Sunday 9 June 2013

KD SRI TIGA SELAMATKAN 7 NELAYAN TEMPATAN






ALBUM ....Duduk dari kiri mangsa Abd Suhaidi dan di sebelahnya Mohd Edie.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Tugas dan peranan  sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bukan sekadar membanteras jenayah laut seperti pencerobohan lanun, nelayan asing dan PATI; bahkan juga bertanggungjawab membantu atau menyelamat bot-bot karam dan terkandas di peraian lautan berhampiran.

Pegawai Memerintah Kapal KD Sri Tiga, Leftenan Komander Mohd Edie Mohd Khalil menjelaskan bahawa kapal yang mempunyai anak kapal (krew) seramai 25 orang termasuk dua  pegawai telah ditugaskan untuk mengawal perairan pantai termasuk di sepanjang sungai Kinabatangan.

Katanya, semasa dalam operasi di sungai Kinabatangan, pihaknya telah menerima panggilan yang mendakwa bot mereka terkandas di perairan muara Sungai Kibatangan pada jam 4.00 petang; lantas bergegas ke tempat  insiden dan berjaya menyelamatkan tujuh orang awak-awak rakyat tempatan yang berasal dari Lahad Datu.

Salah seorang mangsa, Abd Suhaidi Abd Wahab, 47, menceritakan  bot mereka yang mempunyai kuasa kuda 150 c.c. baru sahaja dibeli dari Seguntur dengan harga RM50,000.





TERKANDAS....Gambar Bot Yang Terkandas.

Kata Abd Suhaidi, mereka sedang dalam pelayaran pulang ke Lahad Datu dan tidak semana-mena, sub batang kipas terputus di lautan.

"Dalam keadaan cuaca buruk dan ombak besar, kami yang kebingungan pasrah sahaja kepada Illahi. Mujurlah kami membawa walkie talkie dan berjaya menghubungi Marin Polis dan Navy," kata Abd Suhadi yang mengakui Kapal KD Sri Tiga tiba kira-kira 30 minit kemudian untuk menyelamatkan mereka sebelum bot ditunda ke Sandakan.

Abd Suhaidi mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota TLDM, khususnya krew dan pegawai Kapal KD Sri Tiga yang menyelamatkan nyawa mereka dalam insiden tersebut.

No comments:

Post a Comment