Tuesday 4 June 2013

HORMATI KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI







KOTA KINABALU: Hak Kerajaan Negeri Sabah perlu dihormati dalam usahanya untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negeri ini, kata Pemangku Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Sabah, Datuk TC Goh.

Rakyat di negeri ini perlu dibenarkan untuk bergerak bebas dalam kehidupan seharian mereka tanpa adanya pihak tertentu yang cuba menggunakan propaganda politik dalam memecah belahkan di kalangan rakyat.

Goh menyokong tindakan kerajaan negeri dan gesaan sama oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman sebelum ini.

Kerajaan membuat keputusan berdasarkan keperluan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian berpandukan undang-undang seperti yang termaktub dalam pembentukan Malaysia sejak 1963.

“Ianya perlu dihormati dan bukan ‘diputar belitkan’ untuk sebab-sebab tertentu.

Sabah adalah sebuah negeri yang terus bersatu padu dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam mewujudkan 1Malaysia yang sebenar.

“Perkara ini perlu dilindungi dan dikekalkan dengan apa cara sekali pun dan jika kerajaan negeri percaya tindakannya itu perlu, ianya perlu dihormati kerana mereka telah diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini.

“Seperti apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri masih banyak perkara lagi yang perlu dilakukan, negara perlu ditadbir dengan baik, ekonomi negara perlu dikembangkan dan kebajikan rakyat perlu sentiasa diberikan perhatian.

Pilihan raya sudah berlalu dan kita perlu bergerak maju. Rakyat di negeri ini dan negara sudah cukup dengan ‘politiking’ untuk tempoh dua tahun lepas, sejak khabar-khabar angin tentang pilihan raya awal yang semuanya tidak betul.

“Sekarang semuanya sudah berakhir, kita perlu meneruskan usaha kita untuk membangunkan negeri dan kita perlu tunggu pilihan raya akan datang,” kata Goh. (ST)

33 comments:

  1. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak semua pihak untuk melihat kehadapan dan berhenti mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi mengalas mandat yang telah diberi rakyat.

    ReplyDelete
  2. Beliau yang melapor diri hari pertama sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) hari ini turut berkata, semua pemimpin yang dipilihan jangan ada rasa untuk membalas dendam dan mengalas tanggungjawab tanpa prejudis.(17 Mei)

    ReplyDelete
  3. “Saya juga harap pembangkang akan terima keputusan PRU13, kerana rakyat dan negara perlu bergerak kehadapan, kalau ada perkara yang tidak dipersetujui bawa ke mahkamah.

    “Jangan heret rakyat ke dalam fasa memecah belahkan rakyat untuk tujuan politik, sudah tiba masanya untuk lihat ke hadapan dan lakukan transformasi,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata, pemilihannya sebagai menteri bukan hanya untuk berkhidmat kepada satu pihak sahaja tetapi untuk semua rakyat tanpa mengira ideologi.

    “Saya jemput semua badan belia yang berdaftar secara langsung dibawah KBS, atau tidak untuk bersama-sama saya berkongsi idea dan pandangan.

    ReplyDelete
  5. “Saya juga tidak ada masalah untuk berdialog dengan mana-mana belia yang menyertai politik, saya akan tulis surat kepada mereka bahawa saya sedia dengar suara mereka.

    “Saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua,” katanya yang turut menegaskan bahawa beliau menteri untuk semua sukan dan tidak hanya tertumpu pada satu sukan sahaja.

    ReplyDelete
  6. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menyifatkan perancangan yang dibuat kerajaan dan menteri KBS sebelum ini masih relevan untuk diteruskan.

    “Untuk jangka masa panjang kebanyakan dasar yang ada sudah baik, namum perlu diperbaiki dan diberi nilai tambah berdasarkan keadaan semasa dan impak keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  7. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan.

    ReplyDelete
  8. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

    ReplyDelete
  9. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    "Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.

    ReplyDelete
  10. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

    ReplyDelete
  11. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    "Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.

    ReplyDelete
  12. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

    Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

    ReplyDelete
  13. NURUL IZZAH TAK KONSISTEN, POLITIKKAN AGAMA!

    "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

    Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya

    ReplyDelete
  14. Indeed and very much well said.

    ReplyDelete
  15. In Sabah, Bina Puri’s property projects in the pipeline are the RM61 million Jesselton View and RM84.6 million One Jesselton, both in Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  16. The contract sum is RM22.35 million and the construction is expected to be completed within 12 months, said a statement issued by the company.

    ReplyDelete
  17. Hak Kerajaan Negeri Sabah perlu dihormati dalam usahanya untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negeri ini

    ReplyDelete
  18. Di bawah undang-undang Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa khas untuk menafikan kemasukan pelawat dari Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak dibenarkan masuk pada awal tahun ini atas “faktor keselamatan dan keselamatannya sendiri

    ReplyDelete
  20. rakyat Sabah tidak memerlukan penyebaran propaganda berterusan pembangkang yang bertujuan membangkitkan kebencian dan ketidakpercayaan rakyat Sabah kepada kerajaan Barisan Nasion

    ReplyDelete
  21. Cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang telah mempolitikkan semua isu sepanjang tempoh lima tahun lalu

    ReplyDelete
  22. Adakah kita akan terus sibuk dengan cerita politik dalam tempoh lima tahun akan datang

    ReplyDelete
  23. Ada banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Negara ini perlu ditadbir dan ekonominya perlu dipertingkatkan demi kebajikan rakyat

    ReplyDelete
  24. Sekarang semuanya sudah berakhir, kita perlu meneruskan usaha kita untuk membangunkan negeri dan kita perlu tunggu pilihan raya akan datang

    ReplyDelete
  25. Pilihan raya sudah berlalu dan kita perlu bergerak maju.

    ReplyDelete
  26. negara perlu ditadbir dengan baik, ekonomi negara perlu dikembangkan dan kebajikan rakyat perlu sentiasa diberikan perhatian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Max..betul ckp ko tu..semua pemimpin mmg ckp gitu tapi siapa tau dlm hati diorang apa yg tersirat..yg penting poket sendiri dluan bru pkir rakyat.. "ekonomi negara semakin berkembang" c YB bilang tp jln raya kampung sia masih gravel sejak bpuluh tahun lalu..

      Delete
  27. Malang sungguh nasib orang Lembah Pantai kerana mendapat wakil rakyat yang otaknya terputus wayar bumi.

    ReplyDelete
  28. Dah lah si bapanya bodoh hinggakan sistem pilihan raya di Malaysia pun
    tak faham, si anak pula bebal kerana tak faham undang-undang negeri
    Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  29. Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak
    dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan
    Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan
    Malaysia pada 16 September 1963.Salah satu perkara (perkara 6) yang
    dipersetujui adalah kawalan imigresen.

    ReplyDelete
  31. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak
    mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan
    orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka.

    ReplyDelete
  32. Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak
    pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut.

    ReplyDelete