Saturday 8 June 2013

JANGAN CABAR, TAPI UMNO HARUS DIBAIKI







Oleh : MUDA MOHD. NOOR

PETALING JAYA:  Bekas menteri kabinet dari Umno, Tan Sri Aziz Shamsuddin berkata, Umno sudah elok tetapi masih perlu diperbaiki lagi.

Aziz yang kini menjadi presiden bekas wakil rakyat Umno juga berkata, Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad sangat jauh berbeza.

“Kalau dibuat perbandingan antara kedua-dua mereka, ia tidak akan ada kesudahan. Kita bukan demokrasi terpimpin, tetapi demokrasi yang bergerak.

“Bagi saya Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir sangat berbeza,” katanya lagi.

Aziz pernah menjadi setiausaha politik Dr Mahathir, beliau juga pernah menjadi timbalan menteri pelajaran dan menteri luar bandar semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dari tahun 2003 hingga 2009.

Ketika ditanya sama ada Najib perlu dicabar dalam pemilihan Umno hujung tahun ini, bekas ahli parlimen Shah Alam itu berkata, `tidak perlu’.

“Sudah elok, dua jawatan itu usah dipertandingkan, yang lain terpulang kepada ahli,” tambah Aziz.

Bagaimanapun, Pemuda Umno menyokong supaya gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Perkara ini dinyatakan oleh ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

“Kedua-dua mereka perlu dikekalkan untuk meneruskan usaha tranformasi  dan mengukuhkan lagi Umno, termasuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Umno dijangka mengadakan pemilihan pimpinan akhir tahun ini. (FMT)

12 comments:

  1. Kejayaan UMNO sebagai parti orang Melayu, Islam terbesar di negara ini yang menjadi parti tunjang pemerintahan sehingga berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju, aman dan makmur terus mendapat pengiktirafan dan dikagumi di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. Justeru tidaklah menghairankan apabila banyak parti-parti politik dari negara luar terutama parti yang mewakili masyarakat Islam mahu menjadikan UMNO sebagai contoh rujukan utama mereka khususnya dari sudut pentadbiran.

    ReplyDelete
  3. Ini dibuktikan apabila Parti Kongres Muslim Sri Lanka menyifatkan UMNO sebagai parti Islam terbaik yang perlu dicontohi menerusi kebijaksanaannya memimpin sebuah negara yang berbilang kaum.

    ReplyDelete
  4. “Walaupun UMNO memimpin sebuah negara yang majoritinya orang Islam namun tidak pernah menafikan hak-hak kaum bukan Islam yang lain.

    “Berbeza dengan kami yang merupakan kaum minoriti di Sri Lanka tetapi sebenarnya banyak perkara yang kami rasa perlu belajar dari UMNO”, kata pemimpin Parti Kongres Muslim Sri Lanka, Hon. Rauff Hakeem.

    ReplyDelete
  5. Selepas 67 tahun penubuhannya, Umno masih kekal sebagai sebuah parti
    yang kukuh dan berjaya tetapi perlu memikirkan kelemahan parti jika
    ingin mendapat sokongan berterusan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  6. parti itu yang diberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang perlu merendah diri dan menghormati kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  7. Keputusan pilihan raya menyaksikan kita memenangi 88 kerusi Parlimen,
    prestasi yang meningkat berbanding hanya 79 kerusi pada 2008.

    ReplyDelete
  8. Mari kita perbaiki kelemahan parti, terima kasih kepada mereka yang
    setia bersama kami dan mencari jalan untuk memenangi hati rakyat yang
    belum menyokong kita pada pilihan raya umum ke-14 nanti

    ReplyDelete
  9. Umno yang mengekalkan pemerintahan untuk lebih enam dekad boleh dianggap sebagai parti politik paling berjaya di dunia.

    ReplyDelete
  10. Umno bukan parti rasis tetapi sebuah parti yang inklusif dan sederhana.

    ReplyDelete
  11. menjamin keadilan kepada semua pihak yang mempunyai hak tanpa mengira
    sesiapa saja sebagai rakan kongsi kita. Kami akan mempertahankan polisi
    yang adil saksama dan sederhana

    ReplyDelete
  12. Umno dan Barisan Nasional tidak akan membenarkan 'politik oportunis'
    Pakatan Rakyat untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan.

    ReplyDelete