Sunday 9 June 2013

KDM @ KDMR @ MOMUGUN?






Oleh : JELANI HAMDAN

"UNTUK masa depan KDMR....(bersambung lagi tu) kita ambil perkataan yang universal untuk suku kaum tersebut. Semasa Tun Fuad, beliau memperkenalkan 'Bangsa Baru' yang akan menaungi semua suku kaum KDMR iaitu 'KADAZAN'.

Maksud atau tafsiran perkataan Kadazan bagi Tun Fuad ialah semua etnik atau sub-etnik Dusun, Rungus atau KDMR bernaung di bawah Kadazan. Sedikut sebanyak objektif ini tercapai melalui KCA (Kadazan Cultural Associatuon)

Bagaimanapun, Persatuan Dusun Sabah (USDA) telah 'memberontak' dan telah mengubah dimensi baru. Maka KCA ditukar kepada KDCA (Kadazan Dusun Cultural Association).

Sehingga lewat 90-an, wujud pula panggilan singkat untuk lebih 40 etnik dalam KDCA iaitu KDM. Mereka mengambil nama singkat bagi 3 etnik terbesar dalam KDCA. Di sinilah R tertinggal kerana Rungus pada pandangan Kadazan hanyalah sub-etnik dan bukan etnik penuh.

Selaku Presiden SAMORA, saya berkeras menentang pengklasifikasian ini. Saya juga berkeras dan menghalang SAMORA dari bernaung atau bergabung dengan KDCA walaupun ada AMT Samora bertindak meninggalkan Samora pada masa itu.

Hanya Samora yang dapat bertahan untuk tidak bergabung dengan KDCA pada masa itu. Akhirnya kita dapat buktikan bahawa bangsa Rungus itu adalah satu bangsa dan bukan hanya sub etnik.

Samora masih 'hidup' dan berbangga dengan identiti R walau 'hidup susah'. Untuk itu, saya sekali lagi mencadang kita guna perkataan MOMOGUN untuk menggantikan KDM supaya tidak membawa kekeliruan dan kecelaruan.

Cadangan ini dipersetujui oleh Tan Sri Bernard Dompok dengan penubuhan Pertubuhan Rumpun Momogun Malaysia (loose confederation). Jika kita masih guna KDM atau KDMR, satu masa jumlah 4 huruf tersebut akan terus bertambah.

Apa tidaknya jika suku kaum lain seperti Tobilung, Kimaragang, Tindal, Sonsogon dan sebagainya pasti akan meminta nama suku kaum mereka dimasukkan maka jadilah KDMRTKTS dan ada lebih 40 lagi huruf menyusul.

Oleh itu, sebagai jalan pintas, MOMOGUN adalah jawapan dan penyelesaian terbaik!

4 comments:

  1. Komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM) berpotensi untuk menjadi penentu kerajaan dan menerajui kerajaan yang cemerlang di peringkat Negeri dan negara.

    ReplyDelete
  2. Ketua Pemuda Umno Keningau, Azman Ruslan berkata, ini kerana komuniti KDM, terutama di kawasan luar bandar, berkembang pesat di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada.

    " Kerajaan hari ini di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak benar-benar prihatin terhadap pembangunan komuniti KDM dan ditunjukkan dalam pelbagai cara seperti yang kita lihat.

    ReplyDelete
  3. " Menerusi pelbagai sumbangan, bantuan, lawatan dan peruntukan, masyarakat KDM di Sabah, terutama di sini yang mengalami transformasi yang memberi kita potensi untuk menjadi golongan yang dan pemimpin yang lebih hebat pada masa akan datang," katanya.

    ReplyDelete