Thursday 13 June 2013

KETUA PEMBANGKANG TIDAK TERMAKTUB





           
PELANTIKAN Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan dan peraturan mesyuarat DUN negeri, sebaliknya Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan konvensional, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.
   
Beliau berkata jika parti pembangkang ingin melantik ketua pembangkang, mereka boleh mengemukakannya kepada Speaker, dan Speaker akan mengambil tindakan selepas menerima cadangan itu.
   
"Bagaimanapun, sehingga kini pembangkang belum berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah 60 anggota Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas, dekat Kota Kinabalu hari ini.
   
Salleh yang juga ADUN Usukan berkata demikian ketika diminta mengulas status sebenar Ketua Pembangkang di DUN Sabah.
   
Beliau berkata bilik khas untuk ADUN pembangkang juga disediakan selaras dengan amalan demokrasi.
   
Mengenai perbahasan sidang DUN Sabah yang dijangka hangat dengan kehadirian 12 Adun pembangkang, Salleh berharap wakil rakyat dapat mematuhi peraturan mesyuarat sedia ada.

"Perbahasan sepatutnya dibuat secara sihat kerana masing-masing ada pandangan, dan apa yang penting ialah mereka perlu bersikap profesional.
   
"Sebagai Speaker saya akan menjalankan tugas secara profesional berpandukan standing order (peraturan tetap)," katanya.
   
Perasmian pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin, 17 Jun manakala persidangan DUN akan diadakan selama tiga hari bermula Selasa, 18 Jun. (Bernama)

42 comments:

  1. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata ini penting bagi menunaikan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka khususnya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN).

    “Semua Adun sebanyak 60 orang sudah selesai mengangkat sumpah dan ia berjalan dengan baik, teratur dan sempurna.

    ReplyDelete
  3. “Saya minta kepada semua mereka supaya menjalankan tugas masing-masing sebagaimana yang diamahankan oleh rakyat khususnya Adun BN.

    “Kita anggap ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

    ReplyDelete
  4. JIKA ANWAR MEMILIH MANA-MANA SATU DARI DUA EKOR RAJA KATAK DIATAS, SUDAH PASTI AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT SABAH YANG LAIN AKAN RASA IRI HATI KERANA KEDUA-DUANYA BUKAN AHLI MANA-MANA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  5. MALAH, LAJIM DAN WILFRED HANYA MEMINJAM TIKET PKR KETIKA PILIHANRAYA UMUM KE-13 LALU. JESTERU, KONFLIK DALAMAN PASTI AKAN BERLAKU SEBAGAIMANA KRISIS ANTARA WILFRED BUMBURING DAN ANSARI ABDULLAH EKORAN TINDAKAN ANWAR MENCALONKAN "ORANG ASING" BAGI KERUSI PARLIMEN TUARAN.

    ReplyDelete
  6. JIKA ANWAR MASIH DENGAN SIKAP LAMA BELIAU, IAITU GEMAR MENDAHULUKAN KRONI BERBANDING DENGAN SUARA AKAR UMBI, TIDAK MUSTAHIL FENOMENA AHLI KELUAR BERAMAI-RAMAI AKAN BERLAKU LAGI DALAM MASA TERDEKAT INI.

    ReplyDelete
  7. CABARAN REMEH YANG SEPATUTNYA BOLEH DITEMPUHI OLEH ANWAR TANPA SEBARANG MASALAH KINI MENJADI RUMIT EKORAN SIKAPNYA YANG SUKA MENJANJIKAN "SESUATU" KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK YANG BERJAYA "DIPANCINGNYA".

    ReplyDelete
  8. SAMADA PEMILIHAN KETUA PEMBANGKANG SABAH INI BERJALAN DENGAN LANCAR ATAU SEBALIKNYA, SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU. YANG PASTI ANWAR JARANG SEKALI MENGIKUT RENTAK DEMOKRASI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN..

    ReplyDelete
  9. The appointment of an opposition head in the Sabah State Legislative Assembly is not enshrined in the constitution and absent from the State Legislative Assembly regulations.

    ReplyDelete
  10. Speaker of the Sabah State Legislative Assembly, Datuk Seri Salleh Tun Said however, said the selection of an opposition leader in the assembly is based on convention.

    ReplyDelete
  11. “If the opposition parties want to do so then they can submit to the Speaker and we will take appropriate action after the recommendation is made.

    ReplyDelete
  12. “But until now they (the opposition) have not done so,” he told reporters after the swearing-in ceremony of assemblymen at the State Legislative Assembly building in Likas here, yesterday.

    ReplyDelete
  13. When asked whether there is a special room for the opposition assemblymen, Salleh said there is one accorded for them in accordance with the practice of democracy in the country.

