Monday 10 June 2013

KAJIAN PERSEMPADANAN SEMULA AKHIR TAHUN







KUALA LUMPUR: Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai,” katanya melalui ceramah bertajuk ‘Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003, dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini, kelmarin.

Wan Omar berkata, pihaknya mula mengumpul data melalui Pejabat SPR negeri dan melantik beberapa pegawai dari Jabatan Perangkaan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri bagi membantu kajian persempadanan itu dari segi melakar peta serta mengira jumlah populasi penduduk kawasan.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat, dan dalam kes ini, pada 2003.

Wan Ahmad berkata persempadanan kawasan kali ini dijangka lebih mencabar kerana semakin ramai akan menyatakan rasa tidak puas hati semasa hasil siasatan awal dipamer kerana mendakwa ia berat sebelah.

“Sekarang siasatan belum dijalankan pun dah ada orang yang tidak puas hati.

“Ada yang menuding jari ke arah kami dan menyatakan persempadanan itu dilakukan untuk kepentingan parti tertentu, tetapi kami melakukannya kerana dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sudah semestinya negara akan mengalami perubahan termasuk penambahan populasi penduduk, urbanisasi dan pembangunan pesat.

“Bagi mengelakkannya (dituduh berat sebelah), kami berusaha melibatkan orang ramai untuk membantu kami menjalankan kajian pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata semasa kajian persempadanan yang terakhir, pihaknya mengambil masa tiga bulan sama ada untuk mempamer, mengubah suai dan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan turun padang ke setiap kawasan kajian yang terlibat.

Wan Ahmad berkata ray­uan semasa tempoh pameran kajian hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan lebih daripada 100 pemilih berdaftar tanpa sokongan mana-mana parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas seminar itu, Wan Ahmad menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang, yang menggesa beliau dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan, sebagai tidak munasabah.

“Jika mereka ini merasakan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak diterima, mereka boleh menfailkannya melalui petisyen pilihan raya untuk dikemukakan kepada Mahkamah Pilihan Raya seperti mana yang termaktub dalam perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

“Biar Mahkamah Pilihan Raya buat keputusan dan kami akan memprosesnya, semua ini adalah prosedur dan undang-undangnya, bukannya sesuka hati minta orang letak jawatan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan. (Bernama)

36 comments:

  1. he Election Commission (EC) has been urged to carry out a survey to look into possible re-delineation of parliamentary and state constituencies in urban Sarawak taking into account population growth which in some places has been faster than in some urban areas in the peninsula.

    SUPP information chief Datuk Sebastian Ting, who is Piasau SUPP chief, told The Star yesterday that the survey should be a thorough one, especially in those places where the number of people had been growing very fast.

    He said the commission should not blindly follow the standard guideline of carrying out its re-delineation survey after each eight-year period.

    Sarawak, he said, should be given special consideration when applying this rule because of special circumstances such as the fast pace of rural-urban migration.

    ReplyDelete
  2. So far, the commission has hinted that it might survey existent constituencies in some parts of the peninsula, but has not mentioned that the same would be carried out in Sarawak.

    SUPP has not received any word from the commission to submit any proposal on the matter, and Ting felt that urban constituencies in Sarawak should be studied in detail.

    He suggested that the commission look at the prevailing circumstances in the urban areas with a view to creating new parliamentary and state constituencies.

    “There is a time frame for the commission to re-delineate some electoral boundaries, but I feel that the eight-year rule should not be applied too strictly because in places like Miri city, the population has increased by a huge margin because of rural-urban migration,” he said.

    Miri city now has at least 350,000 people. It has one parliamentary seat and three state seats.
    “At the rate its population increases every year, the city today can even have two parliamentary seats, perhaps one for Miri district and the other for Kuala Baram district.

    ReplyDelete
  3. “The population of Kuching is also increasing fast, and so the commission should also look into re-delineating its electoral boundaries,” he said in an interview.

    Ting said he might raise the matter during the SUPP central working committee meeting next month.
    The last re-delineation exercise in Sarawak was in 2008 when Miri parliamentary constituency was divided into Miri and Sibuti.

