Sunday 16 June 2013

LAJIM KETUA MENTERI PEMBANGKANG SABAH






KOTA KINABALU : Setelah melalui pelbagai rintangan akhirnya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kilas, Datuk Seri Lajim Ukin sudah bersedia untuk menjadi 'Ketua Menteri' pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Roland Chia berkata Lajim menang dalam proses pemilihan dalaman di kalangan ahli-ahli pembangkang.

Menurutnya proses pemilihan itu telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpah Anggota DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah di Likas, dekat sini, pada 13 Jun lepas.

"Seperti dinyatakan oleh Speaker (Datuk Seri Salleh Tun Said), bahawa pelantikan Ketua Pembangkang di DUN Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan negeri atau peraturan mesyuarat DUN Negeri.

"Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menentukan pemimpin pembangkang kami di DUN negeri menerusi kaedah pemilihan konvensional.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa Lajim disyorkan sebagai Ketua Pembangkang," katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir ialah Lajim dan ADUN Api-Api Christina Liew.

Chia juga turut mengumumkan Liew sebagai 'Whip' PKR di Sabah.

Whip berperanan menguatkuasakan disiplin parti dan memastikan kehadiran wakil rakyat dari parti itu pada persidangan DUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.

Sesi pertama persidangan DUN ke-13 dijadual dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Isnin ini. (Bernama)

30 comments:

  1. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri komited untuk terus menjaga kepentingan semua lapisan masyarakat termasuk wanita di negeri ini.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata, ini kerana kerajaan menyedari wanita juga berperanan penting untuk sama-sama membantu dalam aspek pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita sekarang memang berkeupayaan tinggi.

      Delete
    2. Semakin banyak golonagn wanita dalam kabinet, satu perubahan yang baik juga.

      Delete
  3. “Kita akan sentiasa berusaha untuk memastikan apa juga permintaan, pandangan dan keperluan khususnya wanita diambil kira … yang mana kita rasa perlu dan munasabah, kita akan beri pertimbangan sewajarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhatian harus kepada semua golongan yang memerlukannya.

      Delete
  4. “Sehubungan itu kita meminta wanita khususnya Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) supaya terus membantu kerajaan menjayakan pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan wanita dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat kepada ahli-ahli MPWS, pada Majlis Angkat Sumpah, di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Seri Gaya, di sini, kelmarin.

    ReplyDelete
  6. Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan ahli-ahli MPWS.

    Musa berkata kerajaan juga akan sentiasa memberi pertolongan dan sokongan kepada MPWS supaya wanita Sabah tidak ketinggalan dalam apa juga bidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, bantuan dan perhatian harus diberi kepada golongan wanita. Mereka harus bermaju sekali.

      Delete
  7. “Saya mahu wanita terus maju ke hadapan agar setanding dengan wanita-wanita lain di seluruh negara dan dunia.

    “Kita juga akan meminta wanita supaya bekerjasama dan membantu kerajaan untuk memajukan negeri ini, bukan sahaja tertumpu kepada golongan wanita tetapi masyarakat secara amnya,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They are patient and smart enough to handle important role and task.

      Delete
    2. Wanita sekarang bukan sahaja berada di dapur, mereka memang berkeupayaan tinggi di semua bidang dan jawatan tingi.

      Delete
  8. Musa berharap ahli-ahli MPWS dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi memperkasakan wanita selaras dengan peranan MPWS sebagai pemangkin kemajuan wanita untuk pembangunan negara khususnya Sabah.

    ReplyDelete
  9. The opposition practices double standards and takes conflicting stands as long as they could gain political mileage, said Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    He said the opposition parties have no principles and gave no respect to the federal constitution. “While they cannot accept the election results in areas where they were defeated, they hurriedly formed governments in states that they won.

    ReplyDelete
  10. “This is double standards of the highest order. They are also bent on conducting illegal demonstrations on grounds that they had won popular votes although the constitution prescribes that the party with the most seats forms the government and governs the country,” he said.

    Dr Maximus, who is Kota Marudu MP, said these principles and system were not adhered to and respected by the opposition.

    “Instead, they are bent on causing trouble in this peace loving country,” he said

    ReplyDelete
  11. He urged the opposition to respect law and order and abide by the principles of democracy practiced in the country, adding that “democracy should not only be recognised when you win and questioned when you lose.”

    On Barisan Nasional losing the state seat of Matunggong in Kota Marudu, he said that despite the Barisan Nasional leaders successfully getting the federal government’s funding for rebuilding of 21 longhouses in Matunggong with an aim to replace all the longhouses there, the people still rejected the leaders who pursued this perhaps because these basic necessities were not vital to them after all.

    “Voters were misled by the opposition that they could win the election and form the state and federal governments. BN will continue to serve the people of Matunggong and do the best to win back their trust and support,” he added.

    ReplyDelete
  12. BN harus membuktikan pilihan rakyat adalah benar tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN masih ada kelemahan yang harus dikaji dan diperbaiki lagi.

      Delete
  13. Rakyat di Sabah masih memberi kepercayaan yang tinggi kepada BN.

    ReplyDelete
  14. terlaksana jg impian Lajim jadi ketua, walaupun ketua pembangkang

    ReplyDelete
  15. BN Sabah pasti akan terus kukuh

    ReplyDelete
  16. Rahsia sebenar mengapa Lajim Ukin begitu gembira meletakkan semua jawatan (kecuali jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) terbongkar oleh sumber dalaman PKR. 'Political plan' Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan setelah hampir tujuh bulan memujuk Lajim dan Wilfred Bumburing untuk menikam belakang Najib.

    ReplyDelete
  17. Anwar Ibrahim mahukan impak... dan beliau cukup yakin kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat impak positif dan tapak politik baru di Sabah. Menurut sumber dalaman PKR, Lajim sudah melambungkan dirinya kepada penduduk Sabah bahawa beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru seperti yang dipersetujui dengan Ketua Pembangkang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang harus menumpu perhatian terhadap rakyat dan pembangunan, jangan gilakan kuasa.

      Delete
  18. Ini adalah 'golden hand shake' diantara Lajim Ukin dan Anwar Ibrahim... Walhal Anwar Ibrahim telah pun mengadakan 'golden hand shake' dengan Jefrrey Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru, jika Sabah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ... kalau jatuh lah.

    ReplyDelete
  19. Ramai Ketua Cabang di Sabah sudah berlaga angin dengan Anwar Ibrahim, siapa bakal Ketua Menteri Sabah yang baru... Lajim atau Jefrrey? Ketua-ketua Cabang PKR di Sabah memang tidak mahu Lajim mahupun Jefrrey.

    ReplyDelete
  20. Anwar Ibrahim lupa bagaimana Jeffrey Kitingan tinggalkan dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang besar PKR. Anwar Ibrahim juga tahu sifat dan sikap Lajim Ukin yang mahu semua jawatan di Sabah. Ketua Pembangkang ini pun tahu fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal.

    ReplyDelete
  21. Rupa-rupanya 'golden hand shake' sudah bertukar menjadi 'golden shit head'. Jeffrey tidak tahu Anwar main belakangnya. Lajim pun tidak tahu Anwar main belakangnya. Dua-dua kena main belakang. Dah kena dah...

    ReplyDelete
  22. Dalam hal ini DS Najib nyata lebih bijak. Biarkan Lajim Ukin masuk ke dalam kem Pakatan Rakyat dengan fail-fail SPRMnya sekali. Senang kerja BN Sabah ... Nasib la lu Lajim Ukin.

    ReplyDelete