta DAP.

    ReplyDelete
  13. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Petisyen untuk kerusi-kerusi yang PKR dan DAP kalah semata-mata, hanya menunjukkan bahawa PKR dan DAP amat terdesak untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dan mereka perlu bergantung harap kepada keputusan mahkamah di mana kebanyakan keputusan mahkamah seringkali berpihak kepada mereka kerana faktor HAKIM dan MAJISTRETnya! Beranikah Rafizi Ramli mengutarakan cadangan tersebut? Mahukan PKR dan DAP melaksanakan perkara berkenaan?

    ReplyDelete
  14. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Kalau setakat boikot taklimat Ahli Parlimen dan kemudian boikot sidang Dewan Rakyat, ianya bukanlah perkara besar pun. Selama ini pun, memang pemboikotan dijalankan sama ada secara berterus-terang mahupun secara terselindung. Berjalan keluar dari sidang Dewan Rakyat, tidak membawa agenda masyarakat dan rakyat yang diwakili, mahupun tidak hadir persidangan, sudah menjadi perkara biasa. Kerja-kerja politik yang berterusan di dalam sidang Dewan Rakyat juga boleh dianggap sebagai satu pemboikotan.

    ReplyDelete
  15. SELEPAS KANTOI MENIPU MENGENAI PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA, PAKATAN TERPAKSA CARI JALAN LAIN ITU BOIKOT SIDANG PARLIMEN

    Justeru, adalah lebih baik sekiranya, pemboikotan tersebut disusuli dengan desakan agar kemenangan mereka dibatalkan dan pilihanraya diadakan sekali lagi. Dan kalau itulah yang dilakukan, maka sewajarnya selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional pula melakukan perkara yang sama.

    Beranikah?

    ReplyDelete
  16. tidak perlulah nak ikut2 boikot2 tu.. jalankan tanggungjwab sebagai ahli parliment, jgn ikut c Anwar yang setengah tiang tu.

    ReplyDelete