    When Miri was a single parliamentary constituency it comprised four state areas — Piasau, Pujut, Senadin and Lambir.

    After the delineation, it had three — Pujut, Piasau and Senadin, while Sibuti has Lambir and Bekenu state seats.
    As for the re-delineation of state seats, the last time the commission carried out the exercise in Sarawak was before the 2006 state elections.

    ReplyDelete
  4. Rakyat Perlu Inklusif Bukan Eksklusif – Najib

    Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak di Slangau, Sarawak.

    Perdana Menteri berkata, menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  5. “Kalau kita bersikap inklusif sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.

    “Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita dan rakyat Malaysia akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama di bawah kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada majlis Ngabang Gawai di Rumah Panjang Jangit, Tamin, kira-kira 60km dari Sibu.

    Majlis itu turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga anggota Parlimen Selangau dan tuai rumah panjang itu.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses untuk mengesahkan hak pemilikannya.

    “Jumlah ini (yang telah diperuntukkan sebelum ini) perlu ditambah lagi untuk tahun depan dan tahun 2015 bagi membolehkan sejumlah 680,000 hektar tanah adat di negeri ini siap pengukurannya,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di sini.

    ReplyDelete
  8. Menurutnya, usaha pengukuran perimeter tanah adat ini adalah di antara aku janji pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang akan ditunaikan.

    “Dalam pilihan raya umum ini, masyarakat pribumi dan di luar bandar Sarawak telah menjadi tunjang kepada kemenangan Barisan Nasional,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Di Malaysia, persempadanan merupakan sebahagian daripada fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SPR bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

    ReplyDelete
  10. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  11. Tujuan persempadanan semula ini adalah untuk menambahkan bilangan kerusi parlimen dari 222 kepada satu angka baru. Namun, pertambahan kerusi ini sukar dilakukan kerana ia melibatkan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan.

    ReplyDelete
  12. Jika sekadar hendak mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi, maka cukup sekadar sokongan majoriti mudah sahaja (Seksyen 9 Jadual 13).

    ReplyDelete
  13. Sebelum pindaan tahun 1973, beza pengundi bagi setiap kawasan parlimen yang dibenarkan adalah 5% bagi kawasan bandar dan 15% antara kawasan bandar dan luar bandar. Selepas itu, perbezaan pengundi yang dibenarkan bagi setiap kawasan pilihan raya ialah sebanyak 33%.

    ReplyDelete
  14. Pada hari ini, peruntukan tentang varian perbezaan yang dibenarkan ini sudah tidak ada lagi. Oleh sebab itulah, pada hari ini perbezaan antara kawasan Putrajaya 15,000 (terkecil) dan Kapar 150,000 (terbesar) ialah sehingga 900%. Ini menunjukkan satu pengundi di Putrajaya adalah bersamaan dengan 10 pengundi di Kapar.

    ReplyDelete
  15. SPR perlu melihat kepada ketidakseimbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Dengan hanya 1/6 daripada jumlah pengundi, Sabah dan Sarawak mendapat 25% daripada kerusi parlimen, iaitu 56 daripada 222 kerusi.

    ReplyDelete
  16. Apapun sentimen kita kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan integriti SPR ini, perlu dinyatakan ketidakseimbangan jumlah pengundi bagi setiap kawasan pilihan raya sekarang ini adalah selari dengan peruntukan dalam Perjanjian Kemerdekaan, iaitu persempadanan semula kawasan pilihan raya hendaklah memberi kelebihan kepada kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  17. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pembahagian yang ada sekarang ini juga adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 di mana Sabah, Sarawak dan Singapura telah dipersetujui akan diperuntukkan 34% kerusi parlimen.

