Thursday, June 13, 2013

JKR SANDAKAN BERSIH PEMBENTUNGAN NAJIS







PENYELENGGARAAN…..Stanley Mohd Omar (Kanan) Dan Kakitangan Lain Sedang Membersihkan Manhole Di Kawasan Pusat Bandar.

SANDAKAN: Sebagai Jabatan yang dipertanggungjwabkan bagi menyelenggarakan apa sahaja kerosakan di bawah seliaan JKR, ternyata pada hari ini Unit Pembetungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan telah melakukan kerja-kerja membersihkan sisa minyak beku di dalam manhole di kawasan bandar, kelmarin.

Kerja-kerja  yang membabitkan manhole di Blok 13-Blok 14 and Blok 19-Blok 20  telah dilakukan oleh kakitangan Unit berkenaan yang baharu dilantik.

Sabahkini.Net menyaksikan sendiri seramai lapan kakitangan yang  baharu dilantik yang diketuai Pekerja Awam Khas/Pembetungan JKR Sandakan, Stanley Mohd Omar, telah membersihkan tujuh buah manhole yang dipenuhi sisa minyak pejal yang beku termasuk tahi (Najis) dan  sebelum ini, kerja-kerja pembersihan sebegini telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik JKR.

Menurut Stanley, kerja-kerja ini merupakan sebahagian daripada latihan, serta pendedahan asas kepada kakitangan tersebut tentang tugas-tugas rutin Unit Pembetungan JKR Sandakan.

3 comments:

  1. Baguslah..JKR perlu lebih sensitif dan aktif dalam menyelesaikan masalah rakyat. Jangan tunggu hingga aduan dibuat berulang-ulang.

    ReplyDelete
  2. Tingkatkan kualiti kerja dan penuhi setiap amanah yang telah diberikan dengan penuh komitmen.

    ReplyDelete
  3. pembetung ini mmg perlu sentiasa dibersihkan.

    ReplyDelete