    ReplyDelete
  14. “There has always been a special place for the opposition and it is common practice for any democratic country to recognise the opposition,” he said.

    ReplyDelete
  15. While many anticipate a livelier debate next week with the presence of 12 opposition members in the assembly, Salleh reminded all assemblymen to abide by the existing assembly regulations.

    ReplyDelete
  16. “For me, it makes no difference whether there are many opposition assemblymen or just a few because what is important is everyone must follow existing regulations.

    ReplyDelete
  17. “This is because we want a healthy debate and all representatives each have their views and opinions. What is important is they have to be professional,” he said.

    ReplyDelete
  18. Salleh who is also the assemblyman for Usukan said he would carry out his duty professionally as Speaker of the House.

    The opening of the Sabah State Legislative Assembly will be officiated by the Head of State, Tun Juhar Mahiruddin on Monday followed by a three-day meeting from June 18 onwards.

    ReplyDelete
  19. Perbahasan sepatutnya dibuat secara sihat kerana masing-masing ada pandangan, dan apa yang penting ialah mereka perlu bersikap profesional.

    ReplyDelete
  20. Salleh yang juga Adun Usukan berkata, beliau akan menjalankan tugas sebagai speaker secara profesional berpandukan peraturan sedia ada.

    ReplyDelete
  21. Professionalism is important

    ReplyDelete
  22. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata ini penting bagi menunaikan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka khususnya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  24. chimchimJune 14, 2013 at 11:29 PM

    Maka jangan la prasangka.

    ReplyDelete
  25. Musa turut meminta kepada semua anggota dewan undangan negeri supaya mengikuti peraturan-peraturan ketika berbahas di DUN pada minggu depan.

    ReplyDelete
  26. Saya minta semua Adun supaya semasa berbahas pastikan berwibawa, ada sopan santun dan mengikut peraturan-peraturan dewan sedia ada.

    ReplyDelete
  27. Ini adalah dewan yang mulia, oleh itu kita diminta menjalankan tugas kita seperti apa yang diharapkan oleh rakyat dengan baik, teratur dan lebih bertanggungjawab

    ReplyDelete
  28. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), BN Sabah memenangi 48 kerusi daripada 60 kerusi DUN dan turut meraih kemenangan di 22 kerusi daripada 25 kerusi Parlimen.

    ReplyDelete
  29. Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan akan membawa tiga pemimpin
    pembangkang yang didakwa menjadi dalang insiden itu ke Mahkamah.

    ReplyDelete
  30. ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan,
    jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang
    bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.

    ReplyDelete
  31. Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai
    ketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau
    lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau

    ReplyDelete
  32. Teck Hwa semalam satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada
    sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang
    penting kepada dirinya.

    ReplyDelete
  33. Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada
    partinya kerana hadir ke majlis berkenaan kerana tidak meneliti mesej
    mahupun arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukan majlis
    berkenaan.

    ReplyDelete
  34. Tindakan Teck Hwa hadir ke majlis tersebut menerima pujian banyak pihak.

    ReplyDelete
  35. Dalam pada itu, Anwar turut dilaporkan mahu ahli Parlimen pembangkang
    memboikot upacara angkat sumpah yang akan diadakan pada 24 Jun ini.

    ReplyDelete
  36. Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia sebagai simbolik terhadap
    bantahan keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan
    penyelewengan, sekali gus menyumbang kepada kemenangan mudah BN.

    ReplyDelete
  37. Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13
    telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan
    pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan,

    ReplyDelete
  38. Tindakan Anwar tidak menghantar sebarang soalan untuk jawapan menteri juga dilihat sebagai tanda-tanda awal boikot itu.

    ReplyDelete
  39. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut
    melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin pembangkang sanggup
    mempermainkan dan merendah rendahkan kemuliaan Parlimen yang berperanan
    membentuk Perlembagaan negara.

    ReplyDelete
  40. Mereka perlu melihat perundangan yang menjurus kepada ketidakhadiran
    atau sikap mereka untuk mengambil pendekatan boikot majlis mengangkat
    sumpah bukan sahaja satu penghinaan institusi Parlimen tetapi juga satu
    perbuatan yang melanggar perlembagaan.

    ReplyDelete
  41. ini adalah satu signal kepada rakyat Malaysia betapa mereka ini
    tidak harus diberikan kepercayaan untuk menjadi barisan pembangkang yang
    efektif kerana semua perkara perlu harus mereka politikkan sehinggalah
    tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih
    rakyat yang diwakili tidak dapat dilunaskan dengan baik,

    ReplyDelete