    ReplyDelete
  18. SPR perlu menambahkan kerusi parlimen dalam persempadanan semula ini supaya setiap kawasan — sama ada bandar atau luar bandar boleh cepat maju sebab wakil rakyat tentunya akan berebut membangunkan kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  19. Dalam merealisasikan hal ini, semoga kerajaan BN dan PR dapat bekerjasama dalam meluluskan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan. YB, lakukan ini demi rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  20. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan
    kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir
    tahun ini dan memberi jaminan kepada orang ramai akan ia akan dijalankan
    dengan penuh telus

    ReplyDelete
  21. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan
    memaparkan draf persempadanan semula kepada orang ramai untuk pengundi
    berdaftar,

    ReplyDelete
  22. kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk
    mengemukakan pandangan dan bantahan mereka sebelum menyerahkan laporan
    akhir kepada Dewan Rakyat untuk kelulusan.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata mana-mana cadangan persempadanan semula sempadan
    kawasan pilihan raya memerlukan kelulusan majoriti mudah di 222 kerusi
    Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  24. Pembentukan mana-mana kawasan pilihan raya baru memerlukan sokongan dua pertiga.

    ReplyDelete
  25. Ditanya sama ada kawasan pilihan raya baru akan diwujudkan, beliau
    berkata: "Secara logiknya, perlu ada lebih banyak kerusi kerana terdapat
    begitu ramai pengundi baru sejak pilihan raya umum ke-12.

    ReplyDelete
  26. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii) persempadanan
    semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang
    daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya
    kajian sebelumnya.

    ReplyDelete
  27. Wan Ahmad berkata Perlembagaan Persekutuan memberi maksimum dua tahun bagi suruhanjaya itu untuk melengkapkan kajian.

    ReplyDelete
  28. Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan
    persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi SPR telah
    menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

    ReplyDelete
  29. Menjawab dakwaan bahawa SPR akan cuba menggerimander kawasan pilihan
    raya agar ia memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad berkata: "Ramai
    orang yang tidak tahu bagaimana kajian dijalankan dan hanya percaya
    dengan beberapa parti politik yang menuduh kami tidak menjalankan tugas
    mengikut undang-undang."

    ReplyDelete
  30. Mengenai kenapa kawasan bandar kecil mempunyai lebih ramai pengundi
    daripada kerusi luar bandar yang besar, Wan Ahmad berkata ia adalah
    untuk memastikan bahawa semua pengundi di kawasan separa bandar dan luar
    bandar bandar mempunyai akses yang munasabah terhadap perkhidmatan oleh
    wakil-wakil rakyat mereka dan majlis-majlis tempatan

    ReplyDelete
  31. Sebagai contoh, Wan Ahmad berkata kawasan Parlimen Puchong mempunyai
    107,010 pengundi tetapi penduduk dapat menikmati akses yang baik kepada
    perkhidmatan dan wakil rakyat boleh bergerak di seluruh kawasan pilihan
    raya dalam tempoh beberapa jam dengan kenderaan.

    ReplyDelete
  32. Kawasan pilihan raya di Parlimen Silam di Sabah, dari sisi lain pula
    hanya mempunyai 51,662 pengundi tetapi kawasannya adalah jauh dan besar
    seperti Negeri Sembilan dan Melaka yang digabungkan, katanya.

    ReplyDelete
  33. Bagi memastikan kewajaran pengundi yang sama, kita perlu untuk
    memperluaskan sempadan Silam lebih jauh dan ini tidak adil kepada
    pengundi kerana ia akan membuatkan lebih sukar bagi mereka untuk
    mendapatkan perkhidmatan daripada wakil-wakil rakyat dan majlis
    tempatan," kata Wan Ahmad.

    ReplyDelete
  34. Mengenai kenapa Putrajaya hanya mempunyai 15,791 pengundi dan
    dianggap sebagai kawasan Parlimen tunggal manakala kawasan sekitarnya
    mempunyai lebih pengundi, Wan Ahmad berkata: "Ini adalah kerana kawasan
    Putrajaya telah ditubuhkan bukan oleh perangkaan sempadan semula tetapi
    oleh Akta Parlimen berikutan penubuhan pusat pentadbiran

    ReplyDelete
  35. Oleh itu, adalah tidak mungkin untuk menggabungkan Putrajaya dengan mana-mana kawasan Parlimen jiran

    ReplyDelete
  36. Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
    ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menyokong perangkaan semula
    sempadan pilihan raya walaupun majoriti dua pertiga tidak diperlukan
    untuk menjalankannya (melainkan jika ia melibatkan penciptaan kawasan
    baru).

    ReplyDelete