Tuesday 4 June 2013

KERAJAAN TIMBANG KAWALAN UNTUK PORTAL BERITA







TIMBANG....Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan kini sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan negara Singapura pada minggu lalu.

Oleh :   RAM ANAND

AHMAD Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

“Kini media sosial telah menjadi media aliran perdana,” katanya dalam satu sidang media kelmarin.

Katana, kerajaan menjalankan kajian tersebut memandangkan negara Singapura yang dilihat sebagai negara yang lebih canggih melaksanakannya.

Tambahnya, peraturan yang dikuatkuasa di negara berkenaan akan meliputi portal berita untuk laman seperti The Straits Times dan Berita Harian di negara itu.

“Ia tidak akan menyentuh blog dan sebagainya,” katanya lagi.

23 comments:

  1. Malaysia perlu melaksanakan peraturan yang sama seperti kerajaan Singapura yang mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi menyekat tindakan sesetengah pihak menggunakan saluran itu untuk menghasut dan menganggu-gugat ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  2. Peguam bela dan peguam cara Datuk Salehuddin Saidin berkata walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun perlu diingat, hak itu juga dihasilkan secara bersyarat iaitu antaranya kebebasan tidak menimbulkan fitnah, hasutan dan mempersoal keistimewaan sultan.

    ReplyDelete
  3. "Pada saya, sebelum keharmonian kaum terus diganggu adalah lebih baik ia dikawal dan disekat.

    "Maknanya, lesen yang dikenakan ke atas laman web berita itu pastinya akan menjadikan pemilik laman web tersebut lebih berhati-hati dengan artikel yang dikeluarkan," katanya.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Singapura yang akan menguatkusakan peraturan tersebut mulai Sabtu ini di mana laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.

    ReplyDelete
  5. Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  6. Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.

    Salehuddin yang menyokong tindakan Singapura itu berkata rakyat di negara ini sudah lama "diberi muka dan aktiviti menghasut menerusi hebahan artikel perlu dilihat sebagai suatu fenomena yang serius kerana ia semakin mengganggu kelestarian kaum."

    ReplyDelete
  7. Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diberi tanggungjawab memantau laman web di negara ini supaya mengambil tindakan mengenakan lesen terhadap portal berita di negara ini bagi memastikan pemantauan dapat diadakan dengan lebih telus.

    ReplyDelete
  8. Katanya dengan mengadakan peraturan tersebut, SKMM dapat mengumpul maklumat mengenai pemilik portal berita berkenaan, selain memiliki maklumat mengenai penulis dan individu yang terlibat dengan portal itu.Cara ini akan memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab, terutama portal berita yang cuba menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam, katanya.

    ReplyDelete
  9. Salehuddin turut mencadangkan kerajaan mengenakan jumlah bon yang sesuai dalam lingkungan RM10,000 hingga RM50,000 atau mengikut kesesuaian semasa sebagai cagaran kepada pemilik lamab web tersebut bagi memastikan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  10. Seorang lagi pengamal undang-undang Wan Azmir Wan Majid berkata penguatkuasaan undang-undang secara tegas amat perlu memandangkan langkah untuk mengenakan lesen semata-mata tidak akan mengekang sesetengah pihak daripada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.

    ReplyDelete
  11. "Isunya bukan ada lesen atau tidak tetapi sejauh mana kerajaan menggunakan undang-undang itu untuk mengekang hasutan berlaku.

    "Jika macam-macam lesen diberikan kepada mana-mana pihak, tetapi lemah dari segi penguatkuasaan, pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan malah individu tidak bertanggungjawab akan menggunakan hal ini sebagai satu stigma untuk terus menyiarkan artikel yang boleh mencetus kekacauan kaum," katanya.

    ReplyDelete
  12. Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu lebih prihatin dalam melaksanakan undang-undang agar provokasi yang ditimbulkan saban hari tidak terus menjadi duri yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan digesa lebih tegas memerangi anasir-anasir jahat di laman siber terutama berhubung kewujudan Red Bean Army yang mengugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  14. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendesak pihak berwajib untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan berkaitan DAP itu terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  15. PPIM sudah lama menyiasat ancaman Red Bean Army terhadap permuafakatan masyarakat di negara ini yang mana pelbagai fitnah dan lakonan dilakukan mereka untuk mengelirukan rakyat terutama masyarakat Cina.

    ReplyDelete
  16. Mereka bukan sahaja digerakkan oleh sentimen perkauman yang tebal tetapi dilihat seperti sebuah gerakan terancang untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjang oleh orang Melayu,"

    ReplyDelete
  17. Nadzim menegaskan, pasukan serangan siber dipercayai ditaja DAP itu perlu dihalang daripada terus menghasut pemikiran rakyat melalui penguatkuasaan lebih tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

    ReplyDelete
  18. Kita kena tegas kerana fitnah kumpulan ini boleh menyebabkan masyarakat negara ini yang tidak matang terkeliru dengan fakta-fakta yang salah dan yang lebih buruk lagi, ancaman puak ini dapat menganggu-gugat kemakmuran," tegasnya.

    ReplyDelete
  19. Sementara itu, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya fitnah Red Bean Army dibiarkan berleluasa, dikhuatiri perpaduan rakyat sejak 55 tahun akan musnah.

    ReplyDelete
  20. Tidak pernah lagi perpaduan kaum di negara ini menjadi seburuk ini apabila orang Cina sudah berani memainkan sentimen perkauman yang sempit, semua ini berikutan kebebasan kumpulan pro-DAP ini di medan siber.

    ReplyDelete
  21. Keberanian mereka ini sangat menakutkan sehingga sanggup mempermain dan memperlekehkan isu melibatkan agama Islam, hak istimewa orang Melayu serta bahasa Melayu," katanya.

    ReplyDelete
  22. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu pembuat fitnah tersebut dipantau secara progresif melalui peruntukan undang-undang.

    ReplyDelete
  23. Meskipun kebebasan internet tiada batasannya, beliau menjelaskan, masih ada ruang untuk menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

    ReplyDelete