Wednesday 26 June 2013

KERANI SWASTA MANGSA RAGUT







BAHAYA.....Mangsa diragut di lorong yang tenang ini.

Oleh : NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta diragut RM8,000 oleh dua orang lelaki menaiki sebuah motosikal di lorong sehala berdekatan Lahad Datu Centre Point, di sini, kelmarin.

Menurut mangsa yang berumur 21 tahun, kejadian jam 3 petang itu berlaku begitu pantas apabila dia mahu melintasi lorong menuju ke pintu masuk Lahad Datu Centre Point, di mana tiba-tiba dia dihampiri sebuah motorsikal.

“Lelaki pembonceng yang duduk di belakang terus menarik beg sandang saya. Belum pun sempat saya mahu teriak minta tolong, penunggang motor sudah memecut laju,” katanya ketika ditemui selepas kejadian.

Menurut mangsa lagi, sebelum motosikal menghilang dari pandangannya dia mahu mengecam nombor pendaftaran kenderaan namun tiada.

Mangsa ketika kejadian sedang dalam perjalanan hendak ke sebuah bank perdagangan untuk memasukkan wang syarikat dan ia adalah sebahagian daripada tugasannya.

No comments:

Post a Comment